Tuesday, May 26, 2009

RASUAH POLITIK PAS: ULAMA CAKAP BERBELIT

UST. DAUD IRAQI TUKAR KENYATAAN SETELAH DIMINTA MENGADAP DEWA HARIAN PAS PUSAT
Isu politik wang hanya mainan media

Khairul Azlam Mohamad
Mon May 25, 09

DUNGUN, 25 Mei (Hrkh) - Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Muhammad Daud Iraqi menafikan membuat kenyataan wujudnya politik wang dalam PAS menjelang Muktamar Tahunan PAS Pusat Jun ini. Apa yang pasti, kenyataan beliau hanya berbentuk nasihat serta peringatan agar tidak berlaku kejadian seumpama itu dalam PAS. Menurutnya, pihak media sengaja membuat laporan yang menggambarkan seolah-olah wujud politik sogokan dalam PAS.

Mari kita bandingkan dua kenyataan berbeza dari mulut ust. Daud Iraqi:

Kenyataan 13 Mei 2009 - Malaysiakini

“ Mohamed bimbang, jika profesional yang memimpin parti itu, mereka hanya mahu mengejar kedudukan semata-mata tanpa mementingkan parti yang berjuang mengikut teras Islam. Bernama juga melaporkan, beliau melahirkan rasa kecewa terdapat unsur-unsur mengejar jawatan secara tidak sihat seperti menghadiahkan baju dan mengadakan majlis makan kepada perwakilan semata-mata mahu dipilih sebagai calon. "Memanglah dah bagi baju, dah sudah kenyang makan, boleh menanglah calon itu tetapi budaya ini sangatlah tidak sihat dan kita mahu ia dihentikan segera," katanya seperti dilaporkan.”

UST. DUAD IRAQI BERKATA PADA 25 Mei 2009 HarakahDaily.Net

"Saya tidak buat kenyataan. Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa ada sogokan wang. Cuma saya telah menasihatkan kawan-kawan dalam (Dewan) Ulama jangan jadi ada (sogokan) seperti bagi baju atau bagi apa-apa dalam masa pemilihan menjelang Muktamar Tahunan PAS akan datang," jelasnya ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Terengganu di Dewan Darul Bayan Pinang Merah, Paka, Dungun baru-baru ini.
APA KATA HUSAM MUSA:

MALAYSIAKINI – 16 MEI 2009

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, dewan itu bersetuju untuk mendapatkan penjelasan daripada Mohamad berhubung dakwaannya itu.

"Dewan Harian PAS telah bersetuju untuk memanggil Datuk Mohamed Daud Iraqi dalam satu mesyuarat khas Dewan Harian PAS, untuk memohon penjelasan berhubung dakwaan beliau."

Dan jika sekiranya beliau mempunyai bukti-bukti, kita akan panjangkan dakwaan tersebut untuk tindakan displin oleh jaw Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, dewan itu bersetuju untuk mendapatkan penjelasan daripada Mohamad berhubung dakwaannya itu.

"Dewan Harian PAS telah bersetuju untuk memanggil Datuk Mohamed Daud Iraqi dalam satu mesyuarat khas Dewan Harian PAS, untuk memohon penjelasan berhubung dakwaan beliau."

Dan jika sekiranya beliau mempunyai bukti-bukti, kita akan panjangkan dakwaan tersebut untuk tindakan displin oleh jawatankuasa displin PAS, terhadap semua pihak yang terlibat."

1. MACAM MANA DENGAN PENDIRIAN ULAMA PAS NI???
2. SEKEJAP CAKAP LAIN SEKEJAP BENDA LAIN???
3...LAIN KALI KALU DAH TAU SILAP AWAL -- AWAL BETULKAN MEDIA.. KENAPA NAK TUNGGU SAMPAI SEKARANG BARU NAK ULAS BALIK... KE KENA WARNING???
4. TAKUT KEDUDUKAN DALAM PAS TERGUGAT DAN ELAUN TERCAMPAK???
5. NILAH ULAMA AKHIR ZAMAN YANG DIPERKATAKAN OLEH NABI KITA RASULLULLAH YANG MANA MEREKA BERANI MENJUAL AGAMA DENGAN DUNIA...
MASYALLAH

3 comments:

buaya said...

salam ziarah..
sy menjemput saudara menjadi follower sy k..
jika saudar sudi...

wasalam...

selamat berjuang

buaya said...

ni blog sy

http://www.buaya-merah.blogspot.com

Tungaklangit said...

SALAM CROC

INSYALLAH