Sunday, July 26, 2009

BILA UMNO LAKSANA HUKUM ISLAM MENGAPA PAS MENGUTUK PELAKSANAANYA...???

KES SEBAT WANITA MINUM ARAK DI PAHANG: BILA TAK BUAT PAS KATA TOLAK ISLAM TAPI BILA BUAT KATA TAK MENGIKUT HUKUM ISLAM


SILA KILIK SINI: http://my.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/33247-lo-lo-terkejut-hakim-syariah-berani-jatuhkan-hukuman-sebat


1. AHLI PARLIMEN PAS TITIWANGSA DR LO’ LO’ TIDAK DAPAT MENERIMA REALITI BAHAWA KERAJAAN PIMPINAN UMNO DI PAHANG BERANI MELAKSANAKAN HUKUM BERASASKAN HUKUM ISLAM SEPERTI MANA HUKUMAN SEBAT KE ATAS SEORANG MODEL SAMBILAN YANG DIDAPATI BERSALAH MEMINUM ARAK OLEH HAKIM DI MAHKAMAH SYARIAN KUANTAN.


2. BELIAU MEMBERI ULASAN SEPERTI BERIKUT:


“ saya terkejut dengan keberanian hakim mahkamah syariah menjatuhkan hukuman sebat kepada seorang model sambilan yang didapati bersalah meminum arak...Apabila Mahkamah Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebat ke atas model tersebut, ini membuatkan saya terkejut....“Bukan terkejut kerana hukuman tetapi terkejut kerana keberanian Hakim Mahkamah Syariah tersebut... Syabas kepada beliau,”.


3. DR LO’ LO’ MEMINTA SUPAYA HUKUMAN SEBAT DALAM ISLAM MESTILAH BERBEZA DENGAN HUKUMAN SEBAT DALAM KES JENAYAH...???


...hukuman sebat dalam Islam mestilah dibezakan dengan hukuman sebab dalam kes jenayah.. Ini kerana, sebab dalam Islam lebih kepada pengajaran bukannya untuk menyeksa atau menyakitkan pesalah.


4. MENGAPA PERLU MEMBEZAKAN HUKUM DALAM MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH...???


5. MENGAPAKAH DR. LO’ LO’ INGIN MEMPERTIKAIKAN PELAKSANAAN HUKUM SEBAT YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN UMNO...???


Adakah hukuman sebat di Mahkamah Syariah dilakukan dengan kaedah yang sama? Inilah kebimbangan yang saya sebutkan kepada wartawan tersebut bimbang hukuman sebat ini dianggap sebagai hukuman Mahkamah Sivil sehingga memberi tanggapan buruk kepada Mahkamah Syariah, lebih-lebih lagi yang dihukum seorang wanita..Ini yang perlu diperjelaskan. Inilah maksud saya bila saya mengatakan hukuman sepatutnya untuk tujuan pengajaran, bukan untuk mendatangkan kecederaan,”.


6. DALAM MENJALANKAN HUKUM ALLAH, TIADA BEZANYA SAMA PELAKUNYA ADALAH LELAKI ATAU WANITA... SEJAK BILA PULA ISLAM MEMBEZAKAN PELAKSANAAN HUKUM DI ANTARA LELAKI DAN WANITA...???


7. MENGAPAKAH DR. LO’ LO’ MENCADANGKAN KEPADA KERAJAAN BN SUPAYA MEROTAN PENGURUS MAS...???


“...Lo’ Lo’ dalam kenyataannya juga berkata, pihak berkuasa Malaysia iaitu BN dan Umno perlu ‘merotan’ Pengurus MAS (Penerbangan Malaysia) yang telah menyebabkan semua yang berada dalam penerbangan MAS itu terlibat secara langsung dengan arak...“iaitu dari pramugara/i yang hidang arak sehinggalah pilot yang mengemudi kapal terbang tersebut... Begitu juga perlu ‘disebat’ pihak yang terbabit berpuluh-puluh tahun membiarkan orang-orang Islam terlibat secara langsung dengan arak di hotel-hotel, 7- Eleven, pasaraya-pasaraya dan pekerja-pekerja Islam di kilang Carlberg,” .


8. MENGAPAKAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN DAN KEDAH YANG DIKUASAI SEPENUHNYA OLEH PAS TIDAK MELAKSANAKAN LANGSUNG UNDANG-UNDANG SEBAT YANG SEDIA ADA...???


