BOSAN DENGAN POLITIKING PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT
1. SETIAP HARI PELBAGAI HELAH POLITIK MEMENUHI DADA AKHBAR DAN INTERNET, SEOLAH-OLAH KITA AKAN HIDUP SELAMA SERIBU TAHUN LAGI. PEMIMPIN POLITIK PR LUPA TUGAS MEREKA UNTUK RAKYAT TAPI ASYIK BERPOLITIK... BOSANNYA
2. KERANA KEBOSANAN INI SAYA INGIN MENGINGATKAN DIRI SAYA SENDIRI, KELUARGA DAN PEMIMPIN POLITIK KEPADA NASIHAT LUQMAN AL HAKIM KEPADA ANAKNYA.
3. KEPADA SEMUA PEMIMPIN YANG DIBERI TANGGUNGJAWAB DI DUNIA INI SEBAGAI PEMIMPIN BAIK BN MAUPUN PAKATAN RAKYAT (TERMASUK INDIVIDU) INGATLAN PESANAN LUQMAN HAKIM SEBELUM BELIAU MENINGGAL DUNIA KEPADA ANAKNYA:
LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan: "Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:
1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.
2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.
3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.
4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.
5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.
6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.
4. KEPADA PEMIMPIN PAS, SEKIRANYA PERPADUAN DAN PENDAMAIAN DIANJURKAN DALAM ISLAM MAKA SEGERALAH MENGERJAKANNYA DAN JANGANLAH KAMU TAKUTKAN KARPAL SINGH ATAU LIM KIT SIANG DALAM MELAKSANAAN SURUHAN ALLAH.
5. KEPADA PEMIMPIN PKR, KETAHUILAH MENIPU RAKYAT DENGAN LAKONAN DAN SANDIWARA POLITIK MURAHAN AKAN MENJURUS KEPADA PERPECAHAN DALAM UMAT ISLAM MAKA ANDA FIKIRKANLAH KENAPA KAMU BERADA DI DUNIA INI.
6. BAGI PEMIMPIN BN, LAKSANAKANLAH AMANAT YANG DIBERIKAN KEPADA KAMU DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN TAAT PADA ALLAH...
7. SETIAP MANUSIA AKAN KEMBALI KEPADA ALLAH BERSAMA AMAL IBADAT DAN HANYA ALLAH YANG AKAN MENILAI KEBAIKAN KITA DI DUNIA INI.
8. LIHATLAH DISEKELILING KITA ORANG YANG KITA KENALI, SETIAP HARI ADA YANG MENINGGALKAN KITA MENGHADAP ALLAH. PELAJARI ATAS KEMATIAN MEREKA UNTUK KITA BERLAKU ADIL DAN IKHLAS ATAS TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI PEMIMPIN RAKYAT, MASYARAKAT, KELUARGA DAN ATAS DIRI SENDIRI.
KITA AKAN MATI ENTAH HARI INI, ESOK ATAU LUSA... APAKAH BEKALAN YANG KITA BAWA... KESIBUKAN BERPOLITIK TIDAK AKAN MEMBANTU KITA KELAK
4 comments:
Salam ... entri yg mengesankan jiwa. Mohon kopi pasta ... i'll credit ur blog. Kepada semua insan diluar sana ~ suadah2 lah bermain politik, skrg masanya kita bsatu demi ksjahteraan negara.
bro hobbit frodo
demi kebaikan bersama
salam
salam, nasihat yg baik utk semua, mohon copy paste to my blog, jejak habib, i'ill credit ur blog.salam.
salam pak habib
silakan
smoga kita dapat bersatu kembali
Post a Comment