Wednesday, July 1, 2009

JENAYAH MENJADI-JADI: PEMBANGKANG HANYA PANDAI MENYALAHKAN KERAJAAN

BANYAK SANGAT MENULIS PASAL POLITIK HINGGA LUPA MASALAH YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN MENGHANTUI DALAM MASYARAKAT KITA IAITU JENAYAH. BAIK JENAYAH RAGUT, SAMUN MAUPUN PEMBUNUHAN. HARAP PEMBACA MENDAPAT IKTIBAR DAN BERUSAHA MEMBANTU MANA YANG MAMPU BAGI MEMBENTERAS PENJENAYAH CELAKA INI.



MASIHKAN KITA BELUM BELAJAR DARI KEJADIAN-KEJADIAN YANG MENIMPA AHLI MASYARAKAT KITA AKIBAT KEGIATAN PENJENAYAH???


1. SABAN HARI MEDIA MASSA MELAPORKAN KEJADIAN RAGUT DI MERATA TEMPAT BAIK DI KAMPUNG MAUPUN DI BANDAR. ADA YANG CEDERA DAN RAMAI JUGA YANG MELAYANG NYAWA HANYA KERANA MEMPERTAHANKAN HAK PERIBADI DARI DIRAGUT OLEH PERAGUT YANG DAJAL HATI MEREKA.

2. SIAPAKAH YANG PATUT DISALAHKAN???

3. PEMBANGKANG SERING MENGGUNAKAN ISU KENAIKAN INDEKS JENAYAH DENGAN KELEMAHAN KERAJAAN PIMPINAN UMNO/BN. ADAKAH INI BENAR???

4. BAGAIMANA PULA KADAR JENAYAH DI NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH PAKATAN RAKYAT YANG MENUNJUKKAN PENINGKATAN KES JENAYAH YANG TINGGI SEJAK MEREKA MEMERINTAH NEGERI TERBABIT???

5. ADAKAH PIHAK POLIS PATUT DISALAHKAN SEBAGAIMANA YANG SERING DITOHMAH OLEH PEMIMPIN PEMBANGKANG BILA BERLAKU KES JENAYAH???

6. PEMIMPIN PEMBANGKANG PULA HANYA PANDAI MEMBUAT TOHMAHAN TETAPI GAGAL MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA BILA MEREKA DIBERIKAN KUASA.

7. KESALAHAN SEPATUTNYA DILETAKKAN DI BAHU SETIAP AHLI MASYARAKAT DI NEGARA INI BAIK DIPERINGKAT KEPIMPINAN NEGARA, PEMBANGKANG, PEMIMPIN DAN AHLI MASYARAKAT DI PERINGKAT DAERAH, KAMPUNG DAN RUMAH.

8. BERMULA DI RUMAH. IBU BAPA, ADIK BERADIK PERLU PEKA KEPADA SEBARANG PERUBAHAN BAIK DARI SEGI TINGKAH LAKU, CARA HIDUP DAN PERBELANJAAN MEREKA. MENGAPA PERLU KITA MENDIAMKAN DIRI DAN MEMBELA SEORANG ANAK YANG MENYAMUN DAN MEMBUNUH ATAU MENCEDERAKAN ORANG LAIN???

9. BEGITU JUGA DI KALANGAN RAKAN-RAKAN DAN JIRAN-JIRAN. MENGAPA KITA TIDAK MENGAMBIL TAHU SEBARANG KEGIATAN TIDAK SIHAT YANG BERLAKU DISEKELILING KITA???

10. SETIAP RAKAN DAN JIRAN SEDIKIT SEBANYAK MENGETAHUI SIAPAKAH SAHABAT DAN JIRAN MEREKA DAN APAKAH KEGIATAN MEREKA. MENGAPA PERLU KITA MENGAMBIL SIKAP MENDIAMKAN DIRI APABILA MENGETAHUI SEBARANG KEGIATAN JENAYAH YANG BERLAKU DI SEKELILING KITA???

11. DI SEKOLAH, PEJABAT DAN TEMPAT KERJA; KITA MENGENALI SETIAP RAKAN ATAU ORANG YANG BERADA DISEKELILING KITA. KADANG-KADANG KITA MENGETAHUI KEJAHATAN MEREKA TETAPI MENGAPA KITA MENDIAMKAN DIRI SAHAJA???

12. PEMIMPIN MASYARAKAT SETEMPAT KEBANYAKANNYA KURANG PEKA KEPADA PERKEMBANGAN ANAK BUAH DALAM KAWASAN MEREKA. MEREKA LEBIH PENTING SOKONGAN AHLI ATAU PENGIKUT DARIPADA MEMANTAU KEGIATAN JENAYAH YANG MEMBABITKAN AHLI MASYARAKAT MEREKA. MENGAPA PERKARA INI BERLAKU???

13. ADUN DAN MP. TIADAKAH ADA SATU MEKANISME DALAM KAWASAN MASING-MASING UNTUK MENYALURKAN MAKLUMAT MENGENAI PERKEMBANGAN YANG BERLAKU DALAM KAWASAN MEREKA??? APAKAH YANG MEREKA LAKUKAN SETELAH MENDAPAT BAYARAN UNTUK BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT BAIK DALAM BN MAUPUN PAKATAN RAKYAT.

