Thursday, July 30, 2009

KEKALKAN ISA DEMI KEAMANAN MALAYSIA


1. MENGAPA SEJAK AKHIR INI RAMAI SUNGGUH PIHAK DARI PAKATAN RAKYAT YANG MENDESAK SUPAYA AKTA ISA DIHAPUSKAN...???

2. PERSOALANNYA IALAH ADAKAH MEREKA INI TAHU MAKSUD PENUBUHAN AKTA TERSEBUT... UNTUK APA..???

3. BAGI MEREKA YANG MASIH BERDEGIL DAN MAHUKAN ISA DIHAPUSKAN..SILALAH LUANGKAN MASA MEMBACA ATIKEL DIBAWAH DAN CUBA FAHAMI MAKSUD SEBENAR AKTA ISA...

4. CUMA PEMIMPIN YANG BERGELUMANG DENGAN KEGIATAN KONGSI GELAP ATAU SUBVERSIF YANG MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA SAHAJA YANG BIMBANG KEPADA AKTA INI BUKANNYA RAKYAT UMUM YANG SAYANGKAN NEGARA MALAYSIA DARI DIHANCUR OLEH SEBILANGAN AHLI POLITIK YANG BERNAFSU TINGGI...

Pendekatan Mencegah Sebelum Merawat Langkah Terbaik Kekal Keamanan Negara


ISA dikenakan terhadap pihak yang terbabit dalam aktiviti subversif seperti pengganas Komunis adalah sejarah. Dalam konteks sekarang, ISA adalah undang-undang pencegahan untuk mengelakkan berlaku ancaman kepada ketenteraman awam dan keamanan. Itu adalah objektif utama ISA.

ISA bukan tindakan selepas ancaman berlaku, tetapi tindakan pantas bagi mengelakkan sebelum sesuatu perkara berlaku. Sejak merdeka sama ada secara sedar atau tidak, ISA berjaya memelihara keamanan dan ketenteraman awam. Elemen utama akta ini adalah ketenteraman awam dan keselamatan. Apakah ketenteraman awam dan keselamatan?

Pertama ialah jika didapati tindakan atau kelakuan seseorang itu boleh melahirkan ancaman kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam seperti menyebabkan konflik, rusuhan dan perang saudara. Ini membabitkan perasaan benci meliputi isu agama, kaum dan budaya.

Kedua, tindakan yang dianggap boleh menjejaskan ekonomi negara seperti boleh menyebabkan ekonomi negara lumpuh, pelabur lari dari negara ini kerana takut akibat keadaan tidak menentu. Begitu juga aktiviti sindiket mengeluarkan kad pengenalan dan pasport palsu yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Pihak yang terbabit boleh dikenakan tindakan bagi mencegah kegiatan terus berlaku.

Ketiga, pihak yang mengancam perkhidmatan perlu dan penting seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga boleh dikenakan tindakan ISA.

Masih ramai mengaitkan ISA dengan ketidakadilan dan campur tangan politik. Orang berkata ISA adalah undang-undang yang membolehkan penahanan di bawah kuasa Menteri (Keselamatan Dalam Negeri) dan penahanan tanpa bicara. Orang selalu lupa bahawa ISA mempunyai dua bahagian penting.

Pertama ialah mengikut Seksyen 73(1) yang memberi kuasa kepada polis mengambil tindakan awal menahan mana-mana pihak yang dianggap boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Tindakan ini membolehkan polis menahan seseorang sama ada selama 24 jam, dua hari dan seminggu dengan tempoh maksimum selama 60 hari. Jika dalam jangka masa itu tidak ada kes menunjukkan ada ancaman, pihak polis boleh melepaskan. Perkara ini adalah budi bicara polis sepenuhnya.

Ini membolehkan polis menjalankan kerja risikan bagi menentukan perkara ini tidak merosakkan ketenteraman awam.

Penahanan ini bukan suatu kesalahan jenayah dan tidak dituduh mengikut Kanun Keseksaan atau Akta Hasutan. Tempat tahanan berbeza dengan mereka yang ditahan mengikut akta lain. Mereka yang ditahan reman dimasukkan dalam lokap, manakala tahanan ISA mempunyai sel sendiri yang lengkap dengan tempat tidur.

Tahanan ISA mempunyai hak untuk habeas corpus (writ hak untuk mencabar kesahihan penahanan seseorang) berjumpa keluarga, mendapatkan peguam dan apabila dibebaskan tidak mempunyai rekod melakukan kesalahan jenayah atau seperti tertuduh yang dilepaskan kerana tiada kes. Ini adalah semata-mata untuk ketenteraman dan keselamatan awam.

Polis tidak perlu merujuk kepada menteri untuk mengambil tindakan ini. Cuma sebagai Menteri Dalam Negeri, polis akan memberitahu tindakan itu diambil kerana perkara ini akan ditanya oleh pelbagai pihak, itu saja. Hendak melepaskan juga tidak perlu meminta kebenaran menteri. Itu adalah budi bicara polis yang cukup berhati-hati dan teliti.

Bagaimana jika selepas 60 hari dan polis mendapati bahawa seseorang itu mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Jika polis mendapati bahawa orang itu masih menjadi ancaman kepada keselamatan negara, perakuan akan dibuat kepada menteri untuk menahan mengikut Seksyen 8(1) atau 8(5). Menteri akan melihat hujah polis untuk menahan orang itu. Jika berpuas hati, menteri akan menandatangani dokumen yang dipanggil Detention Order (Perintah Penahanan) selama dua tahun. Tidak bermakna sepanjang tempoh itu, orang itu tidak dapat berjumpa keluarga seminggu sekali dan juga peguam.

Dalam tempoh tiga bulan pertama, kes boleh dirujuk kepada Lembaga Penasihat dan tahanan boleh membawa peguam ketika kesnya didengar. Jika Lembaga Penasihat menyatakan masih menjadi ancaman, tahanannya akan diteruskan dan setiap enam bulan akan ada semakan (sama ada orang itu menjadi ancaman).

Di Kamunting (Perak), tahanan ISA ada surat khabar, boleh bersenam dan tidak duduk seperti macam pesalah jenayah. Dia boleh bertanding pilihan raya dan mendapat rawatan bukan saja di hospital berdekatan, malah rawatan pakar. Makanan juga sangat baik dan kalau ada diet khas seperti vegetarian, kita akan sediakan makanan itu.

Kita kadang-kadang mudah lupa. Kita menganggap seolah-olah penahanan ini bertujuan untuk memuatkan orang politik. Orang politik boleh bertindak mengikut sesuka hati selagi tidak menjadi ancaman kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam. Kebanyakan orang yang ditahan mengikut ISA adalah berasaskan ancaman gerakan militan dan ideologi yang boleh memecah belahkan serta sikap melampau yang merosakkan keharmonian masyarakat.



Jika polis tidak mengambil tindakan terhadap golongan begini, negara kita porak peranda. Lihat suasana sekarang, satu isu boleh mencetuskan perasaan tidak menentu, menimbulkan kegelisahan dan kemarahan antara kaum. Di negara ini, masih banyak sensitiviti yang perlu dipelihara dan dikawal dengan baik supaya tidak bertukar menjadi konflik terbuka.

Dalam kes penahanan tiga individu terbabit, beberapa pihak, termasuk di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) mempertikaikan penggunaan ISA. Apakah ketenteraman awam benar-benar tergugat hingga memerlukan ISA digunakan.

Soalan ini patut ditanya kepada polis. Saya tidak ada maklumat yang polis ada kerana polis menggunakan kuasa yang dalam pengetahuan mereka. Saya fikir dalam soal menjaga keselamatan di mana-mana pun, apabila mula mempertikaikan pasukan polis melaksanakan tugas seperti butiran yang ada apabila mengambil sesuatu tindakan, ini akan menggagalkan tindakan pencegahan.

Tetapi kalau kita melihat undang-undang antikeganasan di United Kingdom, pihak berkuasa boleh menahan seseorang kerana semata-mata ada ancaman. Mereka menyerbu dan memecahkan rumah orang Islam kerana dipercayai ada pengganas dan menangkap imam kerana ceramah imam dikatakan membangkitkan semangat.

Kita tidak boleh mengetahui keadaan yang membawa kepada penangkapan mengikut ISA seperti apakah maksud keadaan tidak terkawal dan bagaimana keputusan itu dibuat.

Jika buat begitu, pasukan keselamatan tidak boleh menjalankan tugas kerana setiap hari kena berbahas. Apabila berbahas akan ada perbezaan pandangan. Kita terlupa bahawa selama ini di belakang ada pasukan keselamatan yang menjaga keselamatan. Kita lihat bahawa (sebelum penahanan mengikut ISA) suhu semakin lama semakin panas hingga Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi pandangan bahawa suasana ini perlu dibendung.

Kita hendak bendung atau 'kita tidak boleh percaya cakap polis kerana kita perlu tengok biar bergaduh dulu, baru ambil tindakan'. Saya fikir ini tidak pernah menjadi pendekatan Malaysia dan ini yang menyebabkan wujud kedamaian dan keamanan di negara ini. Polis apabila mengambil tindakan mengambil kira semua faktor itu. Malangnya orang yang memberi komen (mengenai ISA) mempunyai faktor politik sedangkan polis melihat faktor keselamatan.

