Saturday, June 27, 2009

NIK AZIZ AJAK BERDEBAT: RASULLULLAH MURKA MEREKA YANG SUKA BERDEBAT


1. NIK AZIZ MENGAJAK PM UNTUK BERDEBAT SECARA TERBUKA MENGENAI KEKALUTAN POLITIK YANG BERLAKU SEKIAN LAMA ANTARA UMNO-PAS.???

“.. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Datuk Seri Najib Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno-PAS. Menteri besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada perdana menteri untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat...” (KLIK SINI –
Nik Aziz ajak Najib berdebat).

2. BUKANKAH PERMUAFAKATAN YANG DICETUSKAN OLEH HAJI HADI “KERAJAAN PERPADUAN” ITU ADALAH SATU WADAH SESUAI UNTUK PEMIMPIN ISLAM UMNO-PAS MEMBINCANGKAN SECARA DARI HATI KE HATI DEMI KEBAIKAN UMMAH... MENGAPA NAK DIADAKAN SECARA TERBUKA???

3. UNTUK MEMALUKAN SESUATU PIHAK ATAU MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK???

4. NIK AZIZ SEMAKIN LAMA SEMAKIN TERSIMPANG JAUH DARI JALAN KEBENARAN KERANA SEBAGAI SEORANG YANG BERGELAR ULAMA MESTI ADA SIFAT KASIH SAYANG DAN MAAF MEMAAFKAN... BUKANNYA BERDENDAM!

5. KEPADA NIK AZIZ DAN AHLI PAS BACALAH HURAIAN IMAM GHAZALI MENGENAI PERKARA INI:

Imam Ghazali mengatakan, ”manusia ada empat macam.

- Pertama, orang cerdas namun fanatik, maka jangan kamu ajak untuk berdebat, karena ia akan menggunakan kecerdasannya untuk menyesatkan kamu dari jalan yang benar demi memuaskan rasa fanatiknya.

- Kedua, orang yang bodoh yang fanatik, maka jangan kamu ajak untuk berdebat karena ia tidak bisa memahami dan tidak mau berubah.

- Ketiga, orang bodoh yang tidak fanatik, maka jangan kamu ajak berdebat karena kebodohannya membuat ia tidak bisa memahami apa-apa, maka sia-sia kamu telah bersamanya.

- Keempat, orang cerdas yang tidak fanatik, maka berbicaralah dengannya, karena ia yang akan mengambil manfaat.”

6. SAHABAT RASULLULLAH ABU DARDA DAN ANAS BIN MALIK MENGESAHKAN SOAL PERDEBATAN INI SEPERTI BERIKUT:

“.. Pada suatu ketika Rasullah SAW keluar menemui kami, sementara kami sedang berdebat tentang sesuatu soal agama, sehingga Rasulullah sangat marah, membentak kami dan bersabda : ‘Tinggalkanlah perdebatan karena hanya sedikit kebaikannya.Tinggalkanlah perdebatan karena orang yang berdebat, aku tidak memberinya syafaat besok di hari kiamat. Tinggakanlah perdebatan karena pertama kali hal yang Allah larang setelah menyembah berhala adalah berdebat.” (HR Ath Thabrani).

7. RASULLULLAH JUGA MEMBERI NASIHAT KEPADA UMAT ISLAM MENGENAI SOAL DEBAT SEPERTI BERIKUT:

“..Nabi Isa AS pernah bersabda “sesungguhnya perkara itu ada tiga, yakni (1) perkara yang jelas bagimu sebagai petunjuk, maka ikutilah, (2) perkara yang tidak jelas bagimu, maka jauhilah, (3) perkara yang diperselisihkan, maka kembalikan kepada orang yang mengerti” (Al- Mu’jam Al Kabir)”.

8. RASULLULLAH JUGA MENGARAHKAN KITA TAAT KEPADA KEPIMPINAN YANG ADA UNTUK MENGELAKKAN PERPECAHAN DALAM UMMAH ... TETAPI PAS MENGANJURKAN PERPECAHAN DALAM UMAT MELAYU ISLAM DEMI UNTUK MENDAPATKAN SATU UNDI DARI MEREKA..

