RAMAI SUNGGUH GOLONGAN MUNAFIK DALAM AGENSI KERAJAAN HARI INI
1. MAAF SEKIRANYA POSTING KALI INI MENGUSIK PERASAAN PEMBACA YANG BERKERJA DI SEKTOR KERAJAAN ... TUJUAN SAYA ADALAH UNTUK MENJELASKAN BETAPA PENTINGNYA SIKAP AMANAH DAN JUJUR DALAM MENJALANKAN TUGAS KITA MENGIKUT ARAHAN DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN...
2. HATI SAYA TERBUKA MEMBAWA PERKARA INI DALAM BLOG SAYA SELEPAS TERBACA SATU KOMEN SEORANG PEMBACA DALAM BLOG PERISIK RAKYAT YANG MANA BELIAU MENGAKU BERKERJA DI JABATAN PENERANGAN DAN MEMPUNYAI SIMPANAN GAMBAR BEKAS-BEKAS PERDANA MENTERI YANG SEDANG MINUM ARAK DAN SEBAGAINYA...
3. KALAU BEGINILAH SIKAP SEORANG YANG DIAMANAHKAN MENJAGA SESUATU RAHSIA KERAJAAN TAPI MENGHEBOHKANNYA KEPADA PIHAK LAIN MAKA SAYA RASA BELIAU ADALAH SEORANG PENGKHIANAT DAN HUKUM PENGKHIANAT DALAM NEGARA KOMUNIS ADALAH DIBUNUH...
4. KEMUDIAN SAYA TELAH DIMAKLUMKAN OLEH SEORANG RAKAN YANG JUGA BERKERJA DENGAN KERAJAAN TETAPI SEBAGAI GURU... MENURUT BELIAU KINI RAMAI GURUGURU YANG BARU MASUK ATAU YANG SUDAH LAMA BERTUGAS CENDERUNG MENYOKONG PEMBANGKANG DAN SERING MENGUTUK DASAR KERAJAAN DAN KEPIMPINAN KERAJAAN BN...
5. MACAM MANA SIKAP MEREKA INI... BERKERJA DENGAN BN TETAPI KUTUK DASAR KERAJAAN BN???
6. KALAU DAH TAK SEHALUAN DENGAN BN MENGAPA MASIH MAHU MENJADI MUNAFIK BERKERJA DENGAN BN... HANTAR SURAT PERLETAKAN JAWATAN DAN BAGI JAWATAN TERSEBUT KEPADA GRADUAN YANG BENAR-BENAR MAHU BERBAKTI KEPADA RAKYAT DAN NEGARA ...
7. SEELOKNYA SAYA INGIN CADANGKAN KEPADA KEPIMPINAN BN/UMNO SUPAYA MULAI SEKARANG DIBUAT TAPISAN KEPADA SEMUA PEMOHON JAWATAN DALAM KERAJAAN...
8. MENGAPA KITA PERLU MENGAMBIL MUNAFIK-MUNAFIK INI BERKERJA DALAM KERAJAAN BN SEDANG RAMAI LAGI YANG MEMANG MENYOKONG BN DIKETEPIKAN...???
9. SAYA BERHARAP PEMIMPIN UMNO MENDENGARI CADANGAN INI... DAN MEMANJANGKAN KEPADA PRESIDEN UMNO DAN LANGKAH SEGERA DIAMBIL BAGI MENGATASI MASALAH INI...
10. SAYA JUGA KEPINGINKAN BERKERJA DI KERAJAAN TETAPI BUKAN REZEKI SAYA TAPI BILA MENDENGAR ADA MUNAFIK-MUNAFIK SEBEGINI MAKA TIMBUL PERASAAN MARAH SAYA KERANA MENGAPA MEREKA YANG TIDAK MENYOKONG BN DAPAT KERJA KERAJAAN TAPI SAYA SEBAGAI ORANG YANG BERSAMA UMNO DIKETEPIKAN...
11. KEPADA MEREKA YANG BERSIFAT MUNAFIK DALAM KERAJAAN BN KELUARLAH SERAHKAN DENGAN SUKARELA JAWATAN ANDA KEPADA MEREKA YANG INGIN BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
12. JANGAN MENJADI SI MUNAFIK YANG BELASAH HABUAN BN TAPI SABOTAJ SEGALA DASAR DAN NAMA BAIK BN/UMNO DALAM MASYARAKAT UMUM.
13. KEPADA GRADUAN YANG MENYOKONG BN/UMNO BUAT MEMO KEPADA PRESIDEN UMNO MENDESAK SUPAYA MEREKA YANG AKTIF DALAM PERSATUAN PRO PEMBANGKANG JANGAN DIAMBIL DALAM JAWATAN KERAJAAN DAN UTAMAKAN GOLONGAN SEPERTI KALIAN SEMUA...