Memang perkara ini adalah kontroversi. Tetapi adakah kerana kemungkinan kontroversi, polis tidak mengutamakan soal keselamatan.

Saya fikir parti komponen BN yang membentuk kerajaan perlu mempunyai satu pemikiran. Kekuatan politik BN ialah kita menyimpan semua perkara yang hangat dalam perbincangan tertutup dan ini tidak mencetuskan reaksi berbeza.

Adakah kerajaan tidak memberi perhatian terhadap pandangan yang mengkritik ISA. Terdapat dua reaksi terhadap ISA. Jangan ingat orang yang menghentam ISA adalah golongan majoriti. Mereka yang menentang penggunaan ISA adalah golongan yang vocal (lantang) dan mereka melahirkannya dengan menulis surat dan SMS. Saya anggap sebagai kakitangan awam yang menjalankan tugas, itu adalah perkara biasa kerana setiap orang ada pandangan masing-masing.

Bagaimanapun pada masa sama, saya mendapat banyak surat dan SMS memberi sokongan terhadap ISA. Akhirnya saya berfikir orang yang menyokong ISA bukan kerana faktor kaum, budaya dan agama, tetapi takut tercetus pergaduhan dan perselisihan.

Bagaimana tiada ancaman jika pihak antarabangsa mengklasifikasikan Malaysia sebagai tidak stabil dari segi politik, keadaan tidak menentu dan dinasihat tidak melabur. Bukankah itu adalah ancaman kepada keselamatan. Polis mesti ada asas sebelum bertindak mengikut ISA.

Kadang-kadang pihak yang memelihara keselamatan dan ketenteraman awam menjadi mangsa kepada niat kita untuk melahirkan kebebasan daripada golongan yang tidak semesti majoriti. Golongan majoriti selalunya senyap. Ada orang kata ISA ketinggalan zaman, tetapi akta ini sudah berkembang dan prosedur berubah berbanding peringkat awal.

Pihak yang menentang ISA menggesa mereka yang ditahan ISA diberi peluang membela diri. Sebagai contoh mereka yang ditangkap kerana menghasut didakwa mengikut Akta Hasutan.

Saya bercakap mengenai keselamatan. Sebagai contoh jika menghasut yang boleh menyebabkan keselamatan terjejas dan menimbulkan konflik terbuka atau sifat perkauman yang boleh membangkitkan kegelisahan awam, tindakan ISA akan digunakan.

Katakan seorang yang tidak suka orang Islam meletakkan daging babi di depan rumah orang Islam. Daging itu boleh dibuang sajalah, tetapi ini boleh mencetuskan perbalahan antara orang Islam dan bukan Islam. Begitu juga jika orang Islam mengatakan 'apalah sembahyang pada tokong atau bakar kertas'. Semua sifat tidak bertolak ansur terhadap fahaman berlainan boleh membangkitkan kegelisahan, kemarahan dan menjejaskan ketenteraman awam.

Kita boleh bertindak mengikut Akta Hasutan jika hasutan itu adalah hasutan biasa, tetapi keadaan berbeza jika hasutan menjejaskan keselamatan serta membawa kepada suasana permusuhan dan konflik terbuka, sama ada ia berlaku atau tidak adalah soal lain. Polis akan menganalisis sama ada ia akan berlaku atau tidak.

Antara dua perkara yang dianggap buruk (between two evils), lebih baik kita mencegah berbanding membiarkan rusuhan berlaku. Untuk membetulkan masyarakat selepas rusuhan berlaku adalah lebih susah seperti (pergaduhan antara kaum) di Kampung Medan (Selangor) dan Kampung Rawa (Pulau Pinang). Untuk membina mengambil masa, tetapi untuk meruntuhkan sekelip mata.

Di sebalik wujud tentangan, tangkapan mengikut ISA dilihat agak lewat ketika keresahan dan kebimbangan berhubung isu perkauman sudah lama meruap di kalangan masyarakat.

Saya sudah menjangka jika kita tidak mengambil tindakan, dikatakan gagal melaksanakan tugas. Kalau ambil tindakan, dikatakan sudah lambat. Pada saya, tindakan perlu dilihat kepada tahap. Jika tahap itu boleh lagi tolak ansur, pihak polis tidak mahu mengganggu kebebasan dan kemahuan masyarakat melaksanakan hak.

