Thursday, July 16, 2009

PENIPUAN KENALAN INTERNET: WANITA MESTI BERHATI-HATI


KISAH WARGA ASING LELAKI BERPAKAT DENGAN WANITA TEMPATAN MENIPU WANITA YANG DIKENALINYA DALAM RUANGAN CHATTING INTERNET...

SILA BACA DAN AMBIL PERINGATAN


1. SAYA MENERIMA SATU PANGGILAN DARI SEORANG RAKAN YANG MENCERITAKAN KISAH ANAK SAUDARA PEREMPUANNYA YANG TELAH BERKENALAN DENGAN SEORANG LELAKI WARGA ASING YANG MENGAKU BERASAL DARI SEBUAH NEGARA BARAT DALAM KENALAN RUANGAN CHATTING INTERNET...

2. KEBIASAANYA PENGENALAN WARGA ASING INI DIPALSUKAN DENGAN MENGGUNAKAN NAMA SAMARAN, GAMBAR PALSU DAN SEBAGAINYA... INI MENIMBULKAN RASA TERUJA WANITA MELAYU UNTUK MENGENALI MEREKA DENGAN LEBIH RAPAT...

3. HUBUNGAN MEREKA SEBAGAI KENALAN INTERNET ADALAH SEPERTI BIASA DAN SELALU BERCHATTING DALAM RUANGAN CHAT DI INTERNET SEHINGGA MENANAMKAN RASA KENAL MENGENALI ANTARA SATU SAMA LAIN...

4. DALAM MASA SEMINGGU YANG LALU, ANAK SAUDARA BELIAU INI DIHUBUNGI OLEH SEORANG WANITA MALAYSIA YANG MENGAKU SEBAGAI PEGAWAI KASTAM DI LAPANGAN TERBANG KLIA DAN MEMAKLUMKAN BAHAWA SEORANG WARGA ASING (KENALAN ANAK SAUDARA RAKAN) YANG BERNAMA SEKIAN-SEKIAN TELAH DITAHAN DI KLIA KERANA MEMBAWA SEJUMLAH WANG US DOLLAR YANG BANYAK...

5. WARGA ASING TERSEBUT TELAH MEMBERIKAN KONTAK NAMA DAN TELEFON ANAK SAUDARA RAKAN SEBAGAI ORANG YANG DIKENALI UNTUK DIHUBUNGI...

6. WANITA YANG MENYAMAR PEGAWAI KASTAM TERSEBUT MEMINTA ANAK SAUDARA RAKAN MEMASUKKAN SEJUMLAH WANG JAMINAN KE DALAM SATU AKAUN BANK UNTUK MELEPASKAN RAKAN WARGA ASING DAN WANG TERSEBUT AKAN DIKEMBALIKAN SEMULA SELEPAS WARGA ASING ITU DIBEBASKAN...

7. OLEH KERANA ALLAH MAHA MENGASIHANI HAMBANYA... ANAK SAUDARA RAKAN TELAH MEMAKLUM BAPA SAUDARANYA DAN RAKAN SAYA MEMINTA PANDANGAN SAYA... LALU SAYA TERUS MENGATAKAN INI ADALAH SATU TAKTIK SINDIKET PENIPUAN... ALHAMDULLILLAH IANYA DAPAT DIHINDARKAN...

8. PERINGATAN KEPADA SEMUA PEMBACA...

9. BERIKANLAH PERINGATAN KEPADA AHLI KELUARGA KITA MENGENAI SEBARANG USAHA PENIPUAN YANG SEMAKIN BERKEMBANG BIAK DALAM ALAM MAYA INTERNET...

10. SAYA PERCAYA PENIPUAN INI DILAKUKAN OLEH WARGA ASING YANG MENGINAP DI NEGARA INI MUNGKIN SEBAGAI PELAJAR, PELANCONG ATAU PEKERJA DAN MENDAPAT KERJASAMA DARI WARGA TEMPATAN...

11. MUNGKIN TAKTIK MEREKA INI SUDAH MENJADI DAN MEREKA SUDAH MENIIPU SEJUMLAH ORANG YANG TERLALU TAMAKKAN GANJARAN SEGERA ATAU TERLALU INGINKAN UNTUK BERKENALAN WARGA ASING YANG KACAK DAN SEBAGAINYA...

12. SESAL DAHULU BERPENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA...

13. INI ADALAH USAHA SAYA MENBANTU ANAK BANGSA SUPAYA JANGAN TERTIPU DAN TERPEDAYA DENGAN KECERDIKAN MEREKA YANG SELALU MENGAMBIL KELEBIHAN ATAS BUDI BAHASA KITA INI...

BANGUN DAN SEDARKAN DIRI KITA SERTA KELUARGA KITA..

4 comments:

YANG GAMBI said...

salam,

Wanita dan gadis MAlaysia jangan terlalu ghairah untuk mencari taman luar negara.......beerwaspadalah.

Lin said...

SALAM YANG GAMBI

KEPADA PEMBACAYANG LAIN SAMPAISAMPAIKANLAH PESANAN INI KEPADA ANAK BINI, SAUDARA MARA TEMAN TAULAN KITA AGAR MEREKA SENTIASA BERWASPADA BILA BERHADAPAN DENGAN TIPU MUSLIHAT INI...

THANKS YANG GAMBI

Anonymous said...

ambil perhatian, setiap hari ada saja kes penipuan yang menggunakan nama kastam, hampir semua kes adalah bermula dengan cit-cat dalam internet, barangan yang biasa dikatakan dihantar dan ditahan kastam ialah laptop ada wang pound, USD, jewelleries. Biasa ada wanita yang mengaku sebagai pegawai kastam meminta dimasukkan wang untuk bayar cukai kastam, jika wang dimasukkan akan diminta tambahan lagi
Yang menghairan kan banyak yang ditipu wanita berumur antara 30 tahun hingga 40 tahun, wanita melayu kadang2 ada yang berkerjaya bagus seperti engineer, doctor dan pegawai. Kenapalah mereka terlalu mudah percaya. setiap hari mesti ada kes penipuan seperti ini, terutamanya wanita.

Ingatan jangan mudah tertipu dengan lelaki nigeria yang yang menyamar lelaki mat salleh.

Anonymous said...

Penipuan in baru saja berlaku pada pakcik saya. Tetapi yang menipunya 1 perempuan yg cantik dr Manchester. Dia di tahan immigration kerana membawa duit RM500k utk membeli rumah di Malaysia.
Dia meminta tolong pakcik saya RM5k utk keluarkan dr dr tahanan.

Mujurlah pakcik saya tak terpedaya. Pegawai Immigration turut menghubungi pakcik saya. Pakcik saya mnghubungi immigrati office di KLIA utk bertanya hal inie. Pegawai dgn nama itu mmg ader, tetapi menurut pegawai itu, dia tidak membuat sebarang penahan seperti itu.

Berhati2 lah kita.