Tuesday, June 9, 2009

DUN MANEK URAI: BILA ADA PRK BARU NAK BUAT PENILAIAN???

KETUA CAWANGAN UMNO SEPATUT SUDAH MENGETAHUI SIAPA PENYOKONG DAN SIAPA LAWAN KALAU MEREKA MENDAMPINGI RAKYAT SETEMPAT!

MalaysiaKini: Lebih 1,000 pengundi gagal dikesan

Muda Mohd Noor Jun 9, 09

Seramai 1,145 pengundi di DUN Manek Urai gagal dikesan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan BN sukar menilai pendirian politik mereka, kata pemimpin Umno Kuala Krai. "Kemas yang menjalankan bancian terhadap pengundi Manek Urai tidak dapat mengesan pengundi berkenaan," kata ahli jawatankuasa bahagian Anua Yusoff.. "Nama mereka ada dalam senarai daftar pemilih, tetapi Kemas tidak tahu di mana mereka tinggal." Akibatnya, tambahnya, agensi kerajaan itu tidak dapat mengukur kecenderungan pengundian mereka sama ada memangkah BN atau PAS... Anua bagaimanapun percaya kebanyakan mereka ini penyokong setia PAS.”

...“Anua berkata, sikap mereka sukar diramal kerana kerana pengundi berkenaan tidak mahu berterus-terang. "Bila ditanya hendak pangkah (undi) kali ini, mereka kata 'tunggu hari mengundilah'," .

...“Tambahnya, dalam pilihanraya-pilihanraya terdahulu, pengundi kebanyakannya memilih calon PAS Ismail Yaacob kerana mereka menyenangi sikap penyandang itu.."ADUN PAS itu disenangi oleh semua orang di kawasan ini, tidak kira orang PAS atau Umno..."Kalau orang minta atap zink, dia kata pergi ambil di kedai, tak usah bayar kerana dia yang bayar,".

...”Bagaimanapun, Anua berkata, jika BN menang, penduduk Manek Urai "akan mendapat apa sahaja yang mereka mahu" sebagai "hadiah kemenangan kepada BN" setelah kalah dalam beberapa pilihanraya kecil sebelumnya.”

1. RAMALAN AWAL PELUANG BN/UMNO DALAM PRK DUN MANEK URAI JIKA BERDASARKAN ULASAN KEMAS DI MANEK URAI ADALAH TIPIS.

2. MENGAPA SAYA BERKATA BEGITU?

3. SEBAGAI AGENSI YANG BERDAMPINGAN DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT, BAGAIMANA BOLEH TIMBUL KEPADA KEMAS ATAU KETUA – KETUA CAWANGAN UMNO SETEMPAT MENGENAI KEGAGALAN MEREKA MENGESAN 1,145 PENGUNDI DALAM KAWASAN MEREKA???

4. PERSOALAN KEDUA, KENAPA MEREKA TIDAK DAPAT MENILAI PENDIRIAN PENGUNDI DI KAWASAN TERBABIT SEDANGKAN MEREKA TINGGAL DI KAWASAN YANG SAMA??? ADAKAH AHLI KEMAS DAN KETUA CAWANGAN UMNO TIDAK BERCAMPUR GAUL DENGAN PENDUDUK SETEMPAT???

5. SEMEMANGNYA KALAU KITA TIDAK RAPAT ATAU MESRA DENGAN SESEORANG MAKA TAK AKANLAH PENGUNDI TERBABIT AKAN BERTERUS TERANG DENGAN KITA SAMADA AKAN PANGKAH BN/UMNO ATAU PAS.

6. MENGENAI KENAPA CALON DISUKAI OLEH PENDUDUK SETEMPAT KERANA KEMESRAAN DAN KEMURAHAN HATINYA SEPATUTNYA TELAH DIAMALKAN OLEH KETUA-KETUA CAWANGAN DAN AGENSI YANG SEPATUTNYA MELAKUKAN TUGAS INI BUKANNYA HANYA AMBIL TAHU BILA TIBA MUSIM PILIHAN RAYA.

7. JANGANLAH PULA BERJANJI BERMACAM-MACAM DENGAN PENGUNDI HANYA UNTUK MENDAPAT UNDI MEREKA... CARA INI TELAH DITOLAK OLEH RAKYAT...

8. KEPADA PEMIMPIN UMNO TEMPATAN... BELAJARLAH DARI PENGALAMAN LALU KENAPA MASYARAKAT MENJAUHI UMNO KERANA SIKAP TIDAK MESRA, RASA TERLALU BERKUASA DAN MEMENTINGKAN KEDUDUKAN DALAM PARTI ADALAH ANTARA FAKTOR KENAPA RAKYAT MENOLAK UMNO/BN DALAM PRU 12 LALU...

9. BELAJARLAH DARI SEJARAH... JANGAN BILA TERANTUK BARU NAK BUAT KAJIAN POST MORTEM DAN SEBAGAINYA SEDANGKAN PENYAKIT SEBENARNYA ADA DALAM DIRI MASING-MASING...

10. SAYANG UMNO UBAHLAH DIRI MASING-MASING

No comments: