Friday, July 24, 2009

PERBEZAAN UMNO DAN PAS

DI BAWAH DISERTAKAN KENYATAAN RASMI KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT, DATO’ HAJI HARUN BIN TAIB YANG DIKELUARKAN OLEH LAMAN RASMI PAS PADA 19 JULAI 2009 YANG MENGHURAIKAN DENGAN PANJANG LEBAR MENGENAI PERBEZAAN PAS DAN UMNO DAN ULASAN SAYA...


Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.


TL - PAS BERKATA SEDEMIKIAN KERANA SEJAK MEREKA MEMERINTAH KELANTAN MEREKA GAGAL UNTUK MEMBANGUNKAN SEBUAH MASJID UNTUK KEMUDAHAN UMAT ISLAM BERAMAL IBADAT TETAPI MEMBERI KELULUSAN KEPADA KUIL BUDDHA DAN HINDU BERCAMBAH DI KELANTAN DAN NEGERI YANG DIPERNTAH OLEH ADUN MEREKA...


Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.


TL - ADAKAH UMNO MELARANG UMAT ISLAM MENJALANKAN AMANAH MEREKA KEPADA ALLAH??? ADAKAH PEKERJA PEJABAT KERAJAAN DAN SWASTA DILARANG MENGERJAKAN SOLAT DAN PUASA SERTA MANA-MANA SURUHAN ALLAH??? AKALAU ADA MANA BUKTINYA???




Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.




TL - APAKAH BUKTI TUDUHAN PAS YANG UMNO MENCABAR TUNTUTAN DUA KALIMAH SYAHADAH ITU??? DAN APAKAH BUKTI UMNO MENCABAR AL QURAN DAN SUNAH??? DAN APAKAH BUKTI UMNO MENOLAK ISLAM DALAM BIDANG PENTADBIRAN, PERUNDANGAN, PENDIDIKAN DAN LAIN-LAIN???


APAKAH SUMBANGAN PAS DALAM MENERAPKAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM BIDANG YANG DIKATAKAN DITOLAK OLEH UMNO???



Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.


TL - ADAKAH JENAYAH BERLAKU DISEBABKAN UMNO MENJADI PEMERINTAH??? BAGAIMANA PULA KES ROGOL, RAGUT, BUNUH, DADAH, SALAH LAKU MORAL, RUMAH URUT, PUSAT JUDI YANG SEMAKIN MENINGKAT DAN BERCAMBAH DI NEGERI YANG MAJORITI DIMENANGI OLEH PAS SELAIN DARI KELANTAN YANG MEMANG TERKENAL DENGAN KADAR JENAYAHNYA???




Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.



TL - MENGAPAKAH KEKUATAN ISLAM DAN MELAYU TERHAKIS??? BUKAHKAH KERANA HASUTAN DAN ANGKARA PEMIMPIN PAS YANG MENGELUARKAN PELBAGAI NAS PALSU UNTUK MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN ISLAM DI MALAYSIA???



Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.


TL - TANYALAH KEPADA NIK AZIZ MENGAPAKAH MEREKA SAMPAI SEKARANG TIDAK UBAHKAN PERUNDANGAN YANG DIBAWAH KUASA KERAJAAN NEGERI SEPERTI BAB NIKAH KAHWIN DAN SEBAGAINYA... MENGAPA ASYIK PANDAI MENYALAHKAN ORANG LAIN SEDANGKAN DIRI SENDIRI TIDAK BETUL???


Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.


TL - MENGAPAKAH PAS TIDAK LAKSANAKANNYA SEKARANG DI KELANTAN, KEDAH, SELANGOR MENGAPA??? MENGAPA BERKERJASAMA DENGAN GOLONGAN KAFIR DAN MENDIAMKAN DIRI APABILA DAP MENINGKAT BILANGAN RUMAH MAKSIAT DI SEANGOR..ISLAM SANGATKAH PAS ???




Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.


TL - ISLAM BUKAN MILIK PAS, ISLAM ADALAH MILIK ALLAH DAN DIBERIKAN KEPADA MANA-MANA YANG DIREDHAI... JAUH SUNGGUH PEGANGAN PEMIMPIN PAS INI DALAM BERKATA-KATA HINGGA LUPAKA KEKUASAAN ALLAH...



Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?


TL - SECARA PERIBADI SAYA MENGATAKAN PEMIMPIN PAS HANYA PANDAI MEMBUAT TUDUHAN DAN TOHMAHAN DAN PERTANYAN SAYA ADAKAH PEMIMPIN ISLAM UMNO JOHOR MENUTUP SEKOLAH AGAMA, MASJID, MELARANG UMAT ISLAM SEMBAHYANG, KELUAR ZAKAT DAN MENYEKAT MEREKA DARI PERGI KE MEKAH???



Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.


TL - LESEN ARAK, RUMAH URUT, JUDI SELANGOR, KEDAH, PULAU PINANG DAN DI KELANTAN SIAPAKAH YANG KELUARKAN SEKARANG??? APAKAH TINDAKAN PEMIMPIN ISLAM PAS DI SELANGOR, KEDAH DAN KELANTAN DALAM MENYEKAT PENGELUARAN LESEN-LESEN INI??? JANGAN MENJADI SEPERTI BURUNG KAKAK TUA HANYA PANDAI BERKATA-KATA TANPA BERFIKIR...


Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.



TL - APAKAH DEWAN ULAMAK PAS NI SUNGGUH BERKUASA DAN BEBAS DARI KESALAHAN??? SEDANGKAN USAHA UNTUK MEMBENTUK PERMUAFAKATAN ANTARA UMNO DAN PAS DITOLAK MENTAH-MENTAH OLEH PAS SEKARANG INI NAK SURUH UMNO BERTAUBAT???


SIAPAKAH YANG PATUT BERTAUBAT..???


BUKANKAH KITA DISURUH SUPAYA SENTIASA BERTAUBAT ???


ADAKAH PEMIMPIN PAS BEBAS DARI DOSA MACAM PADERI DALAM AGAMA KRISTIAN???

APAKAH PENDIRIAN MEREKA MENGENAI KES NIZAR MENYERTAI DAP DALAM MAJLIS MENGINGATI ORANG MATI SAMBIL BERTAFAKUR MEMEGANG LILIN DAN BEBERAPA PEMIMPIN PAS YANG DIKETUAI OLEH SALAHIDDIN AYUB KE MAJLIS MEMEPRINGATI MAYAT SI MATI BUKAN ISLAM DI MELAKA???


MENGAPAKAH HUKUM YANG DIKELUARKAN BERHUBUNG DENGAN KES NIZAR BERBEZA DI ANTARA NIK AZIZ, DEWAN ULAMAK DAN BEBERAPA PEMIMPIN ISLAM PAS YANG LAIN???


ADAKAH PAS BEBAS DARI HUKUM ALLAH???



5 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Tanya kat Harun Taib, mampukah PAS menegakkan undang-undang Islam bersama DAP dan PKR, kalau dapat memerintah ?

Apakah hukumnya, seorang Islam bercakap takbur ini ?

Kalau setakat cakap kerana nak menipu umat Islam, apa hukumnya ?

Munafik Harun Taib.......................

pisau said...

kalau pandang sesuatu dengan nafsu maka nafsu lah yang menguasai,matlamat menghalalkan cara.

itu lah PAS. tidak pernah bersangka baik dengan UMNO

Lin said...

salam saudara YG dan Megat


kalau mereka sendiri gagal sepakat dalam mengeluarkan hukum mengenai kes lilin nizar bagaimanalah mampu mereka nak menlaksanakan hukum Islam di mlaysia ni kelak...

mereka pun amat takutkan Lim Kiat siang dan anaknya... lihat sahaja kes di kedah bila lim kit siang turun terus selesai dan dap dapat tempat baru...

malangnya masih ada yang percaya kepada kata-kata menuafik pemimpin pas ni...

mungkin ini adalah dugaan Allah untuk kita umat Islam di Malaysia...

salam

akupedulikhape said...

aku hidup kat mesia nih xsampai 30 tahun lagi..xpenah pon aku dgr umat islam kena halang dari pergi masjid,dari berpuasa..siap kalo xpose kena tangkap nek van mayat lagi adelah..pastu heboh sgt nak buat hukum hudud, bila tanya nape kelantan tak aplikasikan walau dah 20 tahun memerintah,jawapan,kerajaan pusat tak bagi..pale hotak ko..kalo betol la pas tu islamik,dah lame aku undi ko..tahniah bro...keep up the good artikel..

Lin said...

salam sdr akupedulikhape

alhamdullillah masih ada insan yang tahu membezakan yang mana baik dan yang mana jahat...

sebenarnya masih ramai diluar sana yang tahu kedudukan sebenar PAS ni... mereka menyalahkan UMNO menolak Islam adalah kerana mereka sendiri tak mampu nak laksanakan tapi menyalahkan UMNO semata-mata nak kabur mata rakyat...

salam sdr akupedulikhape