Friday, May 29, 2009

POLITIK PERLIS: UMNO PUSAT MESTI AMBIL TINDAKAN PULIHKAN UMNO PERLIS


UMNO BERGADUH – PKR TAMBAH CAWANGAN

PEMIMPIN UMNO PERLIS: JANGAN DISEBABKAN PERSELISIHAN FAHAM SANGGUP MENGADAIKAN PERJUANGAN - ATAU KALIAN MEMANG TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT JUANG UMNO

1. PADA 29 MEI 2009, MALAYSIAKINI MELAPORKAN PKR AKAN MEMBUKA CAWANGAN KE-ENAM DI PERLIS EKORAN KEMASUKAN AHLI UMNO (PENYOKONG DATUK SERI SHAHIDAN KASSIM – DSSK) YANG TIDAK BERPUSAHATI DENGAN KEPIMPINAN MB DS MD. ISA SABU DAN CAMPURTANGAN DATUK SERI RADZI DALAM PENTADBIRAN NEGERI. PKR KINI TELAH BERJAYA MEMBUKA 3 CAWANGAN DI PARLIMEN KANGAR, SATU MASING-MASING PARLIMEN PADANG BESAR DAN ARAU.


2. DI DUN SENA, PARLIMEN KANGAR SERAMAI 160 PENGUNDI CINA TELAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI PKR. SEMALAM SERAMAI 470 AHLI UMNO DI ADUN KUALA PERLIS TELAH MENYERAHKAN BORANG AHLI KEPADA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM (DSAI). SERAMAI 950 AHLI BARU TELAH MEMASUKI PKR SEJAK BERLAKUNYA KEMELUT POLITIK ANTARA DSSK VS DS MD. ISA 9 DS RADZI).



3. KINI DATUK HASHIM SUBOH BELUM LAGI MEMBUAT KEPUTUSAN LAGI UNTUK MEMASUKI PKR TETAPI USAHA KEARAH TERSEBUT AMAT JELAS SEJAK KEBELAKANGAN INI.

4. PERMASALAHAN UTAMA YANG MELANDA UMNO DI PERLIS ADALAH EKORAN KRISIS PERLANTIKAN JAWATAN MB YANG MANA PENYOKONG DSSK TIDAK BERSETUJU DENGAN KEPUTUSAN MENGENEPIKAN DSSK DAN MELANTIK DS MD. ISA SABU. WALAUPUN TERDAPAT PERSETUJUAN SULIT DIANTARA PEMIMPIN UMNO PERLIS IAITU DSSK AKAN MENGOSONGKAN JAWATAN MB DAN AKAN DISERAHKAN KEPADA ADINDA RAJA PERLIS SYED RAZLAN SELEPAS DUA TAHUN MEMEGANGNYA.

5. TETAPI KENYATAANNYA INI TIDAK BERLAKU KERANA BERLAKU TIDA PUASHATI DALAM KUMPULAN DS RADZI DAN TIDAK SEMENA-MENA NAMA DS MD. ISA SABU DINAIKKAN SEBAGAI MB.

6. WALAUPUN SEMUA RAKYAT PERLIS TAHU BAHAWA MD ISA SABU MEMANG TIDAK MAMPU UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS MB DAN DARI SEGI KESIHATAN BELIAU MEMANG TIDAK LAYAK... NAMUN CAMPURTANGAN BOSS BELIAU IAITU DS RADZI MENYEBABKAN BELIAU TERPAKSA AKUR...

7. BAGI MENYELESAIKAN KEMELUT SELAGI MASA ADA, KITA BALIK BALIK KEPADA PERANCANGAN ASAL DENGAN PAK LAH IAITU MELETAKKAN TUAN CHIK SEBAGAI MB DAN INSYALLAH TUAN CHIK MAMPU MENENANGKAN KEADAAN YANG SEDANG BERGELORA INI.

GANTIKAN TUAN CHIK SEBAGAI MB


8. RAKYAT PERLIS MAHUKAN PERUBAHAN BUKAN PERMUSUHAN – TUAN CHIK SEBAGAI MB BARU....

No comments: