Saturday, July 18, 2009

SAMAN MEREKA: HarakahOnline - SPRM Mahu Rampas Kerajaan Negeri Selangor?

Kenyataan media Pimpinan Pakatan Rakyat

MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor

Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.

Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.

Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Jawapan tegas

Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.

Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.

Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini.


Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan

Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP

17 Julai 2009

1. MENGAPA KERAJAAN KEPIMPINAN BN/UMNO HANYA MENDIAMKAN DIRI ATAS TUDUHAN PIMPINAN PAKATAN RAKYAT BAHAWA BN TELAH MENGGUNAKAN SPRM SEBAGAI KUDA TUNGGANGAN UNTUK MENAWAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT???

2. SECARA TIDAK LANGSUNG DALAM KENYATAAN MEDIA DI ATAS MEREKA TELAH MENYALAHKAN SPRM TERLIBAT DALAM KES KEMATIAN MENDIANG TEOH YANG DIKATAKAN ANGKARA KAEDAH SIASAT DAN PENDERAAN SEMASA SESI SOAL JAWAB???

3. KALAU DI SINGAPURA KERAJAAN SINGAPURA AKAN MENGELUARKAN SAMAN BERJUTA-JUTA DOLLAR SINGAPURA BAGI MENUTUP KELANTANGAN DAN TOHMAHAN PEMBANGKANG DI SANA MENGAPA DI SINI KITA DIAM AJE...

4. INI AKAN MEMBERI PERSEPSI BAHAWA DIAM ITU BERSALAH...

5. AHLI POLITIK PEMBANGKANG JUGA MENGGUNAKAN MAHKAMAH UNTUK MENIDAKKAN SEGALA TOHMAHAN PEMIMPIN POLITIK BN DAN BADAN NGO YANG MEMBUAT TOHMAHAN TERHADAP MEREKA DAN INI MEMBERI KEYAKINAN KEPADA RAKYAT MEREKA TIDAK BERSALAH...

6. MENGAPA BN HANYA MEMBISU SEKALI...

7. PENASIHAT UNDANG-UNDANG SPRM DIMINTA MEMBUAT PENELITIAN TERHADAP KENYATAAN PARA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TERMASUK KENYATAAN MEDIA DI ATAS DAN MEMBUAT SATU KEPUTUSAN UNTUK MENGEMUKAKAN SAMAN TERHADAP MEREKA YANG TERBABIT...

8. KERAJAAN BN PERLU MENGIKUT PERUBAHAN ZAMAN DAN SIKAP BN YANG SELAMA INI MENDIAMKAN DIRI WALAUPUN TIDAK BERSALAH AKAN MENYEBABKAN RAKYAT TERUTAMA SEKALI GOLONGAN MUDA AKAN BERPENDAPAT BAAWA BN ADALAH BERSALAH DAN PERCAYA DAKYAH DAN TOHMAHAN PEMBANGKANG ITU...

9. LAKUKAN PERUBAHAN DAN KEMUKAKAN SAMAN TERHADAP MEREKA YANG MENGHINA AGENSI KERAJAAN DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN MENCABAR KEUTUHAN PERUNDANGAN DI MALAYSIA INI ...



2 comments:

Anonymous said...

Salam.
Memang benar, selama ini BN hanya berdiam diri. PR telah mengambil kesempatan ini, untuk menuding jari, apa yng berlaku adalah kesemunya kesalahan BN. Sudah sampai masanya, tindakan harus di ambil. Sesiapa yang membuat fitnah harus di pertanggung jawabkan.

Mahkamah biar berlaku adil, supaya rakyat memahaminya. Dewasa ini saya heran Tuan Guru Nik Aziz yang begitu dalam ilmunya , saya rasa dalm Islam , sanggup menuding Jari menuduh yang bukan-bukan. Sesatlah , seperti ayah pin lah dan bermacm-macam lagi. Adakah itu cara Islam mempertabatkan Keislamannya.

PAS saya rasa sudah terlalu angkuh. Mentanglah dah dapat banyak kuasa, sudah mendabik dada. Kenapa membuat sesuatu itu bukan dengan hikmah dan bijak sana. Kembali keajaran Rasululluh...

Tungaklangit said...

salam sdr anon

begitulah sebaikbaik cara kaa kita dealing with these people ... dia orang ni jnis nak kenakan orang aje.. daa ok dia orang bukannya ada rsa nak merancang bai masa depan negara dan rakyat hany nak ambil apa yag boleh diambil sekarang

sebab dia orang tahu lepas ni rakya akan tukar sokongan kepada BN... insyalah banyak kerusi PR akan jatuh kembali kalau begini cara mereka memerintah

salam