Polis cukup berhati-hati dan teliti kerana tahu bahawa ini menyentuh soal kebebasan dan hak individu. Saya sendiri sebelum menandatangani benda ini (dokumen ISA), mereka (pegawai bahagian ISA Kementerian Keselamatan Dalam Negeri) ditanya macam-macam soalan hingga pening kepala. Mereka kata Datuk ini susah!

Hendak menahan orang bukan suatu perkara mudah atau kita kata 'orang itu kena tahan, tahan dia'. Tidak boleh! Mesti kaji dengan teliti kerana ada penahanan mengikut ISA mempunyai sistem, iaitu penahanan boleh dipertikaikan, dibawa ke mahkamah, ada jaminan bahawa orang itu tidak teraniaya dan kita hendak tentukan dua keadilan apabila bertindak. Pertama keadilan kepada individu yang hendak ditahan. Kita tidak menyalahgunakan kuasa serta memberi keadilan dan kesaksamaan.

Kedua, jangan lupa bahawa masyarakat juga menuntut keadilan. Kita mesti adil kepada individu serta kepada masyarakat dan negara. Kita mesti saksama terhadap kedua-dua pihak supaya tidak menimbulkan keresahan yang akhirnya orang duduk saja dalam rumah dan malam lengang kerana orang dengan pelbagai kemungkinan. Alhamdulillah sejak merdeka, negara cukup selesa hingga kita lupa bahawa ISA banyak membantu.

Penangkapan wartawan Sin Chew Jit Poh, Tan Hoon Cheng dilihat agak ekstrem dan alasan untuk melindungi keselamatannya juga tidak diterima. Apakah pandangan Datuk Seri. Saya fikir perkara ini dilihat dalam konteks terpisah. Keselamatan individu ialah jawapan kepada banyak soalan, tetapi yang utama dan telah dialihkan pandangan, jika dilihat temu bual saya ialah mengenai keselamatan.

Bukan keselamatan individu, tetapi secara keseluruhan. Sebagai contoh untuk membuat penangkapan seterusnya, polis kena mulakan dari sesuatu.

Polis (dalam kes Tan) bermula dengan mendapatkan orang yang mula-mula menulis, adakah digunakan oleh orang lain untuk mengancam keselamatan, mengapa dia tulis itu, adakah unsur yang mempunyai perkara tersirat yang boleh menjejaskan keselamatan dan siapa yang terbabit. Jika polis hendak tangkap orang lain pun, dia kena berpunca dari sini (Tan).

Jika orang kata mengapa tidak mengambil tindakan terhadap orang tertentu, apabila hendak mengambil tindakan, kita kena kaitkan dan ada rangkaiannya. Jadi perlu ambil punca utama dan bukan kita hendak menahan dan melakukan keganasan terhadap dia.

Penahanan wartawan, sama seperti ahli politik dan peguam memang mendapat perhatian dunia antarabangsa. Soalnya, kita sayang negara atau lebih melihat kepada tekanan luar. Jika negara porak peranda, siapa yang hendak jaga. Orang luar?

Apabila Datuk Zaid Ibrahim (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) sebagai anggota Kabinet, mempertikaikan penggunaan ISA dan kemudian meletakkan jawatan. Tidakkah ini melemahkan kewajaran tindakan kerajaan menggunakan ISA.

Saya fikir antara tradisi seluruh dunia ialah berpegang kepada tanggungjawab bersama. Jika kita mempunyai pegangan yang betul-betul berlainan di atas prinsip, memang saya fikir tindakannya adalah tepat kerana tidak boleh berkongsi pandangan yang sama.

Kita semua mempunyai pandangan masing-masing terhadap ISA. Saya sendiri mempunyai pandangan peribadi ketika mengamalkan undang-undang dan sebelum menjadi Menteri Dalam Negeri. Apabila saya menjadi sebahagian kumpulan yang bersama, paling penting kita hendak tentukan ialah tidak ada penyalahgunaan kuasa dan menentukan keselamatan negara diletakkan di atas segala kepentingan lain.

Ketika zaman Tun Dr Mahathir (Mohamad), ada anggota Kabinet membuat kenyataan berlainan daripada apa yang diputuskan berhubung pengambilan tanah di Johor untuk membuat Link Kedua. Komen Dr Mahathir, 'kita ada keputusan dalam Kabinet, kalau sesiapa tidak bersetuju, tidak boleh menyokong keputusan bersama, cara terhormat ialah berhenti dari kerajaan'.

Saya fikir tindakan beliau berhenti (Zaid) adalah elok, tetapi kebanyakan orang apabila berhenti sepatut tidak pergi kepada pembangkang. Kebanyakan orang berhenti kerana ada prinsip, tetapi tetap ahli parti dan bersama kerajaan. Jika dalam kerajaan, kita sentiasa membangkang, di mana semangat setia kawan? Kekuatan itu adalah tanggungjawab bersama sebagai tradisi yang dipegang oleh anggota Kabinet yang memang ramai peguam.

Ketika kerajaan menggalakkan kebebasan dan bersikap liberal terhadap kebebasan bersuara, ISA digunakan. Tidakkah ini mewujudkan pertentangan yang nyata.

Cuba lihat sejak diperkenalkan, berapa banyak surat khabar ditutup kerana ISA? Cuba lihat Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), kumpulan yang bukan saja dikatakan dimiliki parti pemerintah, tetapi mempunyai hubung kait dengan Umno, tetapi memberi laporan satu muka penuh kepada Zaid dan laporan penuh terhadap tangkapan ISA, memuatkan pandangan semua orang. Lihat blog dan begitu juga surat khabar lain. Apa yang terkandung dalam The Sun dan Sin Chew Jit Poh?

Saya fikir kebebasan cukup banyak. Jangan mengambil satu kes dan salahkan ISA. Mana ada orang yang ketika menulis memikirkan ISA. Tidak ada! ISA tidak menjadi hambatan tetapi jangan kita menggunakan seolah-olah ISA menghantui kebebasan. ISA hanya datang apabila kita menjejaskan keselamatan.

Hendak tulis sebebas-bebasnya, tetapi tidak bermakna bebas itu tidak patuh kepada undang-undang. Raja Petra dalam temu bual bersama BBC berkata bahawa kerajaan hendak mengekang kebebasan internet. Saya cakap kebebasan tetap ada, tetapi dilaksanakan dalam konteks patuh kepada undang-undang negara.

Takkan kita biarkan kebebasan hingga negara porak peranda. Kebebasan mesti dilaksanakan dengan tanggungjawab. Kebebasan mesti menghormati bukan saja hak kita, tetapi hak orang lain, menghormati sensitiviti. Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dikatakan menyebabkan tidak ada kebebasan. Tetapi Malaysia adalah antara negara yang banyak surat khabar dalam pelbagai bahasa. Banyak pandangan dikeluarkan dalam surat khabar. Saya tengok sangat baik untuk sebuah negara sedang membangun, standard kita dalam sesetengah keadaan terutama di bawah Perdana Menteri sekarang sehebat negara maju.

Selepas 51 tahun merdeka, Datuk Seri melihat hubungan antara kaum masih menjadi masalah besar.

Kita boleh melihat Malaysia sebagai Malaysia dan tidak melihat dari kaca mata kaum atau memperjuangkan kepentingan kaum. Kita meletakkan integrasi sebagai agenda utama. Masalahnya kita bercakap mengenai Malaysian Malaysia, tetapi hanya bercakap mengenai kepentingan kaum masing-masing.

Ini bermakna pihak berkenaan mahu pewarnaan mengikut sudut kaum masing-masing. Kalau macam itu, kita belum sampai tahap integrasi sebenar yang mahu dicapai. Integrasi bukan bermakna asimilasi. Kita tidak boleh asimilasi orang kerana kita dalam satu masyarakat majmuk. Kepelbagaian menjadi kekuatan kita.

Allah menjadikan orang Melayu cukup tinggi toleransi kerana mengambil unsur budaya lain dan diMelayukan. Budaya Melayu bukan budaya menekan, menerima semua unsur sebab itu boleh menjadi asas kepada keMalaysiaan.

petikan dari kem. Penerangan Malaysia...

13 comments:

Anonymous said...

bro TL

mereka yang bodoh dalam soal ISA ini ialah rakyat sebab mereka ni dipermainkan oleh pemimpin yang takutkan ISA yang sentiasa mengejar mereka...

sebab apa ISA kerja mereka kerana mereka selalu bangkitkan perasaan benci rakyat dan cuba cetus suasana tegang dalam society kita di malaysia ini...

kalau ditanya makcik atau pakcik kat kampung mereka dia tak tahu apa kecuali mereka mahu negara kita selamat itu saja...

kenapa beri peluang pemimpin seperti ni perbodohkan kita...

mari kita perbodohkan pemimpin seperti ini dengan membiarkan mereka berarak sesama mereka aje...

Dollah said...

Ngko lah yang bodoh. UMNO mengekalkan kuasanya melalui ISA. Kalau tak ada ISA dah lama UMNO lingkup!...
Kebenaran memang pahit untuk ditelan....

