Sunday, July 26, 2009

ISU NIZAR DAN LILIN: SATU PENILAIAN SEMULA


1. SETELAH MEMBACA DAN MENILAI BEBERAPA PANDANGAN DARI PIHAK PRO-UMNO/BN DAN PAS/PR MAKA HATI SAYA TERGERAK UNTUK MEMBUAT SATU PENILAIAN SEMULA MENGENAI ISU YANG HEBAT DIPERKATAKAN OLEH PENGANALISA POLITIK DI MALAYSIA...


2. KALAU DILIHAT DARI SUDUT ADAB ISLAM, TINDAKAN NIZAR DAN ADUN PAS YANG LAIN MEMANG MENIMBULKAN KERAGUAN SEPERTI MANA YANG DIKATAKAN OLEH KETUA DEWAN ULAMA PAS DAN SEPATUTNYA NIZAR TIDAK MENGHADIRKAN DIRI DALAM MAJLIS SEPERTI ITU BAGI MENGELAK DARI BERLAKUNYA FITNAH...


3. TETAPI PERSOALANNYA MENGAPA NIZAR MASIH MAHU MENGHADIRKAN DIRINYA DALAM MAJLIS YANG BAKAL MENIMBULKAN FITNAH DALAM MASYARAKAT ISLAM YANG AMAT SENSITIF TERHADAP HAL EHWAL AGAMA..???


4. ADAKAH NIZAR TELAH DIBELI IMAN DAN JIWANYA OLEH PIHAK TERTENTU??? SUDAH TENTU PEMIMPIN DAP PERAK!!!


5. ATAU ADAKAH TELAH NIZAR TERIKAT DALAM SATU PERSETUJUAN DENGAN PIHAK TERTENTU SEPERTI MANA YANG DIWAR-WARKAN OLEH SESETENGAH PIHAK YANG NIZAR DAN DAP ADA MENANDATANGANI SATU PERJANJIAN YANG DIKENALI SEBAGAI “PERJANJIAN PANGKOR II”...???


6. DILIHAT SECARA LOGIK, SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM DAN MENGAMALKAN SURUHAN ALLAH, SEORANG ULAMA SEPERTI BELIAU SEMESTINYA MENGETAHUI BAHAWA SETIAP YANG BERLAKU ADALAH DARI KETENTUAN ALLAH DAN BELIAU SEPATUTNYA MENERIMA SEMUA ITU DENGAN REDHA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH...


7. TETAPI SEJAK BELIAU MERAPATKAN DIRI DENGAN DAP, BELIAU TIDAK MENUNJUKKAN CIRI-CIRI SEPERTI ITU...


8. ADAKAH PEMIMPIN DAP MENGETAHUI DAN MEMEGANG BEBERAPA RAHSIA PENYELEWENGAN BELIAU SEMASA NIZAR MENJADI MB PERAK DAHULU...???


9. BEGITU JUGA DENGAN ISU MOGOK LAPAR BERHUBUNG DENGAN DESAKAN DAP SUPAYA DUN PERAK DIBUBARKAN... SIAPAKAH YANG BERIA-RIA MENDESAK SUPAYA DUN PERAK DIBUBARKAN KALAU BUKAN DAP... TETAPI MENGAPA NIZAR DISERET BERSAMA...???


10. MENGAPA DAP AMAT SAYANG DAN MEMPERALATKAN NIZAR DALAM ISU KEMELUT POLITIK DI PERAK...???


11. KESIMPULAN DI SINI, DAP SEBENARNYA ADALAH DALANG DISEBALIK PERPECAHAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA...


12. DAP MENGGUNAKAN PAS MENERUSI NIZAR UNTUK MENARIK SOKONGAN KAUM MELAYU ISLAM SUPAYA BERSAMA MEREKA MENENTANG PEMERINTAHAN UMNO YANG JUGA BERBANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM...


13. SIAPAKAH YANG BODOH DALAM HAL INI...???


14. ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM DALAM PAS YANG TERTIPU DENGAN MAINAN HALUS DAP INI...


15. SATU PERTANYAAN IKHLAS UNTUK PEMIMPIN UTAMA PAS.... ADAKAH KAMU SANGKA BAHAWA DAKWAH YANG CUBA DILAKSANAKAN KE ATAS PEMIMPIN DAP SUPAYA MEREKA MENERIMA ISLAM AKAN BERJAYA...???