“Hendaklah sesiapa yang berada di bawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu” (Hadith Shahih, riwayat Muslim no. 1885)

9. INGATLAH SEMUA UMAT MELAYU ISLAM... SESEORANG YANG MENGELARKAN DIRI MEREKA ULAMA TIDAK SEMESTINYA MEMBAWA WADAH YANG DIRESTUI OLEH RASULLULLAH MUNGKIN MEREKA MEMBAWA WADAH SYAITAN YANG BERSELINDUNG DISEBALIK SERBAN DAN JUBAH KEEGOAN MANUSIA...

WASALLAM

5 comments:

Anonymous said...

SALAM BRO..PAS NAK CARI PABLISITI MURAHAN LAGI. INI DRAMA TERBARU DARI TOK GURU SESAT NAK KELIRUKAN ORG RAMAI LG. TP KLU DS NAJIB NAK TERUSKAN JUGAK MOLEK JUGA. BLH 'BASUH' SKET OTAK SI TUA TU KEHKEHKEH

Anonymous said...

Salam,

1. Secara peribadi saya berpendapat bahawa orang yang sesuai N. Ajis mengajak berdebat adalah Tun Dr Mahathir. Secara logiknya biarlah orang tua bergaduh dengan orang tua dan kita yang masih muda ini dapat mengambil ikhtibar hasil dari perdebatan ini kelak sekiranya diizini Tuhan.

2. Di samping itu, saya juga amat sedih melihat N.Ajis semakin mengambil tindakan-tindakan yang mengundur sejak kebelakangan ini khususnya berhubung dengan perpaduan orang Melayu. Samada kita semua sedar atau tidak, tindakan sebegini rupa sebenarnya tidak menghasilkan apa-apa kebaikan kepada kita semua malah ia mengusutkan lagi.

3. Maka saya berpendapat bahawa sekiranya kita berasa gagal untuk menyumbang atau menyelesaikan sesuatu maka elok benar kita berundur diri dan serahkan kepaa mereka-mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas.

Harap N.Ajis tidak pergi kelak seperti mana Micheal Jackson - Jantung Terhenti

khairulnazri.blogspot.com

Lin said...

salam sdr Jeffry dan Khairulnazri

semuannya ini adalah atas dasar tamakkan kekuasaan dan kedudukan di dunia...

dan lebih penting mereka ni lama tetapi ayat al quraan hanya dipakai apabila kena kepada kepentingan duniawi mereka sahaja...

semoga mereka sedar dan berusahamerapatka smula saf umat melayu islam di malaysia ini

salam

Alizul said...

Nik Aziz dan juga PAS tak perlu membuang masa dalam hal-hal yang tidak bermanfaat. Politik tu politik jugak, tetapi fikirkanlah tentang kesannya terhadap hubungan kita sesama Islam.

Apakah debat akan menyelesaikan masalah hubungan dan perpaduan orang Melayu/Islam? Adakah debat akan menyelasaikan masalah NEGARA yang perlu di tangani dengan suara Melayu/Islam yang bersatu dan bukan berpecah belah. Sepatutnya PAS dan juga UMNO mengambil langkah ke belakang sejenak dan merenung kembali apa yang telah mereka lakukan dan bertanya samada ia baik atau tidak untuk orang Melayu/Islam dan Negara. Kedua-duanya perlu menyoal samada apa yang mereka fikir dan lakukan menyumbang kepada keharmonian dan kestabilan negara.

Masalah Melayu adalah juga masalah Negara. Jika Melayu tidak bersatu dan tidak stabil, maka kestabilan negara akan terjejas. Adakah itu yang mereka mahu? Jarum musuh-musuh Islam sentiasa bersedia untuk mencucuk orang-orang Islam yang lemah dan tidak beriman.

Lin said...

salam sdr alizul

saya berharap ramai lagi anak muda spt sdr yang tidak memandang politik tetapi lebih kepada perpaduan umat melayu islam dan bumiputra di negara ini...

memang benar tungak kestabilan di negara ini adalah permuafakatan dalam saf umat melayu... berpeca maka telerailah kesatuan melayu islam an naiklah kesatuan bangsa bukan islam...

syabas sdr alizul