14. AGENSI PENGUATKUASA. BAIK DARI POLIS, NGO DAN SEBAGAINYA KURANG MENDAMPINGI RAKYAT JELATA. SEKIRANYA MEREKA MERAPATKAN DIRI DENGAN IKHLAS MAKA JURANG ANTARA MEREKA DENGAN MASYARAKAT DAPAT DIKURANGKAN DAN PENYALURAN MAKLUMAT MEMBOLEHKAN JENAYAH DAPAT DIBENTERAS DARI PERINGKAT AWAL LAGI.

15. PEMIMPIN PEMBANGKANG. SELAMA INI HINGGA SEKARANG MEREKA HANYA PANDAI MENYALAHKAN PIHAK KERAJAAN ATAS KEJADIAN JENAYAH TAPI APAKAH SUMBANGAN MEREKA. MAKAN ELAUN ADUN DAN MP SECARA HARAM???

16. SEPATUTNYA SETIAP ANGGOTA MASYARAKAT TIDAK KIRA STATUS, JAWATAN DAN PARTI MANA MEREKA SOKONG, SEMUANYA MESTI MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA KEPADA MASYARKAT BUKANNYA MENGAMBIL LANGKAH MENDIAMKAN DIRI DAN TIDAK MAHU CAMPUR TANGAN DALAM URUSAN ORANG LAIN.

17. MEREKA YANG BERSIKAP SEBEGINI HANYA AKAN TERASA KESANNYA JIKALAU AHLI KELUARGA MEREKA MENJADI MANGSA DALAM JENAYAH TERBABIT.

18. SETIAP PARTI MESTI MELAKSANAKAN SATU MEKANISME PENYALURAN MAKLUMAT UNTUK MENGENALPASTI INDIVIDU YANG TERBABIT DALAM AKTIVITI JENAYAH. SEMUA MESTI MENOLAK PERBEZAAN POLITIK DAN KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.

19. SEKIRANYA KEADAAN SEKELILING KITA AMAN, BUKAN SAHAJA KELUARGA DAN NEGARA SELAMAT TETAPI EKONOMI JUGA AKAN MENINGKAT DAN NEGARA KITA MAKMUR SERTA DIBERKATI ALLAH.

20. BAGI PARTI PAS YANG MELAUNGKAN PELAKSANAAN HUKUM HUDUD, MENGAPAKAH MEREKA TIDAK MENGAMBIL LANGKAH UNTUK MENGGURANGKAN KEJADIAN JENAYAH DALAM MASYARAKAT??? MENGAPA MENIKUS DALAM USAHA MEMBENTERAS JENAYAH???

21. JANGANLAH HANYA PANDAI MENUDUH ORANG LAIN LIHAT DIRI SENDIRI APAKAH SUMBANGAN KITA KEPADA MENGHAPUSKAN AKTIVITI JENAYAH INI. PEMBANGKANG PERLU MENGGURANGKAN POLITIKING DAN TUMPU KEPADA TANGGUNGJAWAB KEPADA MASYARAKAT YANG MENGUNDI MEREKA.

22. JANGANLAH JADIKAN USAHA MEMBENTERAS JENAYAH SEBAGAI USAHA BERMUSIM. BILA BERLAKU KES TERTENTU MAKA RAMAILAH PEMIMPIN AKAN MEMBERI CADANGAN DAN PANDANGAN MEREKA.

23. BAGI PEMIMPIN PEMBANGKANG DALAM PR, JANGAN PULA MEMBELA SUSPEK PENJENAYAH SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN SEPERTI KES KUGAN DAN KEMATIAN SUSPEK PEROMPAK DI KULIM. INI BUKAN LANGKAH MENGGURANGKAN KEGIATAN JENAYAH MALAH MENINGKAT JENAYAH KERANA ADA BIG BROTHER YANG AKAN MENJAGA KEBAJIKAN MEREKA.

24. ATAS SEBAB KESALAHAN KITA SEMUA, MAKA KITA TERPAKSA MENERIMA SEGALA KESAN HASIL KURANG PEKA KITA KEPADA PENJENAYAH YANG BERKELIARAN DI LUAR SANA.

25. JANGAN DISALAHKAN PIHAK LAIN. SALAHKAN DIRI SENDIRI KERANA KITALAH YANG MENYEBABKAN AKTIVITI JENAYAH SEMAKIN BERTAMBAH SETIAP HARI.

4 comments:

zedmagel said...

Salam Bro Tunggak langit,

Saya setuju dengan pandangan saudara, jangan salahkan kerajaan sahaja. Salahkan diri sendiri. Sikap kerjasama dalam masyarakat harus dibentuk. Baru jenayah dapat dikurangkan.

Bersatu teguh, bercerai kita roboh. Padah akan berada dimana-mana tanpa kerjasama erat dari kita semua.

Tungaklangit said...

bro zed

Allah pernah berkata jikalau kita tida mengikut perintah Allah maka Allah aka berikan kita pemerintahan yang zalim ke atas kita...

maka salahlah diri sendiri klau kita esok diperintah oleh pemerintahan yang zalim...

tapi orang PR kata BN ni zalim...???

zalim tang mana???

depa yang zalim adalah kot???

salam

Pewaris said...

MEMANG LA PEMBANGKANG BANGANG TU TAK PEDULI....SAMA KAUM....DEPA PUN BUAT KERJA2 UNDERWORLD...JENAYAH....KEPALA DIA RONNIE LIU...

Tungaklangit said...

salam sdr pewaris

semakin lama semakin jelas bulu musang yang dipakai oleh pemimpin PR ni di mata rakyat...

cuma samada rakyat mahu belajar dari kesilapan atau itu persoalannya

salam