Monday, July 27, 2009

KONSPIRASI UMNO/BN JATUHKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR: DAKWAAN PEMIMPIN PR SELANGOR ADALAH TIDAK BENAR



TIADA PIHAK YANG BERKONSPIRASI DALAM USAHA UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN PAKATAN DI SELANGOR...



KLIK SINI. '
'Konspirasi jatuhkan kerajaan Pakatan Selangor'


1. PUNCA KEMELUT DALAM KERAJAAN PR DI SELANGOR ADALAH KERANA KEGAGALAN PEMIMPIN PR (DAP,PAS DAN PKR) UNTUK MEMENUHI JANJI YANG DIBUAT SEMASA BERKEMPEN DALAM PRU12 DAHULU DAN KEGELOJOHAN SESETENGAH PEMIMPIN PR MEMBUAT KEKAYAAN UNTUK MEREKA...


2. KEMATIAN TEOH BUKAN ISU YANG BOLEH DIKAITKAN DENGAN UMNO ATAU SPRM...


3. KEMATIAN BELIAU ADALAH WUJUD DARI KEBIMBANGAN SESETENGAH PIHAK AKAN KEMUNGKINAN RAHSIA AKTIVITI HARAM MEREKA DIKETAHUI UMUM EKORAN SIASATAN YANG DIBUAT OLEH SPRM BERHUBUNG DENGAN LAPORAN DARI ADUN DAP SENDIRI...


4. MEMANG MENJADI SIFAT JIWA PEMBANGKANG YANG AZALI WALAUPUN MEREKA KINI BERGELAR PEMERINTAH DI SELANGOR TETAPI MASIH MENCARI ALASAN ATAS KEGAGALAN MEREKA DAN SASARAN YANG PALING MUDAH IALAH MENYALAHKAN PEMERINTAH BN/UMNO TERDAHULU...


5. DALAM POSTING YANG LEPAS, DISENARAIKAN JANJI-JANJI PR JIKALAU MEREKA INI BERJAYA MEMERINTAH SELANGOR TAPI APABILA MEMPEROLEHI APA YANG DIIDAMKAN APAKAH YANG DIBUAT OLEH MEREKA UNTUK MEMENUHI JANJI TERSEBUT...???


6. MALAHAN SELANGOR KINI MAKIN BERTAMABAH BILANGAN PUSAT MAKSIAT, JUDI DAN MENINGKAT PULA BILANGAN JENAYAH DALAM KAWASAN SEKITARNYA... APAKAH PERANAN MP DAN ADUN PAKATAN RAKYAT...??? ADAKAH INI JUGA MAHU DIPERSALAHKAN UMNO ATAU BN...???


7. LIHAT SAHAJA SIKAP DAN KEWIBAWAAN PEMIMPIN PR YANG ADA DALAM BARISAN EXCO...


8. RONNIE LIU DIKENALI SEBAGAI KEPALA YANG MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN PIHAK DALAM AKTIVITI HARAM DI SELANGOR DAN DISIASAT ATAS DAKWAAN MENGHALANG TUGAS PENJAWAT AWAM UNTUK MENUTUP AKTIVITI MAKSIAT DI PUCHONG PADA TAHUN 2007... KINI BELIAU JUGA TERLIBAT DALAM SIASATAN PENYALAHGUNAAN KUASA DAN AKTIVITI HARAM...


9. ELI WONG TERKENAL DENGAN KES BELIAU BERGAMBAR SECARA TIDAK BERMORAL DALAM INTERNET DAN SEHINGGA KINI KES BELIAU BELUM DISELESAIKAN KERANA PIHAK DALAM PR MELINDUNGI TEMAN LELAKI BELIAU DI LUAR NEGERI...


10. TERESSA KOK GEMPAR DENGAN PENIPUAN BELIAU ATAS DAKWAAN PENDERAAN SEORANG WANITA CINA DALAM LOKAP TETAPI BILA DIDAPATI IANYA ADALAH WANITA MELAYU MAKA BELIAU SENYAPKAN SAHAJA ISU TERSEBUT TANPA MEMBELA WANITA MELAYU BERKENAAN...


11. TERESSA KOK JUGA MEMBANGKITKAN KEMARAHAN PENDUDUK ISLAM DI PUCHONG YANG MENDAKWAAN BELIAU MENGARAHKAN SUPAYA LAUNGAN AZAN DIPERLAHANKAN ATAU DIBUAT DALAM BANGUNAN MASJID TETAPI INI DINAFIKAN OLEH BELIAU SELEPAS ITU...


12. TAN SRI KHALID IBRAHIM DIDAKWA MENYALAHGUNAKAN WANG KERAJAAN NEGERI DALAM ISU MEMYEMBELIH LEMBU UNTUK PENDUDUK DI LUAR SELANGOR DENGAN MENGGUNAKAN PERUNTUKAN NEGERI SELANGOR DAN MENYELENGGARAKAN KENDERAAN PERSENDIRIAN DENGAN WANG KERAJAAN NEGERI...