SALAM UNTUK SEMUA
7 comments:
Aku rasa munafik ni tak tau malu.... Aku pun keje sektor kerajaan gak... Tapi aku tetap berterima kasih dan menyokong kerajaan yg memberikan aku kerja tetap. Aku tak nak jadi anjing, yang gigit tangan orang yang suapkan makanan. Kat jabatan aku ramai munafik-munafik ni... Bila aku tanya tak tahu malu ke makan duit kerajaan, pastu sokong pembangkang... Dengan muka tak malu dia jwb, 'aku dibayar gaji sbb aku kerja... takde kena mengena dgn kerajaan....' Tu dia... memang bahalol no 1.
http://exception2008.blogspot.com/
Tuan TGL,
Itu yang masih bekerja dengan kerajaan..tetapi ada juga manusia yang telah pencen dan pencen nya dibayar olih kerajaan BN tetapi menyokong pembangkang....
Dah lah ambil pencen dari kerajaan BN... lepas tu bolih jadi calon pembangkang di masa PRU 12 yang lepas. Ada yang jadi Speaker Dewan dan ada yang jadi DUN pulak tu....Pencen dah lah beribu ringgit...ditambah pula dapat elaun DUN...
Tuan TGL,
Nak tanya sikit ni..kalau jadi DUN...pencen mereka ini hilang tak ??? Kalau masih ada..makan tak habis le...ooii...
salam bro exception dan sdr anon...
alhamdullillah bro exception berkerja dengan kerajaan dan tahu erti taat setia kepada kerajaan bukan seperti mereka yang tahu makan tapi tak berterima kasih malah khianat kepada pemberi rezki
sdr anon
pencen mereka ni tetap berbayar sebab itu adalah kelayakan mereka dan kerajaan pimpinan BN/UMNO tidak berniat buruk terhadap bangsa mereka sendiri
kalau mereka ni ada hati perut maka mereka akan malu sendiri tapi biasanya mereka nilah yang jadi gunting dalam lipatan
tapi masih ramai yang tahu kedudukan mereka dan taat dalam melaksanakan tugas sebagai pegawai dan kakitangan kerajaan...
salam
kerajaan itu siapa,wang kerajaan dari mana,bukankah rakyat tak kira pembangkang atau tidak tetaap kene cukai.bila bila pemimpin kerajaan buat salah takan sokong juga,
SALAM SAUDARA RAHIM
TERIMA KASIH MEMBERI PANDANGAN SAUDARA DI SINI... MEMANG BENAR KALAU PEMIMPIN MELAKUKAN KESALAHAN MAKA KITA TIDAK MESTI REDHA DENGANNYA DAN KALAU KITA SENTIASA TIDAK REDHA DENGAN APA YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK KERAJAAN BERDASARKAN PANDANGAN KITA MAKA LEBIH BAIK KITA JANGAN IKUT SERTA DENGAN MEREKA...
MAKSUDNYA BAIKLAH KITA BERHENTI SAHAJA DARI JAWATAN YANG KITA SANDANG SEKARANG KERANA KALAU KITA TIDAK BERSETUJU DAN DALAM DIAM KITA MENARUH DENDAM ATAU TIDAK PUASHATI DAN MENGUTUK KERAJAAN YANG MENJADI MAJIKAN KITA ITU NAMANYA KHIANAT ATAU MUNAFIK... BERPURA-PURA...
BAIK KITA BERIKAN JAWATAN ITU KEPADA MEREKA YANG SEALIRAN DENGAN PEMIMPIN YANG DIKATAKAN SALAH TADI...
BAGAIMANA ADAKAH SAUDARA RAHIM SANGGUP MENINGGALKAN SEGALA KESENANGAN DAN KEDUDUKAN SAUDARA YANG ADA SEKARANG???
KALAU TIDAK SANGGUP MAKA DIAMKAN AJE... BUAT KERJA SEPERTIMANA DIARAHKAN DAN JANGAN MENGUTUK MEREKA YANG MEMBERI MAKAN DAN KESENANGAN KEPADA KITA...
SETAKAT TIDAK BERSETUJU DENGAN BEBERAPA LANGKAH KERAJAAN MEMANG BIASA TAPI JANGANLAH SAMPAI MENJADI GUNTING DALAM LIPATAN...
TEPUK DADA TANYA SELERA
SALAM
SALAM........
NAPA LA BENGAP SANGAT, X KAN KEJE GOMEN NAK KENA UNDI BN?? KALU X UNDI BN JADI MUNAFIK NI HUKUM DARI MANA?? MUNAFIKKAH MANTAN2 PM KITA DULU YG MATI BUKAN DLM PARTI UMNO??. NAK BAGI PENDAPAT PUN BIAR BERASASKAN FAKTA BUKAN AUTA...
PINJAM KATA2 PAK PANDIR.. ADA OTAK PAKAI...
salam saudara hanuman
bukanlah saya katakan kalau kerja kerajaan mesti undi BN... tapi bila kita kerja kerajaan janganlah jadi seperti gunting dalam lipatan dan sentiasa kutuk kerajaan sedangkan kita makan rezki dengan BN...
itulah maksud di atas... mungkin saudara dalam keadaan marah maka tidak sempat untuk memahami maksud sebenar...
contohnya kita mesti tunjukkan taat setia kita kepada bidang tugas yang diamanahkan kepada kita tetapi ada yang kerja tak seberapa tapi selalu kutuk kerajaan BN yang salah...
pada hal mereka yang tidak melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin maka BN dapat nama buruk
salam
Post a Comment