Saturday, May 16, 2009

KALAU DAH AMAL RASUAH TU MENGAKU AJELAH KAN SEMUA PEMIMPIN PAS ULAMA MANA BOLEH MENIPU

(MAJLIS PAS KINI DIADAKAN DI HOTEL BERTARAF 5 BINTANG BUKANNYA DI MADRASAH ATAU MASJID)

Ketua ulama PAS diminta beri penjelasan


Abdul Rahim Sabri May 16, 09 6:09pm


MalaysiaKini - Dewan Harian PAS akan mendapatkan penjelasan daripada Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamed Daud Iraqi berhubung dakwaannya terdapat pemimpin parti itu cuba mempengaruhi perwakilan melalui penganjuran jamuan dan pemberian baju.Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, dewan itu bersetuju untuk mendapatkan penjelasan daripada Mohamad berhubung dakwaannya itu.


"Dewan Harian PAS telah bersetuju untuk memanggil Datuk Mohamed Daud Iraqi dalam satu mesyuarat khas Dewan Harian PAS, untuk memohon penjelasan berhubung dakwaan beliau."


Dan jika sekiranya beliau mempunyai bukti-bukti, kita akan panjangkan dakwaan tersebut untuk tindakan displin oleh jawatankuasa displin PAS, terhadap semua pihak yang terlibat."


Tak mengira sesiapa. Asalkan dia terlibat, baik cawangan sampai yang tertinggi, kita tak teragak-agak untuk mengambil tindakan," tegasnya dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.Husam berkata, Mohamed Daud akan dipanggil memberi penjelasan tersebut Isnin ini di pejabat agung PAS di ibunegara.


Belum buat keputusanMenurutnya, terdapat lima pemimpin menafikan berlakunya amalan tersebut antaranya Naib Presiden PAS, Ahmad Awang; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali.


"Walaupun mereka menafikan, tetapi kita nak bagi peluang kepada Datuk Mohamed Daud menjelaskan dakwaan beliau. Dan jika ada bukti kita akan panjangkan untuk tindakan."Dan jika tidak ada bukti, kita akan displinkan semua pihak dalam PAS tanpa mengira jawatan mereka," tambahnya.


Ditanya mengenai sama ada beliau berhasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu, Jun ini, beliau berkata:"


Saya masih lagi berpuasa. Tak baik suruh orang berbuka puasa".Beliau juga enggan mendedahkan jumlah pencalonan yang diperolehinya setelah diminta oleh para wartawan beberapa kali.


1. KALAU PARTI DAH BERKUASA DAN MAMPU MEMERINTAH BEBERAPA BUAH NEGERI MAKA AMALAN RASUAH SUDAH PASTI AKAN MENJULAR DALAM BARISAN KEPIMPINAN PARTI TERSEBUT...


2. MAKLUMLAH SEMUA PROJEK YANG MENJADI SUMBER KESENANGAN KINI DI BAWAH KUASA MASING-MASING... BEGITULAH YANG TERJADI DALAM KEPIMPINAN PAS..


3. WALAUPUN CUBA DINAFIKAN NAMUN BANGKAI GAJAH MANA BOLEH NAK DITUTUP DENGAN KERTAS TISU...


4. BAGI HUSAM MUSA, JANGANLAH KAMU BERLAGAK SEOLAH-OLAH KAMU BERSIH DARI AMALAN RASUAH ... KAJI DAN SELIDIKILAH DIRI KAMU... MUNGKIN KAMU LEBIH BURUK DARI YANG LAIN..


5. BAGI KEPIMPINAN PAS SELAMAT MEMBUAT PEMBERSIHAN DALAM RUMAH SENDIRI DAN JANGAN ASYIK NAK MELIHAT KEBURUKAN ORANG LAIN SEDANGKAN KAIN KAMU DIPENUHI DENGAN NAJIS...

2 comments:

Anonymous said...

hahaha... aku respect sama lu... pas...pas memang x berguna

Tungaklangit said...

pas memang sentiasa menipu rakyat untuk kepentingan politik semata-mata