16. SEDANGKAN KARPAL SINGH DAN LIM KIT SIANG TELAH MENOLAK MENTAH-MENTAH IDEAL MENEGAK HUKUM ALLAH DI MALAYSIA OLEH PAS...


17. MASIHKAN PEMIMPIN PAS MAHU MEMUJUK DAN MENAGIH SIMPATI DARI PEMIMPIN DAP INI...???


18. LIHATLAH APAKAH YANG TERJADI DENGAN YB NGA DI PERAK YANG MENGAKU MEMPELAJARI AYAT AL-QURAN SEMASA KEMELUT POLITIK PERAK... SEKARANG BAGAIMANA...??? BUKANKAH MEREKA INI HANYA MEMPERMAINKAN AYAT ALLAH UNTUK MENARIK SOKONGAN AHLI PAS SAHAJA...


19. BEGITU JUGA DENGAN LAUNGAN SERUAN LIM GUAN ENG KETUA MENTERI PULAU PINANG YANG MEMAKLUMKAN KEPADA UMUM BAHAWA BELIAU AKAN MENGIKUT CORAK PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ... APA YANG BERLAKU SEKARANG...???


20. SEMUANYA ADALAH KATA-KATA MANIS DALAM POLITIK YANG BERTUJUAN UNTUK MENDAPAT SOKONGAN AHLI PAS DAN MEMECAHKAN PERPADUAN MASYARAKAT MELAYU ISLAM...


21. DI KEDAH, LIHAT SAHAJA ISU PUSAT PEMOTONGAN BABI YANG DIKUASAI SEPENUHNYA OLEH DAP... DAP MEMBUAT KEPUTUSAN KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT KERANA PAS KEDAH MENUTUP PUSAT PEMOTONGAN BABI DAN KINI MEREKA DIJANJIKAN TEMPAT YANG BARU SELEPAS LIM KIT SIANG MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN MB KEDAH... SIAPAKAH YANG RUGI...???


22. DI SELANGOR, KALAU SEBELUM PRU 12 - PEMIMPIN PAS SELANGOR BERJANJI AKAN MENEMPATKAN HUKUM ALLAH DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN MENUTUP PUSAT MAKSIAT DAN KILANG ARAK... KINI APA YANG TERMAMPU DILAKUKAN OLEH MEREKA...???


23. MEMBISU DAN MEMERHATIKAN KERAKUSAN RONNIE LIU DAN RAKAN-RAKANNYA MENAMBAHKAN BILANGAN PUSAT MAKSIAT DAN JUDI DI SELANGOR...???


24. ADAKAH INI YANG DIMAHUKAN DIPERJUANGKAN OLEH ISLAM DALAM PAS...???


25. PEMIMPIN DAN AHLI PAS FIKIR-FIKIRKANLAH PERKEMBANGAN INI...


26. LAWAN ATAU MUSUH POLITIK SEBENAR PAS BUKANNYA UMNO TETAPI GOLONGAN (DAP) YANG MENGGUNAKAN PAS UNTUK MENCAPAI HAJAT POLITIK MEREKA SEPERTI DI PULAU PINANG...


27. BERINGAT SEBELUM RUGI...


28. LEBIH BAIK MENGAMBIL UMNO SEBAGAI TEMAN DARI SEORANG KAFIR YANG TIDAK MENERIMA KALIMAH SYAHADAH...

2 comments:

Anonymous said...

Hahahaha....kihkihkih..kafir lebih baik drp org yg mengaku Islam tetapi tidak menunaikan tuntutan syahadahnya. Baca sejarah Abu Bakar, khalifah Islam pertama. Perhati serta analisis sejarah: sejak bila Melayu PP terpinggir lantas lari ke Seberang Prai, Bkt Mertajam dari PP? Sejak tahun 70-an. Masa tu sapa perintah? PR ke?

Lin said...

salam sdr anon

jangan berkata2 sebegitu...

bukankah ahli dan pemimpin UMNO adalah beragama islam dan siapakah yang menuduh orang UMNO tidak menunaikan tuntutan syahadahnya...

kalau kamu bencikan UMNO sekalipun janganlah menuduh yang bukan2 kerana menuduh dan mencerca sesama islam bukan berjiwa mukminin...

berbaiklah sesama Islam itulah ajaran Rasullullah

salam