Wednesday, July 22, 2009

NIZAR BERTAFAKUR DALAM MAJLIS MEMPERINGATI KEMATIAN TEOH: DEWAN ULAMA PAS BERSUARA



NIZAR BERTAFAKUR DALAM MAJLIS MEMPERINGATI KEMATIAN TEOH: DEWAN ULAMA PAS BERSUARA


KLIK SINI: Nizar sepatutnya tidak hadir nyalakan lilin – Dewan Ulama Pas


1. DALAM KENYATAAN AKHBAR YANG DIADAKAN, KETUA DEWAN ULAMA PAS DATUK HARUN TAIB BERKATA BAHAWA:


“ Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan... Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.


Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu... “Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?”


2. DEWAN ULAMA PAS TIDAK PULA MEMBERI ULASAN TERHADAP TINDAKAN SALAHUDIN AYUB DAN BEBERAPA PERSURUHJAYA NEGERI PAS YANG HADIR DALAM MAJLIS PENGHORMATAN TERAKHIR MAYAT SI MATI DI MELAKA DENGAN MELAKUKAN UPACARA KEAGAMAAN BUDDHA SEPERTI BERDIRI DAN TUNDUK DIHADAPAN NYALAAN COLOK DAN GAMBAR SI MATI???


3. WALAU APA ALASAN YANG DIBERIKAN OLEH KEPIMPINAN DEWAN ULAMA PAS ATAS TINDAKAN PEMIMPIN PAS DALAM SOAL PENYELEWENGAN AKIDAH UMAT ISLAM... KESALAHAN TELAH DILAKUKAN BUKANNYA DENGAN MEMBERI ALASAN SEPERTI “ SEPATUTNYA TIDAK HADIR PADA MAJLIS TERSEBUT”...


4. WAHAI PEMIMPIN PAS YANG MENGAKU ULAMA, JANGANLAH KERANA MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN DUNIA DENGAN MENOLAK KEMURNIAAN AGAMA ISLAM...


5. KEPADA AHLI DAN PENYOKONG PAS, SEDARLAH TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH NIZAR DAN SALAHUDDIN AYUB ITU SERTA BEBERAPA PEMIMPIN ISLAM PAS DAN PKR YANG TURUT HADIR DALAM KEDUA MAJLIS TERSEBUT ADALAH SALAH DARI SEGI ADAB AGAMA ISLAM DAN BOLEH MENGUGAT KEDUDUKAN KEIMANAN SESEORANG ISLAM ITU SENDIRI...


ADAKAH PAS PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM ATAU MELIBERALISASIKAN ISLAM ITU SENDIRI


9 comments:

Jeffry said...

SALAM BRO..NAMPAKNYA PAK AJIS DAH ANGGAP ISLAM ITU MCM BRG DAGANGAN!. SUKA2 BLH DI "JUAL BELI". BILA ADE KEUNTUNGAN SKET DIA JUAL KESUCIAN ISLAM MCM KAT PASAR. HAII TAK TAU LAH AMBO NAK KATO APO JANGGGG?..DUNIA NAK KIAMAT KOT

hujan emas said...

Mereka sekarang ini dah tak ada pantang larang, sekarang haram pun dah halal bagi mereka asalkan capai kepentingan politik mereka.

Tungaklangit said...

salam bro jeff dan hjan emas

an nyeong ha seyo?

penat betul hari ni belajar2 tak habis2 ....

anyway apa yb bro cakap tu memang betullah cuma penyokong yang telah ditalbiahkan sejak dulu susah nak terima kenyataan bahawa nik aziz adalah ahli politik bukannya ulama sebenarnya...

sdr hujan emas

terima kasih atas lawatan ke blog ini, insyallah saya akan meluangkan masa ke blog saudara...

salam

Anonymous said...

