Sunday, June 21, 2009

PENYATUAN MELAYU: LUAHAN TIMBALAN YDP KESATUAN ANAK-ANAK MUDA ISLAM PERAK

KALI INI SAYA INGIN MENENGAHKAN PANDANGAN DAN LUAHAN SEORANG INSAN YANG BERNAMA AZHARI HAJI ABU, TIMBALAN YDP, KESATUAN ANAK-ANAK MUDA ISLAM PERAK YANG MENYERU SUPAYA SEMUA PIHAK DALAM KUMPULAN / PARTI BERDASARKAN MELAYU SUPAYA BERSATU DAN MENOLAK PERSELISIHAN FAHAM…

ADALAH BAIK SEKIRANYA SEMUA BANGSA MELAYU MEMPUNYAI PANDANGAN DAN PENDIRIAN SEPERTI BELIAU:


1. Alhamdulillah & terima kasih disebabkan adanya ruang/blog seperti ini dapatlah saya turut serta untuk memberikan pandangan peribadi saya, seorang insan kerdil yang tidak punyai kuasa apa-apa cuma kekuatan samangat yang mahu melihat "Bangsa Melayuku" kuat, berpengaruh, disegani dan dihormati semula.

2. Well, mungkin juga bila sudah kuat, ia boleh sampai ke tahap disegani macam di Zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu.

3. Saya amat setuju dengan pandangan Sdr Parpukari dalam isu yang diutarakannya ini, dan saya hanya ingin menambah bicara agar ianya boleh diterima pakai sebagai pedoman/landasan ke arah penyatuan umat Melayu dibumi bertuah ini.

4. Untuk mencapai impian ke arah penyatuan Melayu ini, saya mohon agar Pemimpin-Pemimpin "PARTI MELAYU" spt UMNO dan PAS, mahupun Melayu PKR agar meletakkan ke TEPI kepentingan Parti masing-masing, kerana ia akan mengganggu-gugat perbincangan disebabkan perbezaan ideologi yang dibawa oleh Parti masing-masing.

5. Apa yang penting disini, Para Pemimpin Parti perlu hadir dan duduk berbincang secara ikhlas, tiada dendam kesumat dan lupakan segala perasaan dendam(jika ada)dan senantiasa berlapang dada.

6. Pesan atau cadangan saya bertemu dan berbincanglah dengan baik dan berhemah, cari tempat yang sesuai dan sebelum dijalankan perbincangan ini buatlah segala solat-solat sunat, seperti taubat, hajat, istikharah dan witir, lebih molek di buat Qiamullail sekali.

7. Saya merasakan kesan dari ibadat yang dilakukan ini akan menerbitkan satu hati yang penuh khusuk dan tawadduk kepada ALLAH SWT. Dan, segala perbincangan ini akan membawa hasil yang penuh pengertiannya untuk UMAT MELAYU ISLAM.

8. Kenapa saya kata begitu:

9. “ Dengan ibadat itu jugalah akan membasuh segala dosa-dosa yang lalu dan ia menjadikan seseorang itu seperti bayi yang baru lahir, kerana kita mahukan kesepakatan ini nanti akan membawa satu PARTI MELAYU yang kuat dan dapat memerintah Tanah Melayu ini dengan stabil tanpa adanya ganggu gugat dari anasir musuh-musuh Islam. ”

10. Ingatlah tangan-tangan ghaib senantiasa cemburukan permuafakatan Umat Melayu Islam ini, mereka lebih gemar jika Melayu berpecah kerana dari zaman azali lagi, dasar mereka adalah "Pecah dan Perintah". Oleh itu, saya menyeru semua Umat Melayu Islam peka dengan keadaan ini.

11. Saya begitu gembira bila sudah ada jalan kearah Penyatuan Melayu ini, walaupun ada kata-kata sumbang, saya harap jangan sesekali ia melunturkan semangat ini. Penyatuan saudara seIslam adalah amat-amat dituntut oleh AGAMA.

12. Pesan Nabi Muhammad SAW, “sayangilah saudara seIslammu sebagaimana kamu menyayangi dirimu sendiri” maksudnya Nabi Muhammad mahu melihat Umatnya hidup dalam satu ukhwah yang besar/keluarga yang besar dan dapat memimpin dunia ini kejalan yang direstui ALLAH.

13. Oleh itu, dengan Penyatuan & Permuafakatan Melayu ini jugalah akan dapat melahirkan Kepimpinan Tulen yang mahukan Islam ini kuat dan menjadi teras Perlembagaan Negara sebagaimana yang ada sekarang dan boleh dijagai tanpa ada suara-suara sumbang yang berani memperlekhkannya.

14. Kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai payung bangsa Melayu juga dapat dijaga, kerana Bangsa Melayu tidak boleh dipisahkan dengan system dan warisan Kerajaan Melayu Beraja.

15. Akhir bicara, duduk lah, berbincang lah dan pimpin lah Bangsa Melayuku ini ke arak kecemerlangan, kerana Bangsa Melayu Cuma mewarisi KUASA POLITIK sahaja, kuasa Ekonomi masih jauh terkebelakang dek system penjajah yang melaksanakan dasar “pecah & Perintah” tadi.

16. Jagailah KUASA POLITIK yang ada ini, walaupun telah sampai ketahap nyawa-nyawa ikan. Ingatlah Bangsaku Melayu.

Ikhlas dari
Azhari Hj Abu, Timbalan YDP, Kesatuan Anak-Anak Muda Islam Perak.

No comments: