Saturday, May 23, 2009

NIZAR - DUN PERAK: SAYA TERIMA KEPUTUSAN MAHKAMAH TAPI TETAP LAWAN


NIZAR WILL APPEAL FOR CASE TO BE REFERRED TO FEDERAL COURT

IPOH, May 22 (Bernama) -- Former Perak menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin today accepted the Court of Appeal's decision to declare Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir as the rightful Perak menteri besar. However, he said, he would file an appeal to the Federal Court - the highest judicial authority and the final court of appeal in the country. "I accept the decision and will submit an application to the Court of Appeal to have the case referred to the Federal Court," he told Bernama when contacted here today.

1. OH RUPANYA BEKAS MB PERAK SDR NIZAR MASIH TIDAK BERPUASHATI DENGAN KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH TIGA HAKIM MAHKAMAH RAYUAN..
2. KALU DULU KATA BELIAU AKAN MENYELESAIKAN MASALAH MB KEPADA MAHKAMAH UNTUK DIPUTUSKAN DAN AKAN PATUH PADA KEPUTUSAN MAHKAMAH.. KINI BELIAU GUNA MAHKAMAH UNTUK MENUNTUT SESUATU YANG BUKAN HAKNYA..

3. SAYA INGIN MENARIK PERHATIAN PEMBACA BAHAWA SIAPAKAH YANG MEMBERI SEMUA IDEA INI KEPADA SDR NIZAR? PEGUAMNYA? PEMIMPIN PUSAT PAS? SALAH...

4. YANG MENJADI DALANG DISEBALIK ISU MB DAN KES MAHKAMAH NI IALAH BRO ANWAR DAN SAUDARA BERKEMBAR NGA DAN NGEH..

5. SEBAB MEREKALAH YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DALAM ISU MB PERAK.. PAS CUMA ADA 6 KERUSI DAN DAP PULA ADA 17 KERUSI (SATU LARI JADI ADUN BEBAS).. SO SIAPA YANG MEMPUNYAI KERUSI ADUN BANYAK??? DAP LAH.
6. SDR NIZAR NI TAK TAHU BAHAWA BELIAU DIPERGUNAKAN OLEH DAP ATAU DIA SEDAR DAN MEMANG BERGANDING BAHU DENGAN DAP. MACAM MANA PENYOKONG ISLAM DALAM PAS DAN PKR TIDAK NAMPAK TRICK DAP NI... HATI MEREKA TAK TERBUKA KE NAK SELIDIK POLITIKING DAP DALAM POLITIK MALAYSIA???
7. LIHATLAH DENGAN MATA KEPALA SENDIRI DI MANA ADA NIZAR DI SITU ADA NGEH DAN NGA... SAUDARA SEKALIAN FIKIRKANLAH...


DALAM MESYUARAT NGEH MENJADI PENASIHAT

DALAM SAAT GENTIR..
NGA DAN NGEH MENJADI TEMPAT RUJUKAN

KETIAKA MENGADAP RAJA MUDA,
NGEH YANG DIBAWA SEKALI

KETIKA BERBINCANG..
HUJAH NGEH YANG DIDENGAR



KETIKA MENGHADAPI SAAT PENTING DI MAHKAMAH..
TANGAN NGEH YANG DIJULANG

APAKAH PAKATAN RAHSIA ANTARA NIZAR DAN NGEH????

27 comments:

Anonymous said...

kasi upgrade sket mentaliti lu bro...jgn hujah ikut TV3, utusan, berita hairan...guna akal bro...org semua dah bijak..lu bila lagi bro..

Tungaklangit said...

SDR ANON 1:11

INI BUKAN MASALAH NAK UPGRADE MENTALITI ATAU APA.. SETIAP ORANG MEMPUNYAI PANDANGAN DAN PENDIRIAN SENDIRI..

SAYA MENYUARAKAN ISU INI MENGIKUT SUDUT PANDANGAN DAN PENDIRIAN SAYA...

