Sunday, June 21, 2009

PERMUAFAKATAN GANTI KERAJAAN PERPADUAN


1. IKATAN PERSAUDARAAN ISLAM DAN BANGSA MELAYU ANTARA PAS DAN UMNO ADALAH ISU YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEGERA OLEH KEDUA PEMIMPIN PARTI DAN IANYA PERLU DIPERKUKUHKAN SECEPAT MUNGKIN.

2. SEJAK KEBELAKANGAN INI, PELBAGAI ISTILAH DIGUNAKAN OLEH PEMIMPIN POLITIK UNTUK MEMPERKENALKAN SESUATU IDEA MEREKA, UMPAMANYA KERAJAAN PERPADUAN....

3. BAGI SAYA, ISTILAH KERAJAAN PERPADUAN ADALAH SATU ISTILAH YANG BOLEH DISALAH-ERTIKAN OLEH PIHAK YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN...

4. KALAU DI KAMPUNG ISTILAH YANG SELALU DIGUNAKAN OLEH DATUK NENEK KITA IALAH MUAFAKAT... IAITU BERSAMA DALAM MELAKSANAKAN SESUATU TANGUNGJAWAB KHASNYA TANGUNGJAWAB BANGSA DAN AGAMA... TAPI KINI ISTILAH MODEN DAN CANGGIH TELAH DIPERGUNAKAN DAN MATLAMAT SEBENAR MUAFAKAT ITU TELAH MENYIMPANG JAUH...

5. BERBALIK SEMULA KEPADA ISU KERAJAAN PERPADUAN...

6. YANG PENTINGNYA IALAH PERANAN DAN TANGUNGJAWAB PEMIMPIN ISLAM DALAM UMNO DAN PAS UNTUK MEMASTIKAN WALAU BERBEZA FAHAMAN POLITIK SEKALI PUN, SEMUA PEMIMPIN MESTI BERSATU HATI MEMPERTAHANKAN ISU YANG MELIBATKAN MARUAH AGAMA DAN BANGSA DARI ANCAMAN KAUM LAIN.

7. ITULAH YANG PENTING BUKANNYA PERLU ADA TAWAR-MENAWAR DAN MELETAKKAN SYARAT SEBELUM MEMULAKAN PERBINCANGAN...

8. RAKYAT DI MALAYSIA YANG BERBANGSA MELAYU DAN BUMIPUTRA MAHU MELIHAT KEKUATAN DAN HAK AGAMA DAN BANGSA TIDAK DIPIJAK OLEH KAUM LAIN... KITA JUGA AKAN MENJAGA HAK MEREKA SEPERTI MANA TERMAKTUD DALAM PERLEMBAGAAN...

9. MENGAPA UMNO DAN PAS MESTI BERMUAFAKAT?

i. PADA MASA INI TELAH TIMBUL SUARA KURANG AJAR PEMIMPIN BUKAN MELAYU YANG MEMPERSOALKAN KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DI MALAYSIA DAN KEDUDUKAN HAK ISTIMEWA MELAYU DAN BUMIPUTRA.

ii. MEMASTIKAN RAKYAT MALAYSIA BERBANGSA BUKAN MELAYU MENGHORMATI INSTITUSI RAJA DAN TAAT KEPADA INSTITUSI TERSEBUT...BUKANNYA MENUNJUK SIKAP MENENTANG SEPERTI MANA BERLAKU DI PERAK... ORANG MELAYU SENDIRI DIPERGUNAKAN OLEH DAP UNTUK MENENTANG RAJA MEREKA SENDIRI...

iii. KESELAMATAN NEGARA PERLU DIPERTAHANKAN DAN TIDAK TIMBUL ISU MENYAMBUT KEPULANGAN KETUA PENGANAS / KOMUNIS DAN PETUALANG NEGARA SEPERTI ISU CHIN PENG...

iv. MEMASTIKAN NEGERI YANG MAJORITI MELAYU DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN MELAYU SEPERTI DI SELANGOR DAN PERAK... TETAPI HASRAT DAP UNTUK MEMEGANG JAWATAN MB TIDAK AKAN PADAM DAN AKAN DIPERLIHATKAN DALAM BARISAN CALON DALAM PRU 13 KELAK DI MANA RAMAI CALON MELAYU AKAN DIKETENGAHKAN OLEH DAP...

v. UMNO DAN PAS MESTI BERUSAHA MEMULIHKAN MASALAH KEJATUHAN MORAL GOLONGAN MUDA DALAM MASYARAKAT MELAYU DILAKUKAN SECARA BERSEPADU DAN BUKANNYA ATAS KEPENTINGAN POLITIK...