9. SEKURANG-KURANGNYA KERAJAAN UMNO/BN DI PAHANG BERUSAHA MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM BERBANDING PEMIMPIN PAS YANG HANYA PANDAI MENEGUR DAN MENGKRITIK TANPA MELAKUKAN APA-APA...


10. KEPADA DR. LO’ LO, DALAM KAWASAN PARLIMEN ANDA BANYAK KEDAI 7 ELEVEN YANG MENJUAL ARAK, BANYAK RUMAH URUT DAN TEMPAT MAKSIAT SERTA JUDI... MENGAPA TIDAK DILAKUKAN SESUATU UNTUK KEBAIKAN RAKYAT UMUM... MENGAPAKAH TIDAK DIAMBIL LANGKAH MENGURANGKAN KADAR JENAYAH DI KAWASAN ANDA SENDIRI...???


11. SEPATUTNYA DR LO’ LO’ YANG PATUT DISEBAT KERANA TIDAK MELAKSANAKAN TUGASNYA SEBAIK MUNGKIN...

12 comments:

eXception said...

Wa wa we... dasatnye... aku nak copy ni boleh??
He he he...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Lin said...

salam bro Eception

silakan demi kebaikan bersama


salam

PUTRA MERDEKA said...

salam bro,
PAS menjual dan menunggang agama dulu, kini dan selamanya....
Hukum agama ikut selera pemimpin sahaja...

Lin said...

salam Bro Putera Merdeka

Pemimpin PAS hanya melihat diri mereka sahaja yang betul... nasihat agama dari orang lain khasnya dari UMNO tidak didengari kerana mereka rasa mereka lebih tinggi pengetahuan ilmu Islam berbanding UMNO....

tetapi mereka lupa Allah melihat amal ibdat berdasarkan niat seseorang...

biarlah mereka dengan lamunan mereka... selagi kita mampu menengur mereka kita tegur dengan ikhlas

salam

Anonymous said...

hoi tungoklangit

biar pi lah pas nak akata apa pun

hang buka tau pasal agama...

depa tegur ada sebablah

hang belajar sekolah sekular depa pondok..

apa punya manusia

Lin said...

salam sdr anon

kalau ikutkan hati saya tak benarkan mereka yg gunakan anon utk beri komen tapi memandangkan kita mengamalkan kebebasan bersuara saya benarkan...

terpulanglah saudara nak menyebelahi pihak mana...

bukti dah nyata tepuk dada tanyalah selera

salam

Anonymous said...

asyhadu allaa ilaaha illa lallah...pemimpin apa ini? RUPANYA dalam PAS mengajar BERPOLITIK bukan beragama!Walaupun 20 tahun dalam PAS, belum tentu menjadi Faham agama!

Lin said...

salam saudara anon 9.43

marilah kita berdoa untuk kebaikan mereka yang berada dalam pas supaya tidak hanyut jauh dari jalan yang diredhai Allah...

walaupun mereka membenci kita tapi kita sayangkan mereka sebagai saudara Islam

amin

Anonymous said...

salam semua,

marilah pakat belajar hukum islam, apa yg di risaukan dr Lolo ada benarnya jika kita mengaji undang2 hudud ni, insyaAllah kita sama sama kaji dan belajar, moga Allah bg kita hidayah. saya tidak bercakap atas dasar parti politik. InsyaAllah kes ini munkin jadi titik tolak bg kita yg mengaku islam ni mendalami atau mengenal hukum Allah yg maha adil

Lin said...

salam sdr anon 7.10

saya menghormati pandangan saudara dan sdr mempunyai hak untk berkata sedemikian...

Allah hanya memandang kepada niat setiap hambaNya bukan melihat kepada perbuatan hambaNya...

salam sejahtera

Anonymous said...

salam tunjaklangit,

terima kasih kerana membenarkan komen saya masuk, bukan apa, elok jugak kalu kita berdiscuss secara ilmiah, mana yg saya tahu saya sampai kan mana yg saudara tahu, saudara sampaikan...sebenarnya kita semua boleh berbincang, tukar pendapat tanpa kata kesat, fitnah dll....yg penting setiap huruf yg keluar biarlah yg haq agar Allah x soal kita di akhirat, apa2 saya puji sikap terbuka saudara,

wassalam
saufi

Lin said...

salam sdr saufi

walau macam mana berbeza pandangan dan fahaman politik sekalipun...

saudara saufi tetap saudara islam saya dan saya mesti membantu saudara dalam saudara memerlukan bantuan saya atas nama Allah...

kita bersaudara seagama

salam sejahtera