MCM2 KOMEN YANG SAYA BACA ....KOMEN PERIBADI SAYA SBG ORG ISLAM DAN ORG MALAYSIA....OK SAYA MASUKKAN DIRI SAYA KONON SBGI ORG POLITIK JUGA...JADI SEBAGAI KITA MANUSIA HAMBA ALLAH DAN SIMATI JUGA HAMBA ALLAH YANG BERLAINAN AGAMA DAN DIDALAM SATU ARENA POLITIK DGN SAYA SBG PENGHORMATAN TERAKHIR BUATNYA SAYA AKAN PERGI MENGUNJUNGI UPACARA PENGENBUMIAN DAN MEMBERI UCAP TAKZIAH DAN SIMPATI BUAT KELUARGA...TITIK SETAKAT ITU...TANGGUNGJAWAB KITA SBGI RAKAN SEPERJUANGAN SUDAH SELESAI...SELEBIHNYA TAK PERLULAH KITA IKUT PEGANG LILIN KE...BERTAFAKUR KE..KERANA ITU JELAS SEKALI TIDAK DITUNTUT DAN TIDAK DIAJARKAN PUN OLEH RASULLAH SBGI IKUTAN UMMATNYA KITA HARI INI...TIDAK SAYA SANGKAL RASULLAH ADA BGN SEMASA JENAZAH ORG KAFIR MELINTAS DIDAPANNYA...DISINI JELAS MAKSUDNYA BUKAN RASUL YANG PERGI MENZIARAHI KEMATIAN ORG YAHUDI TERSEBUT TETAPI JENAZAH ORG YAHUDI TERSEBUT SECARA TIDAK LANGSUNG TELAH MELINTAS DIDEPANNYA SEMASA DIA DUDUK DAN UNTUK MENGHORMATINYA CUKUPLAH SEKADAR BANGUN DARI DUDUKNYA RASUL, TIADA SURUHAN DARI RASUL UTK KITA MENZIARAHI KEMATIAN ORG KAFIR TANPA SEBAB MUSABAB YANG KUAT TIDAK JELASKAH LAGI WAHAI SAHABAT 2 SEKALIAN....JADI TAKPERLULAH RASANYA BAGI KITA BERHUJAH MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH...KITA HIDUP BIARLAH BERLANDASKAN APA YANG DIAJAR OLEH RASUL...JGN SBB POLITIK KITA BOLEH MELAKUKANNYA SESUKA HATI...PAS TIDAK BERSALAH TAPI YANG BERSALAH ADALAH ORG2 YANG BERADA DIDALAMNYA...KULITNYA LAIN ISINYA LAIN...BAGI SAYA PAS MASIH BELUM SEBUAH PARTI ISLAM YANG SEBENARNYA KERANA PERKARA YANG KECIL SAHAJA SUDAH TIDAK DIBUAT SEPERTIMANA YANG DIPERINTAHKAN ALLAH DAN RASUL JADI MCM MANA NAK LAKSANAKAN PERINTAH DAN SURUHAN ALLAH YANG BESAR SEPERTI HUKUM HUDUD..JADI BETULKAN DULU PERKARA 2 KECIL YANG DIPANDANG ENTENG TAPI DITUNTUT OLEH ISLAM CONTOH TERDEKAT AKHLAK KEPIMPINAN SEORANG RASUL..SALAH SATU CONTOH YG PALING TEPAT ADALAH RASUL TIDAK MENGENEPIKAN MEREKA YANG MENENTANGNYA TAPI TERUS DAN TERUSAN MENGAJAK MEREKA MENYERTAINYA...TUNJUKKAN PAS SEKARANG ADAKAH KEARAH ITU...DGN UMNO YANG DIKATAKAN MEREKA PENENTANG KUAT PAS....RENUNG2KANLAH...HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI...

