Monday, July 20, 2009

ISU MEMBAKAR LILIN: PEMIMPIN PAS MEMPERMAINKAN AKIDAH UMAT ISLAM


1. PENERANGAN TIMBALAN MUFTI KEDAH SYEIKH MARWAZI DZIYAUDDIN MEMPERMAINKAN AGAMA ALLAH DAN MENEGAKKAN BENANG BASAH BAGI KEPENTINGAN POLITIK BOSSNYA DALAM PAS...

2. WAHAI TIMBALAN MUFTI, DIMANAKAH LETAKKAN ILMU DAN HIDAYAH YANG DIBERIKAN ALLAH SEHINGGA KAMU SANGGUP MENUTUP KEBENARAN DARI RAKYAT???

3. SILA BACA PENERANGAN YANG DIMAKSUDKAN DAN HURAIAN SAYA DI BAWAH.


Sinar Harian 20 Julai 2009: - Sertai perhimpunan nyalaan lilin tidak salah

ALOR SETAR - Perhimpunan menyalakan lilin sebagai memperingati si mati bukan amalan keagamaan dan hanya dianggap sebahagian budaya masyarakat bukan Islam. Berikutan itu, orang Islam yang turut hadir pada perhimpunan seumpama itu, hanya sekadar memberi sokongan moral dan tidak salah di sisi agama.

Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin ketika diminta mengulas pembabitan orang Islam dalam perhimpunan nyalaan lilin, berikutan kematian kontroversi Setiausaha Politik ahli Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, menegaskan selagi tindakan itu bukan amalan agama tertentu, ia dibolehkan.
“Lilin bukannya alat keagamaan. Majlis memperingati yang diadakan itu pun tiada unsur-unsur keagamaan. Oleh itu, tidak salah sekiranya rakan-rakan Islam turut hadir memberi sokongan atau penghormatan terakhir,” katanya.

Syeikh Marwazi berkata, penyokong Islam yang hadir kemungkinan sekadar memberi sokongan politik, malah perhimpunan itu juga adalah berlandaskan fahaman politik, dan bukannya keagamaan....“Mereka yang hadir juga tidak membuat sesuatu yang merujuk kepada perbuatan keagamaan, jika sekadar berdiri bersama lilin, tidak mengapa,” katanya.

Menurutnya, dalam kes ini, isu agama tidak timbul kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama. ..“Kehadiran orang Islam di situ hanyalah sebagai menyokong rakan-rakan mereka dalam politik sahaja, dan sekiranya boleh menimbulkan fitnah, eloklah sekiranya mengelak daripada hadir dalam perjumpaan seumpama itu,” katanya...Malam kelmarin, satu perhimpunan memperingati kematian Beng Hock diadakan oleh pemimpin dan penyokong DAP di Simpang Kuala, di sini yang turut dihadiri pemimpin Kerajaan Negeri daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

ULASAN


4. Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, melaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”

(al-Kafirun ayat 1-6)

5. Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. :

Bermaksud : “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”

( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu". H/R al Bukhari, Muslim

6. MASIHKAN TIMBALAN MUFTI KEDAH DAN PEMIMPIN PAS SERTA PENYOKONG MAHU MENOLAK KEBENARAN YANG DIBAWA INI???

7. SAYA BERLINDUNG DENGAN KEBESARAN ALLAH DARI FITNAH YANG DIBAWA OLEH PAS INI...

5 comments:

Anonymous said...

salam bro,
izin untuk copy.

http://telagi.blogspot.com

Lin said...

salam bro telagi

silakan demi kebaikan bersama

salam

Ekeng A/L Etong said...

Kisah DS Nizar menyertai acara nyalaan lilin sebagai memperingati kematian Teoh Beng Hock, mengingatkan aku di zaman berhingus dulu.....

Di kampung aku (sebuah perkampungan kecil di Kedah), terdapat lebih kurang 10 keluarga Cina. Al kisah terjadilah satu kematian. Setelah masuk 3 hari, mendiang Si mati hendak dibawa ke jirat untuk acara pengkebumian.

Seebelumnya ada rakan-rakan datang memberitahu, jika ada sesiapa yang sanggup bersama keluarga Si mati, berpakaian 'baju guni' dan turut menangis, akan diberi upah RM20 seorang (jumlah yang agak besar waktu itu).

Biar pun masih kanak-kanak berhingus, walaupun begitu teringinkan wang RM20 namun tak ada seorang pun dari kami yang menerima tawaran tersebut.

Tetapi dalam riuh-rendah dan gemerencing gendang, serta raung tangis keluarga, berjalan mengekori kereta membawa 'long' Si mati, kelihatan "Awang Pin" turut sama berjalan. Awang Pin yang berperut boroi, hanya berseluar tapi tidak berbaju, sambil berjalan sambil menangis dan meraung-raung.

Mulanya kami agak terkejut tapi bila memikirkan Awang Pin 'down sindrom', semua kami hanya mampu tersenyum.

Anonymous said...

KDP YG MASIH KELIRU MENGENAI ISU LILIN SILA LAYARI BLOG DI BAWAH:

http://idhamlim.blogspot.com/

Lin said...

SUADARA ANON ATAU ORANG SURUHAN IDHAM LIM

TAKPAYAH LAH NAK ROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM DENGAN CITER MASYARAKAT ISLAM CHINA AMALKAN COLOK DAN LILIN DI CHINA...

KENAPA TAK TERANGKAN LILIN DI PASANG DI CHINA UNTUK TUJUAN KEAGAMAAN ISLAM IAITU KEGUNAAN DALAM MASJID ...

BUKANNYA MENGINGATI ORANG KAFIR MATI...

KAMU TAK BACA KE BERITA PEMIMPIN PAS TUNDUK MEMBERI HORMAT KEPADA KERANDA DAN MAYAT TEOH DI MELAKA???

YANG NI AMALAN MASYARAKAT ISLAM MANA PULA KAMU NAK BAGI ALASAN

SUDAH2LAH JANGANLAH KAMU NAK BERSELINDUNG DENGAN MENGGUNAKAN ISLAM SEBAGAI ALASAN...

AYAT AL QURAAN DAN HADITH DAH ADA MENGAPA NAK MENOLAK LAGI KEBENARAN???