SAYA MENGHORMATI SAUDARA YANG MENYOKONG NIZAR DAN NGEH SERTA NGA... ITU URUSAN SAUDARA...

TAPI BANYAK DILUAR SANA YANG PERLU DIMAKLUMKAN PERKARA YANG SAYA RASA PATUT DIDEDAHKAN..

BELAJARLAH MENGHORMATI PENDAPAT ORANG..

Tungaklangit said...

OSP LUPA NAK MAKLUMKAN

SAYA DAH LAMA TAK BELI UTUSAN, BH DAN SEBAGAINYA

BEGITU JUGA TV3 , TV1 DAN SEBAGAINYA...

MAAF YA TUDUHAN ANDA SALAH

Anonymous said...

UNMO yang perintah 50 tahun kat perak tapi tak ada yang rakyat dapat...PR perintah tak sampai setahun kami rakyat dapat rasakan perubahan dan hak kepentingan rakyat dijaga...

Tungaklangit said...

UMNO PERINTAH 50 TAHUN DI PERAK.. PENGARUH KOMUNIS DIHAPUSKAN..AWAK DAPAT MENGIKUTI SEKOLAH DENGAN BANTUAN BUKU TEKS, MASUK UNIVERSITI ATAS DASAR BUMIPUTRA, HOSPITAL, MASJID DAN SURAU, BEKALAN AIR DAN API, KEMUDAHAN ASAS, BUKA KAWASAN PERUMAHAN MELAYU DAN LAIN2 BANGSA, BUKA KILANG BAWA MASUK PELABUR ASING SO THAT RAMAI ANAK MUDA SEPERTI KAMU BOLEH CARI MAKAN.. DAN BANYAK LAGI...

PR MEMERINTAH PERAK 11 BULAN APA YANG DIBUAT...

BERI TANAH 999 TAHUN KEPADA HAMPIR 110 BUAH KAWASAN KAMPUNG MELAYU BARU CINA.. KAMPUNG BARU MELAYU HANYA ADA TAK SAMPAI 15 SAJA.
NGA DAN NGEH ARAH NIZAR BELI CAMRY PAKAI DUIT KERAJAAN... BUAT HURU HARA DI ISTANA..MELAWAN ARAHAN RAJA ...

BANYAKL LAGI SUMBANGAN NGA, NGEH DN NIZAR YANG MENJAHANAMKAN RAKYAT PERAK...

ITU YANG KAMU BANYAK PERUBAHAN????

TAHUN BERAPA KAMU LAHIR DIK?

Anonymous said...

Mentaliti bro ni masih di takok lama@umno style..

Tungaklangit said...

KAMU NAK SURUH SAYA TUKAR MENTALITI BARU DENGAN SOKONG NGA DAN NGEH SERTA PERJUANGAN KOMUNIS...

ELOK SIMPAN SAJA MENTALITI KAMU TU..

Anonymous said...

tak pa la dia nak lawan .biaq pi la. itu hak dia ,tapi jgn la babitkan rakyat lg .masa pilihan raya ok la . ni rakyat nak pi motong pun susah nak keja pun susah . tak pi nanti kata tak sokong , kena pulau . jd kalau nak masuk keluaq mahkamah , ikut suka hang pa. itu la nak pesan pun

mR KimEy said...

Nizar sgguh kesian,dia baik tapi tue lah org exco2 yg wat dia jd kuarang menarik(paham2 lah ea)

Tungaklangit said...

SDR ANON 1:45

SDR SETUJU DGN SAUDARA BIAQPI LAH APA YANG DILAKUKAN... RAKYAT MEMPUNYAI HAK UTK PILIH SIAPA DEPA SOKONG... BN KE, PR KE DEPA PILIHLAH...

LA NI SIAPA YG DUDUK KERUSI MB TU SILA BUAT KERJA DENGAN SEBAIKNYA TANPA MEMINGGIR MANA2 PIHAK

Tungaklangit said...

SALAM SDR KEMY

ITULAH ORANG TUA DAH PESAN KALAU NAK KAWAN KENA PILIH YANG BAIK2 NANTI KALAU TERSALAH PILIH KITA PUN AKAN TERPALIK SAMA

Anonymous said...

sedara memang ahli umno yang sejati

Tungaklangit said...

SDR ANON 2:16

MENJADI AHLI UMNO BUKANLAH MENYEBABKAN PEGANGAN AGAMA ISLAM SAYA ROSAK SEBAB UMNO MEMPUNYAI CARA PENJUANGANNYA DAN BEGITU JUGA PARTI2 LAIN..

TETAPI KALAU SOAL AKIDAH DAN RUKUN ISLAM DIPERSOALKAN .. MAKA TAK KIRA AHLI PARTI MANA SEKALIPUN .. KITA WAJIB MEMPERTAHANKAN NUR ISLAM ITU SENDIRI..

SAYA MENGHORMATI APA KECENDURUNGAN PARTI YANG SAUDARA PEGANG

Fahri Abdullah said...

salam^_^

em
pndpat sy la kn
sbnrny awk xtau pn adakah benar nizar menerima arahan drpd ketua2 dap tu
ada bukti dia menerima arahan?
lagipun,nizar ini bertanding diatas tiket pas.
ya,benar,bertanding diatas tiket pas xsmstiny beliau jujur.tp.kte sbgai umat Islam mstilah sntiasa bersngka baik.insyaAllah semuany akn mnjd baik.

berdasarkn nizar menerima arahan ketua2 dap tu.dilihat sbg tidak logik.krn nizar sndri mmpunyai ilmu agama.

"Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri."

http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=353

^_^

Tungaklangit said...

SALAM SDR FAHRI

TERIMA KASIH ATAS PANDANGAN SAUDARA... TAPI SDR KENA LIHAT DARI SUDUT POLITIK BUKAN DARI SUDUT PEGANGAN AGAMA DAN SUMBANGAN SOSIAL BELIAU DALAM MASYARAKAT...

SAUDARA MASIH INGAT TAK SEMASA KRISIS PEMILIHAN MB PERAK SELEPAS MAC 2008? ADAKAH DAP MENERIMA NIZAR? TIDAK BUKAN..
KEMUDIAN MENGAPA NIZAR DITATANG DAN DIBELA OLEH DAP SEPANJANG BELIAU MENJADI MB?

SAUDAR LUPA KE YANG NIZAR TELAH MENGELUARKAN KENYATAAN BAHAWA PAS TIDAK BERHASRAT UTK MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM DI PERAK DAN MALAYSIA SEMASA SIDANG DUN PERAK BULAN JUN 2008.. CUBA RUJUK..

KEMUDIAN SAUDAR KENA INGAT INSIDEN 999... ITULAH ANTARA SEBAB MENGAPA DAP SUKA SANGAT DENGAN NIZAR... DI MALIM NAWAR LIHAT TANAH MELAYU DAN BELI OLEH GENG DAP.. PROJEK PERUMAHAN YANG MENJADI KUOTA BUMIPUTRA DITUKAR KEPADA UMUM ATAS ALASAN TIADA PEMBELI...
LIHAT KES PEMBELIAN CAMRY YANG MANA KEPUTUSAN AWAL HENDAK MEMBELI PERDANA TETAPI TUKAR BILA DUA DAP TU CAMPURTANGAN DAN SIAPAKAH YANG MEMBAWA MASUK CAMRY TU GENG DAP..

SAUDARA LIHAT SEBAGAI SEORANG ISLAM YANG TAAT PADA SURUHAN ALLAH.. APABILA BERLAKU SESUATU HAL MAKA KEPADA ALLAH DIA KEMBALI MEMINTA BANTUAN BUKANNYA MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN ISLAM DAN MASYARAKAT...

SECARA PERIBADI NIZAR MUNGKIN BOLEH TERIMA SEBAGAI INSAN YANG BAIK... TETAPI DARI SEGI POLITIK BELIAU MUDAH DIPERALATKAN OLEH DAP...