Anonymous said...

salam semua,

saya rayu dan minta kepada semua umat islam khususnya balik lah pada AlQuran dan hadis, lupakan politik sejenak, fikir dalam2 selepas kita kaji hukum Alquran, apa pandangan Allah SWT dan Nabi SAW tentang hukum2 ISA dn sebagainya, saya yakin dgn sepenuh jiwa, didalam AlQuran mesti ada perfect explaination.

saufi

ghostWRITER said...

ISA adalah untuk menjaga keselamatan negara. Kenapa kita perlu tahan seseorang itu tanpa dibicara? Kita tahu, "prevention is better than cure". Kita juga sedia maklum negara kita ini mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan banyak dari semasa ke semasa perkara-perkara yang sensitif yang ditimbulkan dan sejarah telah membuktikan peristiwa 13 Mei pada tahun 1986 kita hampir-hampir sekali lagi mencetuskan rusuhan perkauman dan negara kita ini juga darisemasa ke semasa tidak sunyi daripada menerima tekanan daripada golongan ataupun puak-puak yang boleh dikatakan puak pelampau yang boleh menyentuh soal isu-isu perkauman dan sebagainya.Jadi asas untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara adalah lebih diutamakan dan untuk itu sekali lagi apabila dalam keadaan tertentu, masa tertentu, asas dan sebab-sebab yang kukuh dan mengikut prosedur yang diperuntukkan maka perludipertahankan.

Ahli politik terutamanya pihak pembangkang menolak ISA kerana mereka takut, matlamat yang mereka bawa terutama dalam mereka berucap atau mengeluarkan kenyataan berlaku perkauman atau membawa kepada rusuhan ditangkap dibawah ISA. Mereka mahukan kebebasan bersuara apa yang mereka tidak suka. Bolehla selepas ini mereka mempersoalkan kenapa perlu ada hak keistimewaan orang melayu. Bolehla mereka bersuara jangan bagi Azan di setiap pelusuk negara bila tiba waktu solat jika ISA dimansuhkan.

Adakah kita mahu apa yang kita lihat dikaca television mengenai berita rusuhan, tunjuk perasaan, kereta dibakar, jalan ditutup, pengeboman berlaku tak kira tempat dan masa berlaku di negara kita? Orang luar melihat kita hidup aman damai. Walaupun kita berbilang bangsa dan agama, kita masih dapat hidup bersatu padu. Tapi adakah semua antara kita rakyat Malaysia mempunyai hati dan hasrat yang sama? Mahukan Malaysia aman damai? Tentunya ada anasir atau kata-kata atau ucapan yang berunsurkan perkauman atau mengganggu gugat kedamaian Malaysia. Jesteru anakmuda menyokong ISA terus dilaksanakan supaya Malaysia terus dipelihara.

Jika anda cintakan Malaysia terus aman damai - SOKONGLAH ISA DEMI KESELAMATAN DAN KEAMANAN NEGARAKU MALAYSIA!!

anakmuda
http://ohpolitik.blogspot

Anonymous said...

bagus..perbodohkan pemimpin yg cuba bodohkan kita..biar dia berarak sesama sendiri..huhuhhuhu

zedmagel said...

Salam Bro Tungaklangit,

Saya menyokong ISA demi kesejahteraan Agama, Bangsa dan Negara. Kemakmuran dan keselamatan rakyat diutamakan.

Barulah Islam dan ibadah dapat dijalankan dengan sempurna. Mudah-mudahan Keselamatan negara dalam rahmat ALLAH SWT jua.

Lin said...

salam sejahtera dan kedamaian kepada semua

bro zed itulah yang sebaik niat bagi seorang bergelar Malaysia... saya sokong anda sepenuhnya...

sdr anakmuda

kesedaran saudara diharapkan dapat memberi tauladan kepada golongan muda yang lain...

sdr anon 9.33, 3.56

pandangan saudara saya hormati dan anda mempunyai hujah yang baik dari satu aspek yang lain...

kepada sdr dollah

nasihat saya kepada anda cuma satu pelajari sejarah dan adakah mereka yang ditahan di bawah ISA ini adalah orang yang dianiayai...???

kesemua mereka ditahan ada sebabnya yang tidak boleh dimaklumkan kepada masyaakat umum bagi menjaga keselamatan negara...

sila perlengkapankan diri dgn ilmu pengetahuan sebelum memberi hujah kerana ianya menunjukkan tahap ilmu kita sendiri..

salam selamat bersembahyang jumaat...

Anonymous said...

dollah tu memang bodoh.org yg bangsat macam dia tu la yg sokong mansuh ISA.nanti bila mak bapak kau atau keluarga kau kena bom atau disembelih dek cina dgn india baru la kau tau pentingnya ISA.bodoh!

Lin said...

SALAM SDR ANON 12.06

BIARKANLAH SDR DOLLAH TU DENGAN HUJAHNYA...

SEPERTI KATA SDR TU MEMANG BENAR KERANA BILA BERLAKU SESUATU ATAS BATANG DIA BARULAH DIA TAHU BAHAWA APA YANG DIBENCI SELAMA INI ADALAH BAIK UNTUK KEBAIKAN RAKYAT...

DOLLAH SENDIRI TIDAK TAHU APA ITU AKTA ISA DAN DIA CUMA TERMAKAN HASUTAN DARI PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN TERSENDIRI SEPERTI PEMIMPIN DAP DI SELANGOR DAN PENANG YANG DISIASAT PENGLIBATAN MEREKA DALAM KEGIATAN KONGSI GELAP DAN AKTIVITI HARAM...

SALAM

kifli said...

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Kami telah pun menerangkan akan keharaman ISA di sisi Islam . Kami juga telah menerangkan sedikit sebanyak tentang keharaman demokrasi menurut Islam . Ingatlah wahai saudaraku, bahawa sesungguhnya Islam ini telah lengkap dan sempurna dan tidak ada satu pun yang tertinggal dari diwahyukan oleh Allah Azza Wa Jalla. Apatah lagi apabila kita membincangkan tentang sistem pemerintahan, satu perkara yang amat penting yang tercakup di dalam perintah Allah untuk menzahirkan agamaNya di muka bumi. Maka, teramatlah mustahil jika Allah tidak menurunkan hukum tentang pemerintahan atau menurunkan satu bentuk sistem pemerintahan yang tidak lengkap. Mustahil sama sekali sistem pemerintahan Islam tidak lengkap sehingga kita perlu mengambil sistem pemerintahan demokrasi dari Barat untuk melengkapkannya, apatah lagi sebagai galang ganti. Jika kita meyakini Firman Allah “pada hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agamamu” [TMQ al-Mai’dah (5):3], maka kita hendaklah meyakini bahawa Allah dan Rasul telah mengajar kita dari hal membuang air kecil hinggalah kepada hal memerintah dunia, dan tidak ada satu pun urusan agama ini yang tercicir atau tidak lengkap. Janganlah kalian menjadikan kejahilan kalian tentang agama Allah sebagai penyebab kalian mencari sistem lain, atas dalih bahawa Allah dan Rasul tidak merincikan hukum tentang pemerintahan. Na’uzubillah min zalik. Sesungguhnya sistem pemerintahan Islam adalah Sistem Khilafah dan sistem ini telah lengkap sempurna tanpa memerlukan ‘pertolongan’ dari demokrasi sedikit pun.

Siapa tidak kenal ISA? Akta Keselamatan Dalam Negeri (yang lebih dikenali sebagai ISA iaitu akronim nama Bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuat kuasa di Malaysia sejak 1960 lagi. Akta yang telah benar-benar digunakan kerajaan untuk menyelamatkan hegemoni politik mereka ini membolehkan sesiapa sahaja ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang disyaki atau dipercayai mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Dan Menteri boleh menyambung dan terus menyambung tempoh tahanan ‘ikut suka beliau’ selama tempoh yang tiada hadnya, selama beliau masih berkuasa atau masih bernyawa.

Secara umumnya akta hasil pemikiran penjajah ini mengenepikan kuasa kehakiman dan bercanggah dengan kebebasan individu yang dijamin oleh Perlembagaan yang diagungkan oleh mereka sendiri. Ringkasnya, individu yang ditahan di bawah ISA (i) tidak memerlukan waran tangkap atau apa-apa arahan dari Mahkamah (ii) tidak perlu dan tidak akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atau dibuktikan kesalahannya (iii) kuasa mutlak untuk ‘menjatuhkan hukuman’ terletak kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri (iv) ‘kuasa mutlak’ untuk menyeksa tahanan terletak pada polis cawangan khas (SB) yang tidak pernah mengenal erti kemanusiaan. Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ingin membincangkan fakta-fakta kezaliman ISA dan mereka yang telah ‘menjadi korbannya’ sejak sekian lama, kerana sememangnya risalah kecil ini tidak akan dapat memuat segala penderitaan tersebut. Namun apa yang ingin kami utarakan adalah hukum syarak mengenai akta gubalan tangan manusia ini yang mana para penggubal dan pengamalnya langsung tidak memikirkan hukuman dan azab Allah yang bakal menimpa mereka satu hari nanti dek kezaliman yang mereka lakukan.

ada lagi sambungannya.....

kifli said...

sambungannya....

