Monday, July 27, 2009

TAZKIRAH UNTUK PEMIMPIN PAS

1. SAYA BUKANLAH ALIM DALAM BIDANG AGAMA KALAU DIBANDINGKAN DENGAN ULAMA DALAM PAS TETAPI RASULLULAH PERNAH BERPESAN SAMPAIKANLAH SUNAHKU WALAUPUN SEPATAH PERKATAAN...


2. MAKA DENGAN MENGAMBIL SUNAH RASULLULLAH TERSEBUT SAYA INGIN MEMBERI SEDIKIT TEGURAN DAN NASIHAT IKHLAS DARI ORANG YANG RENDAH KEDUDUKANNYA DI SISI PEMIMPIN PAS YANG MENGANGGAP TERLALU TINGGI KEDUDUKANNYA...


3. DALAM ISLAM, KITA MESTILAH MENGERATKAN HUBUNGAN SESAMA ISLAM DAN SEKIRANYA KITA MEMUTUSKAN SILATURAHIM ANTARAISLAM MELEBIHI YIGA HARI MAKA TEMPAT KESUDAHANNYA IALAH NERAKA:


Riwayat Abu Dawud & Annsa'i :


“..Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka..”


4. DALAM ISLAM KITA DIMESTIKAN MEMBERI SALAM ANTARA SATU SAMA LAIN TETAPI KALAU SUDAH MENGANGGAP SATU PIHAK SEPERTI MUSUH BAGAIMANA NAK MEMBERI SALAM:


Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim


“...Tidak halal bagi seorang muslim memutuskan saudaranya (tidak menegur sapa) lebih daripada tiga hari; bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang lagi membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam..”


5. KITA SESAMA ISLAM DAN MUSLIM MESTILAH BERSATU DAN SESAMA MEMBANTU DAN MELENGKAPI ANTARA SATU SAMA LAIN. BUKANNYA MENOLAK SEORANG ISLAM YANG LAIN (UMNO) ISLAM DAN MENGAMBIL KAFIR (DAP)...


Hadis Riwayat Muslim

Dari Abu Musa r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda:"Orang Mukmin sesama orang Mukmin bagaikan sebuah rumah. Satu sama lain hendaklah saling menguatkan."


6. JANGANLAH KITA MENGANGGAP DIRI KITA LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN KERANA AKHIR NANTI KITA YANG DIPANDANG ROSAK DISISI ALLAH:


H.R. Muslim


“...Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya: "Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka."


7. ITULAH SEDIKIT NASIHAT DAN RENUNGAN BUAT PEMIMPIN PAS YANG ENGGAN MENGADAKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN UMNO...


8. WALAU APA ALASAN YANG DIBERIKAN OLEH PEMIMPIN PAS... HADITH RASULLULLAH LEBIH MULIA DARI ALASAN BERNAFSU DARI PEMIMPIN PAS INI...


9. BERTAUBATLAH SEBELUM BALA TURUN MENIMPA SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI AKIBAT KEEGOAN KAMU WAHAI PEMIMPIN PAS...

8 comments:

Anonymous said...

PAS dah termakan janji DSAI untuk PM Malaysia. Pemimpin PAS di janjikan kedudukan wang, harta dan wanita. PAS dah hilang slogan membangun bersama Islam. Sanggup menuduh UMNO sesat semata kerana duniawi. Sekarang DAP dah kencing PAS ambil duit rakyat tanpa pengetahuan PAS

YANG GAMBI said...

Salam,

Ada di kalangan pemimpin PAS merasakan dia lebih mengetahwi segala-galanya walau pun bukandari kalangan ahli agama.....

Anonymous said...

Salam,
This is beautiful.
I love your effor to bring this two groups of Muslims together.
May Allah bless you.
Regards,
Kiryu

kifli said...

Laila Majnun : Kiasan Tuan Guru Nik Aziz


Tuan Guru Nik Abd Aziz hari ini secara terbuka menafikan hebahan media Umno mengenai kerjasama Umno-Pas.

Jelas kelihatan Umno semakin terdesak rentetan dukungan yang kian terhakis. Satelah gagal dengan fitnah, ugutan dan sogokan, mereka bersilih ganti untuk mengadu-domba.

Mereka kini sudah sampai ke tahap kegilaan, mengemis perhatian Pas. Anihnya lagi ialah kaedah kotor yang digunakan, rekayasa kenyataan kononnya ’sahih’ daripada Tuan Guru Nik Aziz. Kemudian diatur pula ulasan demi ulasan dan digembar gembur di media mereka.