SAUDARA TIDAK LIHATKE TRANSKRIP ANTARA NGEH DAN NGA MEMBERI ARAHAN KEPADA SPEAKER SIVE???

SEDANGKAN SPEAKER DIA ORANG CONTROL INIKAN SDR NIZAR...

WALAU BAGAIMANAPUN.. TERPULANG KEPADA SESIAPA UTK MEMPERCAYAI ATAU TIDAK NIZAR MEMANG DIKUASAI OLEH DAP TU...

BAGI SAYA NIZAR MEMANG LEMAH DARI MENERIMA ASAKAN DAP DAN TIDAK PANDAI MENGATAKAN TIDAK KEPADA DUA BERADIK DAP NI..


SALAM

Ajer said...

Saudara Fahri,

biodata tu men copy and paste ker??hahaha
kita sememangnya patut bersangka baik...islam mengajar kita untuk menilai sendiri mna yang hak dan batil.kita nilai dgn mata, akal telinga dan semua pancaindera yg dianugerah oleh Allah. Justeru, penilaian oleh Tungaklangit adalah wajar sekiranya kita amati sendiri gambar2 tidak lupa juga bekas orang kuat PKR itu sendiri saudara Jamal yg sendiri mengatakan tidak tahan dengan perangai Nizar,Ngeh dan Nga. Klu tidak kerana Ngeh dan Nga mna mungkin org kuat PKR boleh keluar parti. Nampak tak sudut logik disitu.

Saudara,

Islam tidak pernah menghadkan sesiapa untuk mempelajari ilmu. Bahkan kita digalakkan menuntut ilmu dalam pelbagai bidang. Iqra adalah mesej pertama Al-quran kepada Nabi Muhammad SAW. Mempunyai ilmu Agama sahaja tetapi mengabaikan ilmu-ilmu lain mengingatkan kita kepada pemerintahan Al-Murabitun dan Al Muwahidun di Afrika Utara pada satu zaman dahulu. Mereka ini menggabaikan ilmu pengetahuan yang lain melainkan ilmu ilmu agama sewaktu pemerintahan mereka yang menjangkau ke wilayah Sepanyol. Atas dasar polisi mereka inilah menyebabkan secara praktikalnya Islam tidak mempunyai para saintis, cendikiawan yang ramai untuk menandingi kuasa barat yang semakin berpengaruh sewaktu zaman renaissance. Kerana kelekaan umat islam pada ketika itu untuk menuntut ilmu yang lain jugalah menyebabkan wilayah sepanyol jatuh ditangan tentera Katolik.

Justeru itu, saudara, setakat mempunyai kedalaman ilmu agama tetapi menidakkan ilmu-ilmu alam yang berkait dengan kekuasaan Allah SWT menyebabkan kita kehilangan maruah dan syiar Islam di Eropah.

Janganlah kita berbangga dengan hanya keariffan kita dalam agama, tetapi biarlah semua Ilmu Allah kita pelajari dan ini termasuklah sejarah Islam itu sendiri. Supaya kesilapan lepas tidak membelenggu kita pada masa hadapan.

Tungaklangit said...

KEPADA SEMUA YANG MEMBERI ULASAN SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH BAIK YANG MEBANGKANG ATAU MENYOKONG TAPI SEBAGAI ISLAM KITA JANGALAN BERPECAH BELAH DEK KERANA SALAH FAHAM MENGENAI POLITIK...

KITA SESAMA ISLAM NI MESTI ADA SEMPADAN UNTUK BERBALAH DALAM POLITIK... TAPI BAK PERSAUDARAAN ISLAM DAN KEMURNIAAN AGAMA KITA TAK KIRA APA PARTI PUN MESTI BERSATU MENENTANG MANA - MAN PIHAK YANG INGIN MENYERANG ISLAM ITU SENDIRI...

CONTOHNYA ISU HINDRAF TAK KAN PAS DAN PKR NAK DIAM... KES CHIN PENG TAK KAN PAS DAN PKR NAK SOKONG DAP JUGAK..

HA YANG ITU KITA KENA BERSATU... KALAU PEMIMPIN KITA TAK BERSATU KITA MESTI BERSATU SEBAGAI SAUDARA ISLAM... MACAM MANA SEMUA

KAPITAN MELAYU said...

Salam buat Tunjanglangit...

Bukan MB Nizar sorang aje tak puas hati ....ramai lagi rakyat Perak juga tidak puas hati

Tengok bila Zambry buat rayuan....kejap aje berbanding dengan MB Nizar..itu satu

Kedua nya kita perlu TELUS

Tok Ketua anda war warkan 1 Malaysia

Apa MB Nizar buat bukankah kearah itu

Lagipun kita kena kajiselidik PUNCA yang mengakibatkan berlaku kes kes ini...

Masaalah perlantikan MB Nizar pun dari awal DYMM Tuanku Sultan yang berkenaan....

Apabila timbul insiden...barulah DYMM Tuanku Sultan lantik Zambry...itupun kerana ada agenda tersembunyi....kebarangkali DYMM Tuanku pun tidak tahu...

Ini semua di sebabkan YB YB yang bermasaalah
dirampok dan jadilah mereka PEMBELOT...dan mereka ini sangat bahaya bagi BN dan PR

Berpaling tadah demi kepentingan peribadi mereka ...dan rakyat dah tahu

Dan BN menangguk di air yang keroh

Dan di atas keGOPOHan dan keKALUTan dimana mana BN mendorong ramai orang serta pihak Istana terlibat secara langsung...

Itu jelas nampak dan itulah sebabnya tiada serah menyerah tugas resmi MB tajol ke MB Nizar sebaik saja BN tewas PRU 12 di negeri Perak.....

Tolong jauhkan isu perkauman serta ala komunis tu..

Dan masalah apajua pengagihan jangan pandang sebelah mata saja...

Sebaik baik jalan BUBARKAN DUN,,,buka BUKU BARU

Baik BN atau PR kerja kuat,,,,dapatkan sokongan rakyat...

Tentang pelantikan MB bior DYMM Tuanku Sultan

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

Wallah Hualam

Ajer said...

Saya Setuju!
Kita Bersatu!
Tanpa SEBARANG PRA-SYARAT!
AYUH KITA BERSATU!

Tungaklangit said...

SAUDARA KAPITAN MELAYU

SAYA HORMAT PANDANGAN SAUDARA TAPI TAK BERMAKNA SAYA BERSETUJU SEMUANYA...

PADA PANDANGAN SAYA... ELOK KALAU PAS DAN UMNO BERUSAHA UNTUK MEMBANTU ANTARA SATU SAMA LAIN DALAM HAL-HAL YANG MENYENTUH KEDUDUKAN KITA DI MALAYSIA TAK KIRALAH HAL AGAMA KE, PENDIDIKAN, PENBANGUNAN DAN SEBAGAINYA...

UNSUR KOMUNIS NI SDR KAPITAN TAK TAHU SEJARAHNYA...

KOMUNIS ERA SELEPAS PERANG DUNIA KE2 ADALAH KOMUNIS PKM TAPI SELEPAS ERA 1969 ADALAH KOMUNIS YANG DISOKONG OLEH DAP... ITU SDR KAPITAN KENA TAHU...

BAGI MEREKA YANG MEMPUNYAI PENDIDIKAN TINGGI MEREKA AKAN MEMASUKI DAP SEBARANG PLATFORM UTK BERJUANG DAN YANG TIDAK PANDAI MEREKA MASUK HUTAN ANGKAT SENJATA...

KENAPA MEREKA BERTINDAK BEGINI? KERANA DAP MEMAINKAN SEMANGAT KECINAAN DI SEKOLAH CHUANG WHA ATAU SEKOLAH CINA YANG LAIN DENGAN MENGATAKAN ORANG CINA RAMAI MATI DIBUNUH OLEH ASKAR DAN POLIS... INI ADALAH FAKTA YANG RAMAI TIDAK KETAHUI...

SO KALAU KITA NAK BIARKAN SEMANGAT BANGSA DAN KOMUNIS INI DITOLAK KETEPI... TINGGAL APA KITA NANTI?

BAGAIMANA DENGAN ANAK CUCU KITA NANTI???

SDR KAPITAN FIKIRKANLAH DENGAN SEBAIKNYA

Tungaklangit said...

SALAM UNTUK SEMUA

1. SATU NASIHAT IKHLAS INGIN SAYA SAMPAIKAN KEPADA SEMUA PEMBACA...

2. APAKAH TUJUAN KITA DILAHIRKAN DI DUNIA INI?

3. BERAMAL IBADAT DAN MENGIKUT SURUHAN DAN PERINTAH ALLAH DAN DALAM MASA YANG SAMA KITA JUGA DITUNTUT SUPAYA MENYEDIAKAN BEKALAN DAN KEPERLUAN SEADA YANG MUNGKIN... BETUL?

4. SELAIN ITU KITA DITUNTUT SUPAYA MELAKSANAKAN FARDHU KIFAYAH SELAIN FARDHU AIN.. BETUL?

5. BETULKAH SEGALA REZKI UNTUK KITA TELAH ADA DISEDIAKAN OLEH ALLAH?

6. BETUL BUKTINYA... NASI LUNCH YANG KITA MAKAN TU SILA TENGOK.. IKAN DARI LAUTAN MANA? BERAS YANG MENJADIKAN NASI DARI TANAH MANA? GARAM YANG DIGUNAKAN DARI BUKIT MANA? SAYUR YANG DIMAKAN DITANAM DIMANA? DAN SEBAGAINYA...

7. TERFIKIRKAH KITA BAHAWA KESEMUANYA ITU TELAH DITULIS DALAM KITAB ALLAH BAHAWA IANYA ADALAH MILIK KITA? TAK AKAN ADA ORANG LAIN YANG DAPAT MENGAMBILNYA SEKIRANYA IANYA MILIK KITA...

8. DALAMKEHIDUPAN KITA SEKARANG... WALAU APA SEKALIPUN YANG BERLAKU DALAM DUNIA POLITIK... JANGANLAH KITA TERLAMPAU MENGAMBIL BERAT SEHINGGA LUPA KENAPA KITA ADA DI DUNIA INI... SEKADAR MENGAMBIL TAHU DAN MEMBERI NASIHAT DAN PANDANGAN IKHLAS TIDAKLAH MENGAPA.. TAPI SEHINGGA MENGUTUK, MENGKAFIR DAN MENGKUFURKAN ORANG LAIN... ITU RASA DAH TERBABAS..

9. MAKA OLEH ITU SEKALI LAGI SAYA MENYERU ... PADALAH SAUDARA ISLAM KITA DENGAN PANDANGAN KASIH SAYANG WALAUPUN MEREKA MELAKUKAN KESALAHAN PADA KITA KERANA MEREKA TIDAK TAHU DAN KITA PERLU MENGAJAR DAN MENASIHATKAN MEREKA.. SELEBIHNYA TERPULANG PADA ALLAH...

10. APA YANG NAK SAYA KATAKAN DI SINI IALAH KITA SESAMA ISLAM JANGANLAH BERPECAH BELAH... KALAU TERSELISIH FAHAM SEKALIPUN INGATLAH KITA BERSAUDARA DAN MESTI MEMBANTU SAMA KITA DAN INGAT KAFIR SENTIASA INGIN MENYESATKAN KITA... HAL HIDAYAT NI URUSAN ALLAH KITA SEBAGAI UMAT MUHAMAD MESTILAH MENUNJUKKAN TAULADAN YANG BAIK KEPADA SEMUA MANUSIA..

SALAM

KAPITAN MELAYU said...

Memang betoi...apa yang tunjanglangit memperjelaskan..

Tapi adakah...UMNO tu MELAYU
MELAYU TU UMNO
PAS TU ISLAM
ISLAM TU PAS
DAP TU CINA
CINA TU DAP..selama lamanya???


sekarang kita telah 52 tahun merdeka dan nak masuk ke 53 pun tak lama lagi

saya bangkitkan isu komunis tu bukan apa
kita kena peka ke sensitiviti kaum...
memang saya tidak tahu SEJARAH tentang bab bab komunis WALAUPUN saya ni kapten besara ??
tapi saya pernah berjumpa RASHID MAIDIN dan beberapa lagi bekas bekas komunis tu....tapi
apakah tujuan asal perjuangan mereka,,hingga masa kini adakah lagi agenda mereka...buat pengetahuan, pemantauan dibuat "round the clock" oleh pihak berwajib...

Apa yang perlu,,,jagalah sensitiviti dalam hal hal yang berkaitan...pada semua orang

Apa yang kita perlu bimbangkan agenda kita sendiri...masaalah MELAYU juga kearah mana anak bangsa kita..pendidikan adalah harta dlm segala hal...bagi ORANG MELAYU sekarang
itu adalah harta pusaka anak cucu kita yang SEBENO nya..

Kita perlu cemburu atas akedimik mereka
Kita perlu cemburu atas kejayaan ekonomi juga
Kita perlu cemburu atas cara pembangaunan yang mereka buktikan

MODEN DI BELA...ISLAM DI DIDIK

Bela dengan maksud pemantauan jangan melanggar tatasusila adap sopan

Carilah jalan yang terbaik...

Sesungguhnya Allah jua Maha Mengetahui

Wallah Hualam

Tungaklangit said...

SALAM SDR KAPITAN MELAYU YANG DIKASIHI

KALAU BEGITU ADANYA SAYA BERSETUJULAH DENGAN SAUDARA.. SAYA FAHAM MAKSUD SAUDARA TU

SEMOGA ALLAH MERAHMATI SAUDARA DAN SEKELUARGA

AMIN

Anonymous said...

pada saya sebenarnya kita yang beragama islam ni hanya menghabiskan masa dan tenaga dengan menuduh sesama kita.....yang untung sapa????klu tak bangsa len....sepatutnya kita bersatu......agaknya kita ni tak pandai nak ambil iktibar.....bila dah terantuk baru nak terngadah....Ambil petikan dari mantan PM kita yang ke-4....."MELAYU MUDAH LUPA"......Nizar sepatutnya redha.....nak lawan buat apa.....rakyat perak juga yang pening kepala.....sekejap menteri PR sekejap ment BN...penin2.....tapi One more things..pengajaran yang plng besar dalam isu perak ini adalah pada penasihat Parti Kedegilan Rakyat.....konon nak pancing ahli BN untuk melompat parti....last2 yang lompat pun dah sedar yg dia silap langkah....yang dok ada pun join sama.....ikut undi tak percayaa......biar apa pun yang pasti ANWAR IBRAHIM adalah perosak bangsa melayu dan islam itu sendiri....napa tak pecaya ker????anwar ker lip sin png mengatakan yang dia bukan org melayu...klu dah camtu anwar tu bangsa apa erk.....????pk2kan sendiri......saya cakap bukan kerna saya ni pro BN atau apa....tapi saya adalah rakyat yang senantiasa berpikiran hanya dengan bersatu padu kita melayu takkn dijajah...ingat kata hang tuah...takkan melayu hilang kat dunia...mmmg melayu tak ilang tapi yang hilang adalah maruah bangsa MELAYU itu send........

-mis

Tungaklangit said...

salam mis yang dikasihi

saya berdoa semoga ramai lagi anak2 melayu yang berjiwa seperti mis ni... tak kira parti apa sekalipun tapi tahu dan mengerti yang baik dan buruk

saya doakan kebahagian rahmat Allah untuk mis sekeluarga aminn

Tok Man said...

Sekali air bah, sekali pantai berubah
kehidupan adalah suatu kitaran
tiada yang kekal di mukabumi ini

Tungaklangit said...

sdr tok man

sdr adalah seorg yang mempunyai pegangan hidup yang jelas dan harap tok man dirahmati Allah... janganlah politik mengasingkan kita sesama Islam