13. BELIAU JUGA DENGAN SEWENANG-WENANGNYA MENGELUARKAN DUIT RAKYAT SELANGOR UNTUK MENAMPUNG PERBELANJAAN PENGEBUMIAN MENDIANG TEOH...


14. MENGAPAKAH PAKATAN RAKYAT SELANGOR INGIN MENYALAHKAN KERAJAAN PUSAT BN MENYALURKAN PERUNTUKAN KEPADA ADUN BN/UMNO DALAM SELANGOR UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN RAKYAT SEDANGKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENYISIHKAN MEREKA DALAM PENGAGIHAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN NEGERI...???


15. BAGI PEMIMPIN ISLAM PAS DALAM SELANGOR, MENGAPAKAH MEREKA HANYA MEMBISU MELIHAT KEMUNGKARAN RAKAN MEREKA DALAM PAKATAN RAKYAT YANG MENYAMUN WANG RAKYAT...??? ATAU MEREKA SENDIRI TERLIBAT SAMA...???


16. KALAU SEBELUM INI MEREKA MENJADI JUARA DALAM MASYRAKAT MELAYU DENGAN MENUDUH PEMIMPIN UMNO KAKI MAKAN DUIT RAKYAT KINI SAUDARA MEREKA DALAM DAP MELATAH WANG RAKYAT MENGAPA DIAMKAN SAHAJA...???


17. BEGITU JUGA DENGAN PUSAT MAKSIAT DAN JUDI YANG DILAUNGKAN OLEH PEMIMPIN PAS SEBEKUM MEMERINTAH SELANGOR... SEKARANG MENGAPA TIDAK DILAKSANAKAN SEMUA DESAKAN YANG DIBUAT DAHULU...



ADAKAH MEREKA TAKUTKAN ALLAH ATAU TAKUTKAN DAP...???

5 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..PELIK BIN AJAIB LA MCM MNA MB KHALID ASIK MAIN SILAP MATA JE? SDGKAN DAP DH MAIN PUSING2 SAMPAI PENING PUN DIA WAT DERK JEK??. AGAKNYA DIA NI ADE SHARE GAK KOT..TAK MUSTAHIL KAN..SPRM KENE CHEK SAMPAI KE LUBANG CACING KEHKEHKEH

Pro Raja Nong Chik's said...

Salam Sedara,

Saya cadangkan sedara baca posting ini juga. Sangat menarik dan selari dengan sentimen dlm tulisan sedara di atas.

http://bumidaku.blogspot.com/2009/01/benarkah-kapal-pakatan-rakyat-kapal.html

Klu sudi boleh linkkan blog saya dibawah?
http://prorajanongchik.blogspot.com

Lin said...

salammy bro Jeff


begitulah dalam fikiran saya ni bro jeff... kenapa semuanya diam dan biarkan aje geng 3 stars ni bermaharajalela....

dan sdr Pro

insyallah saya akan menjadi follower blog sdr dan links dalam blog ini

salam

Rokok Dunhell said...

9. ELI WONG TERKENAL DENGAN KES BELIAU BERGAMBAR SECARA TIDAK BERMORAL DALAM INTERNET DAN SEHINGGA KINI KES BELIAU BELUM DISELESAIKAN KERANA PIHAK DALAM PR MELINDUNGI TEMAN LELAKI BELIAU DI LUAR NEGERI...

.....

pihak dalam bn yg melindungi teman lelaki eli wong atau mungkin dia dah dilenyapkan drp muka bumi. hanya mamat tu saja yg menjadi saksi tunggal dlm kes ni. hanya dia yg tahu siapa yg membayarnya untuk menyebarkan foto2 eli wong dlm keadaan yg mengaibkan.

bagi yg bukan muslim, tinggal serumah walaupun belum berkahwin sudah menjadi kebiasaan. dia nak pakai coli saja ke, nak terlanjang ke, itu hak dia. rumah dia. kalau hang tido tak pakai baju dan kain/seluar, cuma pakai seluar dlm je, pastu org tangkap gambaq hang dan sebarkan kat internet, itu salah siapa?

bagi aku pemimpin bn (mca) si chua soi lek lagi memalukan. dahle 'main' dgn mana punya jalang, ada pulak pemimpin umno pakai songkok pi backing soi lek masa press conference. tumpang sekaki kot.

Lin said...

salam sdr rokok dunhell

soal sapa bayar atau apa tu tak timbul tapi soalnya ialah seorang ADUN yg mewakili rakyat kaki macam tu susahlah sikit

yang lebih teruk pulak tu u sebagai Islam sokong tindakan dia... eloklah

kalau nak sokong tu sokonglah tapi jangan sokong membuta atau lebih baik diamkan aje


nanti tercalar akidah kita ni...

salam