Thursday, June 18, 2009

PUTAR BELIT PEMIMPIN PAS DALAM ISU PEMBENTUKAN KERAJAAN PERPADUAN: HAJI HADI MENCADANG NIK AZIZ DAN HUSAM LETAK SYARAT.

RAKYAT MALAYSIA BACA DAN FAHAMLAH SIKA TALAM DUA MUKA PEMIMPIN PAS
1. APAKAH PENDIRIAN SEBENAR PAS BERHUBUNG DENGAN USAHA UNTUK MENGADAKAN PERBINCANGAN DAN MENGUJUDKAN KERAJAAN PERPADUAN ANTARA UMNO DAN PAS.

2. SEKEJAP PEMIMPIN PAS MENENTANG, SEKEJAP PEMIMPIN PAS MEMBERIKAN SYARAT SEKIRANYA UMNO INGIN MENGADAKAN PERBINCANGAN TERSEBUT.

3. WALAUPUN MENENTANG CADANGAN PRESIDEN PAS DATUK SERI ABDUL HADI AWANG UNTUK MENGADAKAN PERBINCANGAN BAGI MENGUJUDKAN PERSEFAHAMAN DAN KERJASAMA BAGI MENGUKUHKAN PERPADUAN UMAT MELAYU ISLAM, NIK AZIZ DAN HUSAM MASIH BERPOLITIK DENGAN MENGENAKAN SYARAT YANG MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA KEPENTINGAN POLITIK MEREKA SEMATA.

UCAPAN NIK AZIZ MENENTANG KERAJAAN PERPADUAN:

"Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah. NIK AZIZ MALAYSIAKINI: 7 JUN 2009 (KLIK:
Nik Aziz: K'jaan perpaduan 'mengarut')

UCAPAN NIK AZIZ MEMBERI SYARAT KEPADA UMNO SEKIRANYA INGIN MENGADAKAN KERAJAAN PERPADUAN:

''Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran misalnya. Kita nak jadi Perdana Menteri, mesti mereka tidak terima. Jadi, kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.'' - Nik Aziz Utusan Online 13 Mei 2009. (klik:
Nik Aziz tolak kerajaan perpaduan)

4. DALAM PERKEMBANGAN TERBARU, HUSAM MUSA PULA BERPOLITIK DENGAN MENYARANKAN SUPAYA BN TIDAK MELETAKKAN CALON KERANA INI AKAN MENIMBULKAN MASALAH KEPADA SEBARANG PERBINCANGAN ANTARA UMNO DAN PAS MENGENAI ISU KERAJAAN PERPADUAN KELAK. SEBELUM INI HUSAM MENENTANG KERAJAAN PERPADUAN IDEA HAJI HADI.

UCAPAN MENENTANG KERAJAAN PERPADUAN:


“..Calon Timbalan Presiden Pas, Datuk Husam Musa berpendirian cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan parti itu...Beliau berkata, cadangan itu dilihat tidak sesuai kerana tidak mahu Pas menjadi 'kuda tunggangan' UMNO sekiranya ia dilaksanakan...Ini kerana, beliau khuatir pembahagian kerusi di antara Pas dan UMNO kemungkinan tidak adil...''Kita mahu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi (sama taraf dengan UMNO)." DATUK HUSAM MUSA 5 JUN 2009 ( KLIK:
Kerajaan perpaduan tidak menguntungkan - Husam)

SYARAT KEPADA UMNO JIKA INGIN ADAKAN PERBINCANGAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN PAS:

''UMNO tidak perlu bertanding di Manek Urai. Itu mengundang sedikit 'masalah' kepada sebarang perbincangan kerajaan perpaduan yang akan dijalankan kelak. - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa (klik :
Pas minta UMNO jangan letak calon )

5. PERSOALANNYA, JENIS MANUSIA DAN ULAMA APAKAH KEDUA PEMIMPIN PAS INI???

6. SEKEJAP MENGATAKAN KERAJAAN PERPADUAN IDEA YANG MENGARUT DAN TIDAK MENGUNTUNGKAN PARTI SEKEJAP MENYEDIAKAN SYARAT SEKIRANYA UMNO INGIN MENGADAKAN PERBINCANGAN KERAJAAN PERPADUAN.

7. SATU PERKARA YANG JELAS IALAH BAGI PAS SEBARANG USAHA BERBAIK SEMESTINYA MEMBERI KELEBIHAN DAN KEUNTUNGAN KEPADA PAS DARI ASPEK POLITIK BUKANNYA UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH. INI DIJELASKAN OLEH HUSAM MUSA SEPERTI DIATAS.

4 comments:

Anonymous said...

Apa nak dihairankan dah memang jelas PAS gunakan agama untuk pecah belahkan ummah. tafsir agama untuk kepentingan dunia je tapi akhirat tolak tepi.
Nik Aziz pun dah mula nyanyuk sampai nak pertahan DUN Manik Urai dengan darah tapi bila tanya pasal apa tak buat HUDUD kat Kelantan? senang je jawab pasal Kerajaan Pusat tak bagi.
Kalau dah tak bagi kena buatlah jugak ini hukum Islam.Lepas tu pertahankan dengan nyawa dengan darah baru betul.
Ni tidak, auta Nik Aziz / PAS saja yang memang tak mau buat HUDUD.
Lepas pegikut pengikut yang taksub buta perut pun melolong lolong salahkan Kerajaan Pusat.
Nak berbaik sesama Islam pun susah sebab takutkan DAP/PKR lebih dari kemurkaan Allah.
Nik Aziz/PAS parti Islam paling MUNAFIK atas bumi Allah ini!!!!

Tungaklangit said...

salam sdr anno
saya bersetuju dgn pandangan anda..

mereka sudah lupa siapa diri mrk dan kemanakah mrk akan kembali dan jalan mana yg mrk perlu lalui.

semoga mrk sedar dan kembali jln Allah

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

ISU negara perpauan-bukankah Nik aziz pernah berkata politik bagai satu peperangan,dan dalam peperangan misti ada tipu daya jika ingin menang.Jadi tidak hairanlah jika pemimpin2 mereka bersikap talam dua muka,atau berlidah cabang bila bercakap.Ingat ! Jika di Kedah MB nya sanggup menolak hukum,tidak hairanlah kalau mereka bermuka2 dalam hal isu negara perpaduan.Bukan itu saja Exco2 mereka juga bijak memutar belit.

Tungaklangit said...

salam sdr APS

memang benar sebaimana sdr katakan... malahan mereka ini mempergunakan ayat al quraan ut kepntingan dunia dan bukannya untuk membawa manusia ke arah keredhaan Allah...

Masyallah tidak berani manusia yang bergelar hamba sanggup melakukannya...

salam