1. Sekitar awal tahun 2003, saya berjalan-jalan di Jalan Ampang berhadapan dengan Hotel Nikko dan Ampang Kompleks, tiba – tiba saya terdengar jeritan meminta tolong dari seorang wanita dibelakang saya, secara spontan saya memandang kebelakang dan melihat dua orang lelaki memandu motosikal dengan laju..
2. Saya tanpa berfikir panjang menerajan motosikal peragut tersebut dan keduanya terjatuh dan secara tiba-tiba ramai orang yang lalu lalang mengerumuni peragut dan cuba memberkasnya.. malangnya seorang terlepas lari tapi seorang lagi menjadi lauk kepada penjalan kaki disitu..
3. Setelah teruk dibelasah.. peragut yang berasal dari Indonesia telah diserahkan kepada polis.. beliau menerima pukulan hebat hingga patah rusuk dan bengkak muka...
4. Wang mangsa dikembalikan dan peragut di bawa ke balai polis...
5. Dalam satu insiden yang lain, saya sedang memandu kereta di Jalan Pudu , tiba-tiba mata saya melihat dua orang muda bermotosikal merampas beg seorang wanita berdekatan bangunan MAGNUM dan Berjaya melepaskan diri... mangsa terpinga-pinga...
6. Dalam tahun 2007, isteri saya sendiri menjadi mangsa ragut dihadapan rumah oleh dua orang bermotosikal di Kajang dan mendapat kecederaan di siku.. peragut melepaskan diri...
7. Pengajaran yang saya perolehi dari insiden di atas ialah peragut adalah syaitan bertopengkan manusia dan mereka wajar dihukum hatta hukuman bunuh!
8. Bagi orang ramai selalulah berhati-hati dan peragut sentiasa berada di mana-mana hatta di kawasan orang ramai...
9. Bagi pemandu kenderaan janganlah memikirkan kecantikan kenderaan anda.. berilah bantuan dengan melanggar peragut yang melintasi di hadapan anda dan buatlah apa yang patut kepada mereka kalau dapat ditangkap...
No comments:
Post a Comment