Siapa tidak kenal ISA? Akta Keselamatan Dalam Negeri (yang lebih dikenali sebagai ISA iaitu akronim nama Bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuat kuasa di Malaysia sejak 1960 lagi. Akta yang telah benar-benar digunakan kerajaan untuk menyelamatkan hegemoni politik mereka ini membolehkan sesiapa sahaja ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang disyaki atau dipercayai mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Dan Menteri boleh menyambung dan terus menyambung tempoh tahanan ‘ikut suka beliau’ selama tempoh yang tiada hadnya, selama beliau masih berkuasa atau masih bernyawa.

Secara umumnya akta hasil pemikiran penjajah ini mengenepikan kuasa kehakiman dan bercanggah dengan kebebasan individu yang dijamin oleh Perlembagaan yang diagungkan oleh mereka sendiri. Ringkasnya, individu yang ditahan di bawah ISA (i) tidak memerlukan waran tangkap atau apa-apa arahan dari Mahkamah (ii) tidak perlu dan tidak akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atau dibuktikan kesalahannya (iii) kuasa mutlak untuk ‘menjatuhkan hukuman’ terletak kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri (iv) ‘kuasa mutlak’ untuk menyeksa tahanan terletak pada polis cawangan khas (SB) yang tidak pernah mengenal erti kemanusiaan. Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ingin membincangkan fakta-fakta kezaliman ISA dan mereka yang telah ‘menjadi korbannya’ sejak sekian lama, kerana sememangnya risalah kecil ini tidak akan dapat memuat segala penderitaan tersebut. Namun apa yang ingin kami utarakan adalah hukum syarak mengenai akta gubalan tangan manusia ini yang mana para penggubal dan pengamalnya langsung tidak memikirkan hukuman dan azab Allah yang bakal menimpa mereka satu hari nanti dek kezaliman yang mereka lakukan.

tunggu ada lagi....

kifli said...

kesimpulannya......


Sesungguhnya keharaman ISA adalah ibarat cahaya matahari. Bagi mereka yang jahil agama sekalipun, semua tahu bahawa ISA adalah undang-undang buatan manusia di Parlimen yang diluluskan dengan cara majoriti. ISA bukan berasal dari wahyu, malah jelas bertentangan dengan apa yang diwahyukan. Jika dulu ISA digubal untuk menghalang kebangkitan komunis, dan ternyata ia telah berjaya melumpuhkannya. Kini setelah hilangnya pengaruh ideologi tersebut, ISA digunakan pula untuk menghalang kebangkitan dan penerapan Islam, dengan ditangkap dan dipenjarakan pendakwah-pendakwah yang ingin menegakkan agama Allah dan siapa sahaja yang berjuang ke arah menggantikan kerajaan sekular ini dengan Islam.



Wahai kaum Muslimin! Kita semua tahu bahawa ISA adalah sebuah akta yang memang terkenal zalim. Namun, sebagai seorang Muslim, kita hendaklah mengukur ‘zalim’ itu dari perspektif Islam semata-mata, bukannya dari perspektif emosi. Apabila kita memandang dari kaca mata Islam, maka kita akan mendapati bahawa bukan sahaja ISA, malah hampir kesemua undang-undang yang dibuat oleh manusia yang diamalkan di Malaysia hari ini adalah zalim. Ini kerana semua undang-undang itu adalah undang-undang yang bertentangan dengan Islam yang hanya diluluskan dengan mudah melalui sistem demokrasi berdasarkan suara majoriti. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45]. Oleh itu, kita hendaklah memahami bahawa kezaliman ISA itu adalah kerana keharamannya, sama sebagaimana undang-undang haram lain yang bertentangan dengan Islam yang diamalkan di negara kita. Justeru, ISA dan juga akta-akta gubalan manusia wajib dihapuskan dan diganti dengan undang-undang Islam yang berasal dari wahyu. Wallahu a’lam.

Lin said...

salam

panjang sungguh ulasan saudara tapi saya pernah baca dari blog yang lain tak apalah sdr rajin nak cut and paste kat sini...

satu nasihat saya pada saudara kifli...

kalau nak bagi pendapat biarlah ianya datang dari akal kita bukannya berdasarkan suapan dari buah fikiran orang lain tanpa memikirkannya dari pelbagai sudut...

bukankah telah dikatakan di atas jangan dimansuhkan tapi kalau ianya dianggap zalim oleh sesetengah pihak maka kita kaji dan gubal mana2 yang boleh diperkukuhkan akta ISA tu...

janganlah main ikut pendapat orang sedangkan kita tak tahu hujung pangkal cerita yang kita cakap...


walau bagaimanapun itu hak saudara dan saya hormat pandangan saudara tapi tak semestinya saya bersetuju dengan saudara...

salam