Tuesday, June 2, 2009

POLITIK PERLIS: SHAHIDAN SILA KELUAR DARI MAJLIS TERTINGGI

Ketua AMK Perlis jumpa Hashim Suboh

Abdul Rahim Sabri Jun 3,09 – MalaysiaKini

“...Bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh mengesahkan mengadakan pertemuan dengan pemimpin kanan Angkatan Muda PKR (AMK) Perlis Isnin lalu. Katanya, ketua AMK Perlis, Zambri Safar dan ketua penerangan AMK negeri, Asrul Nizam Abd Jalil menemui beliau bersama dua lagi pemimpin Umno tempatan di Kangar...”

DATUK HASHIM SUBOH BERKATA:

"..Perkara tersebut bukan digerak oleh saya. Saya hanya menyatakan hasrat saya. Cuma gerakan tertentu untuk membawa masuk PKR, adalah reaksi spontan mereka. Bukan dirancang oleh saya. "Ini jelas membuktikan apa yang saya nyatakan, dikongsi bersama dengan aktivis-aktivis Umno yang tidak berpuashati dengan parti (Umno). Mereka berkongsi sentimen dengan saya...”

1. KEGAGALAN DATUK SERI SHAHIDAN KASSIM (DSSK) MENGAWAL TINDAKAN PENGIKUT BELIAU YANG MENGKHIANATI UMNO DENGAN MEMASUKI PKR MENUNJUKKAN DSSK MESTI BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS APA YANG DILAKUKAN OLEH PENGIKUTNYA ITU.

2. MENURUT MAKLUMAT DARI PERLIS KEMASUKAN AHLI UMNO KE DALAM PK INI BUKANLAH DILAKUKAN SECARA SPONTAN TETAPI TELAH DIBINCANGKAN DALAM SATU MESYUARAT RAHSIA BEBERAPA HARI SEBELUM DATUK SERI NAJIB MENGUMUMKAN NAMA-NAMA PENGERUSI PENGHUBUNGAN NEGERI DAHULU.

3. MENURUT SUMBER TERSEBUT, MEREKA YANG TERLIBAT DALAM MESYUARAT TERSEBUT TERMASUK DSSK MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA SEKIRANYA DSSK DIPINGGIR DARI JAWATAN PENGERUSI PERHUBUNGAN MAKA TINDAKAN MEMASUKI PKR AKAN DILAKUKAN.

4. SEHUBUNGAN ITU, DSSK MESTILAH MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB SUPAYA KELUAR DARI MAJLIS TERTINGGI UMNO DAN KEPIMPINAN UMNO MESTILAH MELAKUKAN PERUBAHAN SEGERA DENGAN MENGANTIKAN DATUK SERI MD ISA SABU DENGAN SYED RAZLAN SEBAGAI MB BARU PERLIS.

5. PERMAINAN POLITIK DSSK SUDAH DAPAT DIHIDU. SELEPAS INI DSSK AKAN MEMBERI KENYATAAN SUPAYA SEMUA AHLI UMNO YANG MASUK PKR KEMBALI KEPADA UMNO DAN SELEPAS ITU IMEJ DSSK AKAN DILIHAT SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI PENGARUH DAN SEPATUTNYA DILANTIK SEBAGAI MB PERLIS.

6. SUDAHLAH DENGAN MAINAN POLITIK MURAHAN ITU... KELUAR SAHAJA KERANA UMNO PERLIS AKAN KUKUH TANPA PERTUALANG YANG MENGUGUT PARTI UNTUK KEPENTINGAN DIRI.

3 comments:

PAKMALAU said...

Elok lah.Hari ni..masok, Esok keluar..Tulat Masuk balik.Parti Politik hari ni,lebih kurang macam JALANG lah juga.Lepas orang tu keluar,orang lain masuk pula,begiliar2 lah nak buat macam mana.Nak cari sedap dan kelainan sikit.Akhir2 sekali....Kita pun di CHOP peneroka JALANG.
Tapi bukan JALANG! Nasib baik dalam Agama tak boleh buat cam politik ari ni.Kalau boleh mungkin jadi cam ni….Hari ini..pi masjid..Esok jumpa kat Batu Cave,tanggong kavadi pulak dah? kita tanya..pasai apa jadi cam ni...mungkin dia akan jawab..tak bolih..dok dalam Islam,agama tak bagi tanggung Kavadi..aku pula..minat tangung2 cam ni.
Jumpa pula tahun depan ,siap pakai serban pulak dah!!...kita tanya dia pasai apa pulak? Dia, mungkin jawab,…Tak boleh tahan!! parti dulu …kena..turun api...cucuk lidah….cucuk sana,cucuk sini..”Hang boleh tahan? Dia pula soal kita..bukan kita soal dia.!!!
Mampuih dengan gelagat masuk,keluar.Keluar masuk parti, tak habih2 ..Jadi,biaq pi lah sapa nak..masuk atau keluar..jangan MURTAD sudah.

Anonymous said...

Kenapa hanya malaysiakini sahaja yang ketengahkan isu ini?Saya amat hairan sekali,pimpinan tertinggi UMNO seolah-olah tidak ambil peduli masalah politik Perlis ini.

Persoalan paling besar sekarang,siapa yang mampu membawa isu untuk menukar MB?Siapa yang mampu untuk melobi Dato Najib bagi pihak Tuan Chik?

Harus diingat,semua barisan EXCO Perlis bercita-cita untuk menjadi MB,walaupun kelulusan akademik yang tak seberapa.Mereka ini yang bakal menjadi duri dalam daging.

--anak kangar--

Lin said...

SALAM SDR PAKMALAU AND ANON:

JIKALAU DIAJUKAN KEPADA ANAK2 MUDA PERLIS DAN RAKYAT PERLIS UMUMNYA, DEPA AKAN BERKATA SESIAPA YANG MEMERINTAH TAK APA TAPI BUATLAH PEMBANGUNAN, BUKA BANYAK KILANG DAN PERKERJAAN DAN SEBAGAINYA... BUKANNYA BERGADUH SAMA PARTI... PASTU PAKAT KELUAR BILA TAK PUAS HATI.. PI DAHHHH

ITULAH DEPA AKAN CAKAP...

APALAH SALAHNYA DITUKAR AJE MB BARU DAN KITA BUAT BARU DENGAN LANTIK TUAN CHIK YANG MEMANG TENTU LAYAK DAN BOLEH BUAT KERJA...

TUAN CHIK PUN MEMANG AHLI KORPORAT KALAU NAK DIBANDINGKAN DENGAN AHLI POLITIK PERLIS YANG LAIN.. DAN

PASA KEWANGAN DAH BANYAK DIA ADA... SO TAK ADA MASA DIA NAK GASAK DUIT NEGERI PERLIS.. SEBAB PERLIS TU MEMANG DIA YANG PUNYA...

SO PEMIMPIN UMNO TOLONG BUAT KEPUTUSAN YANG BOLEH MENYELAMATKAN UMNO PERLIS SECEPAT MUNGKIN...

SALAM