Sewaktu kempen Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, bertubi-tubi serangan dilancar ke atas batang tubuh Tuan Guru, kini ghairah sekali menjulang Tuan Guru. Wah, telunjuk lurus kelingking berkait.

Nah, sekarang Tuan Guru Nik Aziz menafi keras, menuding media Umno selaku pembelit dan pimpinan Umno yang asyik maksyuk dengan pertemuan hingga ke tahap kegilaan.

Hanya kegilaan Laila Majnun terpancar dari cinta sejati…. Ghairah umno pula bagaimana?

Anonymous said...

Tok2 lobai dalam PAS, PIS, PUS, POS, PES memang tau sumo2 eh tu. Tapi mangkuk2 ayun tu sajo buek2 bangang. Kok melawan tiket ke syurgo kono amik. Nak kato an bongap dah memang tahap bingai pun. Ni namo eh ulama..? Dio lobih sanggup berdusto bilo berkato dari berkato bona. Apo nak dikato an laie. nangko dah jadi bangkung. Yo dah mada. Hontam eh lah....

kifli said...

PAS mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutarbelitkan kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung kesediaan menteri besar itu melupakan sengketa dengan kerajaan pusat.

“Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS.

“Yang dia hendak bawa dalam (mesyuarat) Majlis Tertinggi Umno apa perlunya?” soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Ahli parlimen Kubang Kerian mengulas kenyataan timbalan perdana menteri semalam yang dilaporkan berkata, MT yang bersidang pada 31 Julai akan membincangkan langkah awal ke arah merapatkan hubungan kedua-dua parti itu.

Reaksi Muhyiddin itu susulan kenyataan Nik Aziz kelmarin yang dilaporkan sedia berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan PAS Kelantan dengan kerajaan persekutuan dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Mengulas lanjut dakwaan manipulasi itu, Salahuddin berkata kenyataan Nik Aziz dibuat atas prinsip hubungan negeri dan persekutuan dalam sistem federalisme di Malaysia.

“Kita bercakap soal ‘G to G’ (kerajaan dengan kerajaan). Saya tegaskan, PAS sedia berdialog berhubung isu Kelantan dan kerajaan pusat atas prinsip ‘G to G’.

“Kenapa hendak sebut dalam mesyuarat MT, sepatutnya (disebut) dalam mesyuarat kabinet,” katanya.

Sebelum ini, Nik Aziz juga dilaporkan berharap perselisihan pendapat yang timbul – terutama sewaktu kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai lalu – dilupakan dan kedua-dua pihak kembali kepada semangat persaudaraan Islam.

Muhyiddin pula dilaporkan memberikan reaksi bahawa mesyuarat MT Umno itu juga mungkin akan menentukan wakil parti itu untuk berbincang dengan pemimpin PAS.

Nik Aziz kata... BN umpama Qaisy yang tergila-gilakan Laila dalam cerita Laila Majnun. Nordin Ahmad pernah berlakon dalam filem Laila Majnun.

aku Pulak kata... BN sebenarnya Gila Talak!! Dah pernah buang PAS dulu. Nah sekarang terhegeh-hegeh mengurat PAS kononnya ingin rujuk semula DEMI PERPADUAN MELAYU. Piirah!

.

Maya Khairy said...

Salam Abang Tunjang Langit,

Maya sentiasa berpegang kepada surah Wal-'Ansri sebagai pedoman, sentiasa berpesan kepada kebenaran.

http://mayakhairy.blogspot.com/

Lin said...

Salam sejahtera buat bro YG, Bro Kiryu, Saudari Maya Khairy, anon 6.43 am dan 9.58am,
Alhamdullillah masih ada umat islam di Malaysia ini yang sayangkan keamanan dan perpaduan didalam saf bangsa Melayu beragama Islam... Insyallah sekiranya ada yang berdoa untuk ke arah tersebut... Allah akan makbulkannya suatu hari nanti... “Kun Fayakun...”
Bagi saudara kifli..
Syurga itu bukan untuk diri kita seorang malahan selagi kita tidak redha akan umat Islam yang lain maka syurga bukanlah tempat kita... kita mesti kasih saying kepada umat Islam dan makhluk Allah yang lain...
Janganlah kita mempunyai sedikit perasaan benci membenci sesame islam atau makhluk Allah yang lain....
Saya sekadar memberi pandangan dan nasihat yang tidak sebegitu elok di sisi Allah

salam