SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL IBADAT YANG DILAKUKAN DAN MEMBERI KEREDHAANYA SERTA KEAMANAN UNTUK MALAYSIA
1. DALAM ISLAM KITA DIANJURKAN SUPAYA BERKASIH SAYANG ANTARA SATU SAMA LAIN DAN SALING BERDOA UNTUK KEBAIKAN KERANA SYURGA ALLAH HANYA DIMASUKI SETELAH SEMUA ISLAM MEMAAFKAN DOSA MEREKA ANTARA SATU SAMA LAIN...
2. DALAM DUNIA POLITIK HARI INI, SATU PIHAK YANG MENGELARKAN DIRI MEREKA PEJUANG ISLAM TELAH MEMBUAT PELBAGAI TUDUHAN DAN FITNAH SERTA UMPATAN TERHADAP ISTERI YAB PERDANA MENTERI YANG DIKATAKAN TIDAK MEMAKAI TUDUNG DAN MEMBUKA AURAT...
3. KELEMAHAN YANG SATU INI TELAH DIPERGUNAKAN OLEH MEREKA YANG MENGAKU ISLAM SEDANGKAN ISLAM MELARANG SESEORANG MENCEMUH SEORANG ISLAM YANG LAIN KERANA MUNGKIN DICEMUHKAN ITU LEBIH MULAI DARI YANG MENCEMUH... KESUDAHANNYA MEREKA YANG SUKA MENCEMUH INI AKAN JATUH DITAHAP FASIK... (SUPAYA ALLAH MELINDUNGI KITA)...
4. DI BAWAH ADALAH DUA AYAT DARI SURAH AL-HUJURAAT AYAT 11 DAN 12 YANG MANA ALLAH MEMBERI PERINGATAN SUPAYA UMAT ISLAM TIDAK MENCEMUH SESAMA ISLAM...
Surah Al-Hujuraat ayat 11
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
5. PENYOKONG DAN PEMIMPIN ISLAM DALAM PAKATAN RAKYAT JUGA SUDAH LARI JAUH DARI SURUHAN ALLAH... MEREKA INGKAR AKAN AYAT ALLAH DALAM SURAH AL-HUJURAAT AYAT 12 YANG SURUHAN SUPAYA KITA MENJAUHI DARI BERSANGKA BURUK, MENGINTIP KESALAHAN, KEIABAN ORANG LAIN DAN MENGUMPAT SESAMA ISLAM...
Surah Al-Hujuraat ayat 12
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
6. SEBAGAI SEORANG ISLAM KITA SEPATUTNYA MENDOAKAN KEAMPUNAN DAN KEBAIKAN UNTUK UMAT ISLAM YANG LAIN SEBAGAIMANA DIANJURKAN OLEH ALLAH DALAM SURAH-SURAH DI BAWAH:
Surah Al-Hasyr ayat 10
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".
Surah Muhamad ayat 19
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)..
Hadith Riwayat Muslim
Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya pada ketika saudaranya itu tidak ada (tanpa pengetahuannya), maka malaikat akan berkata: “Semoga kamu juga mendapat seumpama (doa) itu.”
7. KEPADA UMAT ISLAM YANG MENJADI AHLI DAN PENYOKONG DALAM PAS DAN PKR HENTIKANLAH TUDUH MENUDUH DAN MENCERCA SESAMA ISLAM KERANA SUDAH DATANG PERINGATAN ALLAH DALAM AYAT SEPERTI DI ATAS DAN HADITH DARI RASULLULLAH...
8. TAKUTLAH HUKUMAN DAN KEMURKAAN ALLAH...
9. JADILAH KITA UMAT YANG BERSATU PADU DALAM MENEGAKKAN SYIAR ISLAM...INSYALLAH
12 comments:
Semoga Allah swt ampunkan dosa kita semua, Amin!!
salam sdr melayuangkat
begitu juga keredhaan ke atas saya sekeluarga, saudara sekeluarga dan semua umat islam
amin
Salam...apa dah jadi dengan umat islam bangsa melayu di Malaysia sekarang yang menjadi penyokong pas dan pkr seperti sudah buta mata dan hitam hatinya...tidak tahu membezakan mana yang benar dan mana batil..umpatkeji, fitnah memfitnah dan segala macam kata nista dihamburkan sesuka hati kepada saudara seugama...sebaliknya kepada kaum yang sah2 kafir disanjung puja dan dipeluk belai!!!!!!Adakah ini sudah petanda akhir zaman...YG Batil itulah yg jadi ikutan manakala mereka yg dipanggil 'ulama' hanyalah mempergunakan ugama untuk kepentingan diri dan politil sempit dan jumud....
