Wednesday, July 22, 2009

KES KEMATIAN TEOH: KERAJAAN TUBUH INKUES AWAM DAN SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK CARI KEBENARAN


1. DS NAJIB MELUAHKAN KEIKHLASANNYA DALAM MENCARI KEBENARAN DALAM KES KEMATIAN TEOH BENG HOCK DAN MENAFIKAN TOHMAHAN LIAR PEMBAKANG BAHAWA KERAJAAN TERLIBAT DALAM KES KEMATIAN INI DAN MENGGUNAKAN SPRM SEBAGAI ALAT MEREKA.


2. DS NAJIB BERKATA:


"Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk mencari kebenaran. Saya juga akan memaklumkan sendiri kepada keluarga saudara Teoh hasil siasatan ini nanti,"


3. INILAH JALAN YANG SEBAIKNYA BAGI MENYELESAIKAN KEMELUT ISU KEMATIAN TEOH BENG HOCK YANG TELAH DIPOLITIKKAN PIHAK PEMBANGKANG PAKATAN RAKYAT SEJAK AKHIR-AKHIR INI. DIHARAPKAN DENGAN TERTUBUHNYA INKUES AWAM INI KELAK SEMUA YB ATAU INDIVIDU YANG DIPANGGIL MEMBERI KETERANGAN TIDAK BOLEH MENGELAK DENGAN PELBAGAI ALASAN SEPERTIMANA SEKARANG...



4. KERAJAAN BN JUGA TELAH MENGAMBIL SATU TINDAKAN BERANI DAN TIDAK MENYEBELAHI MANA-MANA PIHAK DENGAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA BAGI MENGKAJI KAEDAH SOAL SIASAT YANG DIGUNAKAN OLEH SPRM SEMASA MENYOAL SIASAT TEOH BENG HOCK SEBELUM BELIAU DITEMUI MATI... INI MENOLAK TANGGAPAN DAN TUDUHAN MELULU PIHAK PEMBANGKANG BAHAWA SPRM ADALAH ALAT KEPADA KERAJAAN PIMPINAN BN


5. DS NAJIB JUGA MENGARAHKAN KDN DAN PIHAK POLIS MENYELESAIKAN SIASATAN SECEPAT MUNGKIN BERHUBUNG KEMATIAN TEOH BENG HOCK DAN BELIAU SENDIRI AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA KELUARGA MENDIANG...


6. DS NAJIB JUGA MEMAKLUMKAN SIASATAN SPRM TERHADAP DAKWAAN SALAH GUNA PERUNTUKAN DUN SELANGOR YANG DILAKUKAN OLEH BEBERAPA ADUN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR AKAN DITERUSKAN SEPERTI BIASA DENGAN KUMPULAN PENYIASAT YANG BARU...


7. SAYA BERHARAP DENGAN TERTUBUHNYA INKUES AWAM DAN SURUHANJAYA DIRAJA SEPERYI DI ATAS AKAN DAPAT MELERAIKAN KEMELUT ISU KEMATIAN INI YANG TELAH DIPOLITIKKAN SEJAK AWAL LAGI OLEH PAKATAN RAKYAT DAN DIAKHIR SIASATAN DIHARAPKAN AKAN DAPAT MENGENAL-PASTI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM KEMATIAN MENDIANG TEOH...


8. SELEPAS INI TIADA LAGI ELAK-MENGELAK UNTUK DITEMU DUGA OLEH PIHAK POLIS DAN SEGALA SIASATAN DAPAT DIJALAN SECARA TERATUR..


9. HANYA SATU KEMUSYKILAN YANG TIMBUL SAMADA PIHAK PEMBANGKANG YANG SEBELUM INI BERIA-IA MENDESAK KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA AKAN DAPAT MENERIMA ‘FINDING’ YANG DIPEROLEHI OLEH SURUHANJAYA DAN IKUES AWAM KELAK...


10. BERDASARKAN PERANGAI DAN SIKAP PEMBANGKANG INI SAYA BERANI MENGATAKAN MEREKA AKAN MENCIPTA PELBAGAI TUDUHAN DAN TIDAK PERCAYAKAN ‘FINDING’ YANG DIKEMUKAKAN KELAK...


11. SAMA-SAMA KITA LIHAT GELAGAT MEREKA...

2 comments:

Anonymous said...

kepala otak ko si najis tu ikhlas... tunjuk baik la pulak si najis ni.. ntah apa pulak plan dia lepas ni x tau la...

Tungaklangit said...

salam saudara anon

baik sungguh budi bahasa dan gaya bahasa yang digunakan...

kalau berdasarkan gaya bahasa saya rasa anda bukan bangsa melayu atau beragama Islam sebab Islam dan melayu

bangsa melayu dan islam tidak mengajar berbahasa seperti begini...

namun begitu saya menyambut semangat kita adalah rakyat Malaysia dan menerima kriktikan walaupun dari bangsa dan agama lain sekalipun

salam