10. KALAU KITA BERKUASA SEKALIPUN TETAPI AKHLAK DAN PERKERTI ANAK-ANAK MUDA SUDAH ROSAK MAKA TIADA GUNANYA UMNO ATAU PAS MEMPUNYAI KUASA KERANA TIANG BANGSA DAN NEGARA TELAH ROBOH KERANA MASALAH MORAL...

11. PAS TIDAK PERLU ASYIK MENYALAHKAN UMNO DALAM HAL AGAMA DAN MASALAH MORAL... SEMUA MANUSIA MEMPUNYAI TANGUNGJAWAB MASING-MASING... PAS JUGA BOLEH MEMAINKAN PERANAN MEMASTIKAN MASYARAKAT DI KAWASAN MEREKA DIPANTAU DAN DIDIDIK SERTA MEMBERI NASIHAT KEPADA MEREKA YANG BERMASALAH...

12. TIDAK TIMBUL SOAL HAK ASASI DALAM KITA MENDIDIK ANAK BANGSA SENDIRI... KALAU BANGSA LAIN MEMPERTIKAIKAN CARA KITA MENDIDIK ANAK BANGSA KITA DAN MENGGUNAKAN ISU HAK KEMANUSIAN MAKA UMNO DAN PAS MESTI BERSAMA MENENTANG CEMUHAN DAN KRITIKAN MEREKA ITU...

13. BERBALIK KEPADA SOAL PENGGUNAAN NAMA ALLAH... UMNO DAN PAS MESTI BERSATU HATI MEMPERTAHANKAN KEMULIAAN ISLAM BUKANNYA BERTELAGAH SESAMA SENDIRI... NAMA ALLAH ADALAH UNTUK ISLAM BUKANNYA KRISTIAN... ADAKAH MEREKA BERDOA ... YA ALLAH??? MEREKA BERDOA “YA JESUS / YESUS”...

14. ITULAH YANG SEBENARNYA PERLU DIUTAMAKAN BUKANNYA BERKONGSI KERAJAAN DAN SEBAGAINYA...

15. KEPADA PAS, JANGANLAH TAKUT KEPADA DAP ATAU PKR DAN KELAB PENYOKONG PAS... SEKIRANYA MEREKA MENOLAK PAS MAKA BIARKANLAH YANG PENTING KITA MEMPUNYAI KEKUATAN DALAM SEMANGAT MELAYU-ISLAM. ITU YANG PALING DITAKUTI OLEH MUSUH ISLAM DAN MELAYU DI MALAYSIA.

16. SEKIRANYA PEMIMPIN PAS DAPAT MEMBACA KEADAAN SEMASA DAN MENOLAK SIFAT BANGGA DIRI, TAMAK KUASA, DENDAM DAN MENOLAK KEBAIKAN MAKA KEDUDUKAN SINAR ISLAM AKAN SENTIASA DIMULIAKAN DAN BANGSA MELAYU TETAP TERJAGA.

17. JIKALAU PEMIMPIN PAS MASIH SEPERTI HARI INI, MAKA JANGANLAH MENANGIS KETIKA SURAU DITUKAR MENJADI DEWAN ORANG RAMAI... TANAH WAKAF DIJADIKAN PERKUBURAN CINA ATAU INDIA... ANAK MELAYU KETINGGALAN DALAM PELAJARAN KERANA TIDAK CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SEPERTI BANGSA MELAYU SINGAPURA...

18. SELAGI ADA MASA MAKA USAHAKANLAH PERMUAFAKATAN SESAMA BANGSA DAN AGAMA... SEBELUM IANYA DIAMBIL OLEH KAUM YANG SENTIASA MENUNGGU PELUANG MERAMPAS KEPUNYAAN KITA DI NEGARA TANAH MELAYU INI...

SALAM

4 comments:

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

Sepatutnya.Waktu-waktu inilah orang Melayu Islam memerlukan suara Ulamak'! tapi sayang suara ulamak sudah tiada lagi dianggap jujur.Inilah betapa kotornya politik gila kuasa hari ini.

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

Tunjanglangit.Dapat saudara hubungi saya..

Tungaklangit said...

SALAM SDR APS

SETIAP ORANG MESTI MEMAINKN PERANAN MASING2 DAN SETIAP PIHAK MESTI MENGHORMATI TANGUNGJAWAB ORANG LAIN...

SEKIRANYA INI BOLEH DILAKUKAN MAKA INSYALAH UMMAH AKAN TERJAGA DARI SEGALA ANCAMAN

SALAM

Tungaklangit said...

SALAM SDR APS

SILA EMAIL SAYA di linputra@gmail.com

kerana saya berada di luar negara sekarang...

salam