Saturday, June 6, 2009

KERAJAAN PERPADUAN: ALLAH MENGETAHUI NIAT HAMBANYA

PANDANGAN PENULIS MENGENAI TUJUAN PAS MENGADAKAN RUNDINGAN DENGAN UMNO UNTUK MENGADAKAN KERAJAAN PERPADUAN

1. GESAAN UNTUK MENGADAKAN KERAJAAN PERPADUAN YANG DIUATARAKAN OLEH HAJI HADI MEMANG DIGALAKKAN DALAM AGAMA KITA IAITU MENUJU KEARAH PERPADUAN SESAMA ISLAM.

2. NAMUN DALAM POLITIK, SETIAP LANGKAH DAN TINDAKAN MEMPUNYAI AGENDA TERTENTU. TIDAK KIRA SAMADA MATLAMAT AKHIRNYA UNTUK MENYATUPADUKAN UMAT ISLAM ATAU UNTUK KEPENTINGAN AGENDA POLITIK MASING-MASING.

3. DARI PANDANGAN SAYA YANG CETEK INI, TUJUAN SEBENAR HADI UNTUK MENGADAKAN PERBINCANGAN UNTUK MENGUJUDKAN KERAJAAN PERPADUAN ADALAH LEBIH KEPADA AGENDA POLITIK PAS SEMATA-MATA.

4. MENGAPA SAYA BERKATA BEGITU:

· DENGAN ADANYA IDEA KERAJAAN PERPADUAN, HADI BERHARAP IMEJ PAS YANG RADIKAL ISLAMNYA AKAN DILIHAT SEBAGAI SATU GERAKAN ISLAM YANG LIBERAL DAN DALAM MASA YANG SAMA INGIN MENARIK SOKONGAN DARI KALANGAN AHLI UMNO DAN GOLONGAN YANG SIMPATI DAN MENYOKONG UMNO SELAMA INI.

· JIKA BERADA DILUAR UMNO, AGAK SUKAR PAS MENDEKATI AHLI UMNO DAN IDEA KERAJAAN CAMPURAN INI AKAN MEMBUKA SATU PELUANG UNTUK MEMUDAHKAN PEMIMPIN PAS MENONJOLKAN DIRI MEREKA SEBAGAI PEMIMPIN UMAT MELAYU DAN ISLAM YANG BOLEH DIHARAPKAN UNTUK MENGANTI KEPIMPINAN UMNO YANG DIDAKWANYA KORUP DAN MENYELEWENG.

· DAN AKHIRNYA IALAH UNTUK MENJADI PARTI MELAYU YANG BERPENGARUH DAN MENGAMBIL ALIH PERANAN UMNO DALAM MASYARAKAT MELAYU ISLAM DI MALAYSIA DAN SETERUSNYA MEMERINTAH MALAYSIA DAN MEMINGGIRKAN UMNO.


5. ANALISIS SAYA DIATAS DIBUAT ATAS ANDAIAN SAYA BERDASARKAN KEPADA TINDAK TANDUK KEPIMPINAN TERTINGGI PAS SELAMA INI YANG BERHASRAT UNTUK MEMENANGI KERUSI DI KAWASAN KUBU KUAT UMNO YANG RATA-RATANYA MAJORITI MELAYU.

6. MEREKA TAHU DENGAN MEMBAWA DAKYAH MEMBANGUN BERSAMA ISLAM TIDAK AKAN MENEMBUSI KUBU UMNO MAKA DENGAN MENGERAKKAN USAHA KERAJAAN PERPADUAN MAKA BERHARAP AKAN MEMBUKA PELUANG MEREKA MEMASUKI KUBU KUAT UMNO MELALUI CERAMAH AGAMA DAN AKTIVITI KEAGAMAANNYA.

7. TETAPI ADAKAH RAKYAT SUDAH LUPA AKAN KEMUNGKARAN YANG PERNAH PEMIMPIN PAS LAKUKAN SEBELUM INI.

8. SUDAHKAH HAJI HADI MEMOHON MAAF ATAS AMANAT YANG YANG DIBUAT DALAM TAHUN 1981 YANG MEMBAWA PERPECAHAN DALAM KOMUNITI MELAYU ISLAM SEHINGGA SEKARANG.

9. BAGAIMANA PULA TUDUHAN PAS TERHADAP UMNO IAITU UMNO MENOLAK ISLAM DAN MENGELAR UMNO DENGAN KATA NISTA SEPERTI KUFUR, KAFIR, TAGHUT DAN SEBAGAINYA.

10. BAGAIMANA PULA TUDUHAN PEMIMPIN PAS YANG MENGAITKAN DATUK SERI NAJIB DENGAN KES PEMBUNUHAN ANTALTUYA WALAUPUN DS NAJIB TELAH BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH BAHAWA BELIAU TIDAK TERLIBAT???

11. PERSOALAN DI SINI ADAKAH PEMIMPIN PAS IKHLAS DALAM MENGUTARAKAN IDEA KERAJAAN PERPADUAN DEMI KEBAIKAN RAKYAT DAN NEGARA???

12. ATAU SEKADAR SATU LAGI TRICK DALAM USAHA MEREALISASIKAN MATLAMAT POLITIK MEREKA UNTUK MEMERINTAH NEGARA INI???

13. TETAPI INGALAH ALLAH MAHA MENGETAHUI NIAT SESEORANG HAMBANYA DAN SEKIRANYA MEREKA BERNIAT SELAIN DARI ALLAH MAKA TERIMALAH BALA YANG ALLAH BAKAL TURUNKAN KE ATAS MEREKA...

14. KEMUNGKINAN HELAH UNTUK MENGADAKAN KERAJAAN PERPADUAN INI AKAN MEMBERI KELEBIHAN KEPADA UMNO DALAM PRU 13 KELAK ...

15. INSYALLAH

No comments: