Monday, May 25, 2009

POLITIK PERLIS: SUATU TINDAKAN DRASTIK PERLU DIAMBIL

Penyokong 'rasa tertipu' mainan Umno

KERETAKAN ANTARA RADZI DAN SHAHIDAN TIDAK BOLEH DIPERBAIKI LAGI

Muda Mohd Noor May 25, 09 5:28pm


“ Bekas ketua penerangan Umno Perlis mendakwa ramai ahli parti itu termasuk di kalangan Pemuda bersedia meninggalkan parti itu jika beliau berbuat demikian. "Respons awal ialah mereka akan meneliti perkara itu dan sedia bersama saya. "Mereka berkata kalau Datuk Hashim lompat, mereka akan lompat juga," kata Datuk Hashim Suboh hari ini. Beliau mendakwa, kebanyakan mereka juga "berasa tertipu" dengan permainan politik Perlis sekarang bawah barisan kepemimpinan baru sejak Mac tahun lalu. .”....

..” Beliau juga mendakwa, ketua penerangan Umno negeri yang baru Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad "tidak pandai menjalin hubungan dengan orang lain"....."Umno Perlis menjadi kacau bilau kerana tindakan-tindakan bekas setiausaha agung Umno itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini..”


1. DALAM POST SAYA SEBELUM INI YANG BERTAJUK “ POLITIK PERLIS: LANTIK AJE SYED RAZLAN” TELAH MEMBICARAKAN PERMASALAHAN SEBENAR DALAMAN UMNO DI PERLIS..

2. UNTUK MAKLUMAN UMNO PUSAT, SELAGI ADA DATUK SERI SHAHIDAN KASIIM DAN DATUK SERI RADZI MAKA UMNO PERLIS TIDAK AKAN AMAN DAN AKAN MEMBAWA MALA PETAKA KEPADA PERSEDIAAN UMNO DALAM MENGHADAPI PRU 13 KELAK.

3. SELAGI MASA YANG ADA INI, SAYA CADANGKAN SUPAYA NAMA SYED RAZLAN DIANGKAT UNTUK MENGANTIKAN DATUK SERI MD ISA YANG KURANG SIHAT DAN DIKONTROL OLEH DATUK RADZI.. UMNO PUSAT PERLU PEKA PERMASALAHAN INI..

4. KEMELUT YANG BERLAKU BUKAN SEHARI DUA INI... IANYA BERLAKU SEBELUM PRU12 LAGI DAN JIKA TIDAK DIKAWAL DENGAN BAIK MAKA UMNO MUNGKIN AKAN TERSUNGKUR DI NEGERI PALING UTARA DI MALAYSIA.

5. KETEPIKAN SOAL SAMADA DIA ADINDA RAJA PERLIS ATAU APA.. MENGAPA NAK DINAFIKAN HAK BELIAU DALAM POLITIK SEKIRANYA BELIAU LAYAK DAN DIPERLUKAN DALAM SUASANA POLITIK YANG TIDAK MENENTU DI PERLIS SEKARANG.

6. DENGAN KEDUDUKAN BELIAU SEKARANG, SAYA PERCAYA TUAN CHIK MAMPU MEMBAWA PEMBAHARUAN DAN PERPADUAN UNTUK NEGERI PERLIS DAN UMNO SENDIRI.

7. SEKADAR PANDANGAN PERIBADI

2 comments:

zedmagel said...

Bro Tungaklangit,

Begitu terukkah perlis?, waaaah gawat nampaknya BN sekarang. Apa nak jadi bro?

Tungaklangit said...

bro zed

perlis sebenarnya tidak banyak kerusi MP hanya ada 3 sahaja tapi dari segi maruah kita perlu pertahankannya...

masalah di perlis ini adalah antara group shahidan an radzi... MB md isa tersepi ditengah dan tak berfungsi kerana masalah kesihatan... isteri md isa ni pun lebih sudu dari kuah jugak.. semua org perlis tahu hal ni...

kalau dilantik tuan chik (syed razlan) hanya utk tempoh sebelum pru 13 maka rasanya ada masa utk UMNO pulih secara dalaman dan baru boleh menghadapi PR dalam PRU 13

Syed Razla ni bukan calang2 orang, pandai tarik business dan beliau jugak bukan nak ambil kesempatan ke atas post sebgai MB sebab negeri perlis dia yang punya..

so eloklah kita lantik dia dan suruh org muda pegang lepas PRU13 dan dia kita letakkan di kerusi Parlimen

salam Bro Zed