Tungaklangit said...

salam saudara anon 10.20 pm

saya sungguh menghormati cara saudara menyampaikan hujah saudara dan saya sendiri bersetuju dengan saudara bahawa PAS tidak bersalah dan bukan semua pemimpin PAS yang teruk antara contoh yang baik yang boleh saya ketengahkan di sini ialah MP Baling....

dia akan mempertahankan islam dan membelakangkan kepentingan parti dalam soal akidah dan agama Islam....

kita yang berjiwa Islam memang sayangkan saudara kita yang islam dalam PAS tapi disebabkan hasutan pemimpin2 parti terbabit menyebabkan ahli sesama sendiri bergaduh...

dalam soal ini saya lihat PAS lah yang banyak memburukkan UMNO... mohon maaf sekiranya saudara tidak bersutuju hujah saya ini...

kita satu agama dan satu bangsa...

apalah salahnya kalau kita tetap bersatu dalam memperahankan kepentingan islam dan bangsa kita... maka barulah kita tetap dikedudukan yang baik untuk memerintah negara ini... tanpa diganggu oleh hasutan golongan yang memang dengkikan bangsa melayu dan agama islam di malaysia...


terima kasih atas pandangan ikhlas saudara


salam

Anonymous said...

Dulu nik aziz ada juga pergi buka kuil buddha di kelantan.Lama-lama dia sedar,tak boleh buat macam tu.Anak buah Dulu nik aziz kata, tomoi bahaya, maka diHARAMkannya,kini dah boleh pulak.Siap buat jemputan petinju kazakasthan.Kita pun hairan, dengan pas,agama ni ada macam BANYAK KITAB pulak. ada kitab hijau dan ada kitab merah.Dan para penyokong kereka TIDAK SEORANGPUN mempersoalkannya.Sebab,kata orang tua, BANYAK SOAL MAKNANYA BEBAL!...

Tungaklangit said...

salam sdr anon 3.05 am

kalau lah PAS membawa islam yang sebenarnya dalam perjuangan politik mereka maka tidak akan berlaku sebegini rupa...

apa yang terjadi sekarang adalah balasan Allah atas kebiadapan pemimpin PAS mempergunakan Islam untuk kepentingan sendiri...

ibnmahh said...

salam.
melihat situasi ini, mmg PAS hari ni kelihatan sudah jauh dari matlamat perjuangan asal. Golongan ulama dalam PAS hari ini, perlu kembali memperbetulkan barisan pemimpin PAS yang berlatarbelakangkan pengajian sekular yang telah cenderung kepada tamakan kuasa. Jika dilihat golongan berlatarbelakang pendidikan ISLAM dalam PAS tidak menghadiri upacara kematian sekutu mereka dalam PR itu.
Nizar sendiri pun tidak sedar diri...masih berhasrat untuk jadi MB Perak. Sedarlah kerusi PAS di Perak tu sedikit sahaja, jadi MB pun atas sebab undang tubuh Negeri Perak yang tetapkan. Jika tidak jgan harap la. kepada nizar cepat2 lah bertaubat dan jalankan tanggungjawab di kawasan yang diamanahkan rakyat dengan baik. lupakan pasal jawatan MB perak.

Tungaklangit said...

salam sejahtera sdr ibnmahh

sekiranya benar PAS ingin mengujudkan sebuah negara Islam di Malaysia ini, apa yang perlu dilakukan ialah jangan pecahkan saf ummah ... mereka perlu bersama-sama UMNO mencari jalan bagaimana hendak menzahirkan Islam sebagai panduan hidup di Malaysia...

kalau berpecah macam mana kita nak bentuk Islam itu sendiri... berpecah pun sudah lari dari semangat Islam yang dibawa oleh Rasulullah...

keikhlasan dalam melakukan segala perkara adalah kinci kejayaan kerana Allah akan meredhai segala yang dilakukan dengan ikhlas untuk Nya...

Insyallah kalau semua pihak berfikiran terbuka demi kebaikan Ummah maka akan terbentuklah satu ummah yang bersatu dan aman damai...

salam