Alhamdulillah dapat tengok PM dan beberapa ahli keluarga beliau dapat mengerjakan umrah semasa menjadi PM ni. Tapi biasa la mulut manusia yang kononnya terlalu islamik akan ada saja yang tak kena dengan PM kita ni.
Daripada sibuk2 tentang PM pergi umrah bersama keluarga, tetapi bila balik DS Rosmah tak tutup aurat.... lebih baik tanya kat AnWAR AlJuburi tu bila nak menjejakkan kaki ke Mekah?
Terlalu sibuk dengan politik ke?? atau lebih suka terbang ke sini ke sana atas jemputan orang lain tetapi langsung tak teringatkan tanah Mekah?
Atau takut langsung tak nampak Kaabah bila dah sampai ke sana?
salam saudara shonzu dan anon
bagi amat mudah selagi seseorang itu mengaku dan mengamalkan perintah Allah dan memegang kalimah Allah maka dia Islam dan segala urusan dia di dunia ini adalah dia dan Allah...
kita tidak ada hak nak kata dia kafir sebab setiap orang telah ditentukan Allah tempat kesudahannya,...
katakan Rosmah ahli syurga mana nak kita letak kesalahan kita... sedangkan pelacur yang memberi minum air zaman dahulu dengan ihklas kerana Allah diberikan syurga inikan kita yang ikhlas dalam amalan kepada Allah
bagi mereka yang suka menyalahkan orang lain eloklah bertaubat sahaja selagi pintu taubat masih terbuka...
terima kasih atas pandangan saudara
salam
SALAH BRO..
USAHA BAIK MENYIARKAN GAMBAR PM DAN ISTERI KITA DI TANAH SUCI MENGERJAKAN IBADAT..
SEDIKIT SEBANYAK AKAN MENANGKIS TOMAHAN BURUK DARI PUAK JAHAT
salam kpd abgtuah
sekurang2nya kita dapat membantu mengurangkan fitnah dalam masyarakat kita ini...
salm selaa berjaya utk abg tuah
kah kah
ampu dan bodek le kome ampuuuu ampuuu dan bodekkk ler kite
apa itu syiar islam tungaklangit
SLM BRO..ANUWAR MESTI MERAH MUKA TENGOK GMBR DS NAJIB KAT MEKAH SBB KLU BLH DIA NK TENGOK IMEJ DS NAJIB PALING HINA SAMA MCM DIA JUGAK TP TAK BERJAYA. MALAH ANUWAR SEMAKIN DI HINA!! HUHUHU..
salam bro Jeff
hari ni penat sikit baru balik dari field tripd dengan others anyway untuk ke mekah ni buka boleh macam itu aje... dengan izin dan perkenaan tuan rumahnya iaitu Allah maka sampailah kita
anwar ni kalau boleh bertaubat dan bersama2 kebali dalam satu saf sebab kesalahannya boleh kita tebus dengan kesediaan kita berbaik perkara yang baik meninggalkan yang jahat...
bagi TBO
bukan mengampu Najib tapi kesa kat dia asyik kenatuduh dgn geng TBO aje... kata bini dia tak pakai tudunglah, bunuh oranglah... macam2 lah
so bila dia diizinkan oleh Allah bertawaf kat Kaabah maka seang hati sebagai seorg Islam maka kala boleh janganlah kita menjatuhkan maruah sesama manusia...
salam
kepada
Salam Bro Tungak langit,
Mereka memang macam tu, suka menghina dan lebih dari itu. Mereka cakap macam mereka tak bersalah apa-apa.
Post a Comment