Tuesday, May 19, 2009

SIRI LIMA: PEMBONGKARAN KEMUNGKARAN DALAMAN PAS


SIRI 5 CONTOH PENIPUAN PEMIMPIN PAS

1. Pemimpin Pas, katanya, gagal untuk menurut kehendak agama setelah diberi sedikit kuasa oleh ALLAH SWT. Jelasnya, agama menjadi terpinggir di bawah PAS. Dan akhirnya Pas gagal menemui jalan kebenaran setelah diuji dengan sedikit kuasa.

2. Penyelewengan Wang Kutipan Derma - Sebagaimana yang termaklum dalam PAS kutipan derma adalah dikira amalan biasa, penyokong-penyokong PAS sangat gemar menghulurkannya. Sifat seperti ini hampir-hampir sama pada zaman Rasulullah s.a.w tetapi apa yang mendukacitakan derma-derma tersebut betulkah dipergunakan mengikut apa yang sepatutnya?

3. Sebagai contoh, di sini dinyatakan antara derma-derma yang dipungut dan boleh dicurigai pelaksanaannya.

3.1 Derma jihad dalam Ijtimak PAS Kok Lanas yang berpuluh-puluh ribu ringgit itu, di manakah wang derma jihad PAS yang dipungut begitu banyak? Adakah dibentang penyatanya ?

3.2 Wang Derma Pilihanraya Kecil Grik, Ustaz Omar Khalid telah melihat dengan matanya sendiri bahawa orang yang diamanahkan untuk menyerah wang tersebut telah mempergunakan wang derma tersebut bagi membayar hutang peribadinya sendiri. Ustaz Omar Khalid telah bertanya kepada individu tersebut pada waktu itu, kenapakah dipergunakan wang derma daripada orang ramai untuk membayar hutang peribadi ? Lantas beliau menjawab: "Apa salahnya! Saya sekarang adalah PAS, PAS adalah saya, tidak salah dipergunakan untuk PAS ".

3.3 Lebih kurang 10 hari sebelum tahanan ISA (Operasi Lalang) dikenakan ke atas Ustaz Omar Khalid dibebaskan daripada Kem Tahanan Kemuntimg, satu kutipan derma secara besar-besaran dianjurkan di Dewan Zulkifli bangunan PAS Kota Bharu, Kelantan, apa yang Ustaz Omar Khalid tahu wang yang berpuluh-puluh ribu itu tidak diberi kepada yang berhak menerimanya termasuklah Ustaz Omar sendiri. Sehingga sekarang derma khas tersebut tidak diterima olehUstaz Omar Khalid dan tahanan-tahanan ISA lain.

3.4 Pada suatu ketika (lebih kurang 1 0 tahun dulu) dalam PAS telah ditubuhkan satu institusi kewangan yang dinamakan "Darul-Mal", berjuta-juta wang terkumpul, seluruh penyokong PAS dikerah agar menyumbangkan sebanyak mungkin di dalam tabungan tersebut, ada di antara ahli atau penyokong PAS yang telah menjual tanah, menjual barang-barang yang berharga dan mengambil segala wang yang ada di bank-bank lain untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan Darul-Mal. Apakah yang terjadi sekarang ? Sesungguhnya wang tersebut telah hilang dan mati tanpa berkubur. Suatu tindakan undang-undang kepada pelaku sehingga kini belum ada kedengaran.

3.5 Inilah cara pemimpin PAS memimpin parti dan inilah puak yang akan memerintah Malaysia secara lslam sekiranya parti PAS menang. Sewaktu berceramah atau mengajar/kuliah pemimpin PAS mengajar bukan main lagi, mereka mengajak kita melakukan keadilan dan mestilah mengikut cara Nabi s.a.w yang akan memotong tangan anak baginda Fatimah sekiranya mencuri, tetapi belum pun memerintah negara hanya sekadar memerintah parti atau memerintah sebuah negeri Kelantan sahaja sudah tidak mahu menjalankan keadilan sekurang-kurangnya menyeret mereka yang bersalah ke muka pengadilan mahkamah bagi melambangkan keadilan buat sementara waktu sebelum berjumpa mahkamah Allah. Tindakan seperti ini tentu boleh menolong menyedarkan orang PAS lain daripada melakukannya.

3.6 Di Kampung Jabi, Besut, Terengganu, pemimpin PAS membuat pakatan bagi pelaksanaan perkampungan Islam seluruh penyokong PAS diajak agar memenuhi rancangan ini. Penyokong-penyokong PAS menerimaya dengan suatu hakikat pengajaran Islam yang baik dan mereka pun mengikislah harta masing-masing bagi menyokong rancangan tersebut. Pemimpin PAS telah menjual tanah yang dipecahkan lot secara persendirian kepada ahli-ahli atau penyokong PAS, apakah yang tedadi sekarang ? Rancangan tersebut nampaknya terbengkalai.
SAUDARA - SAUDARA YANG MASIH MEMPERCAYAI BAHAWA PEMIMPIN PAS ITU ADALAH SEORANG ALIM DAN ULAMA... SELEPAS MEMBACA PEBGAKUAN USTAZ OMAR INI, BUATLAH PENILAIAN SENDIRI JANGAN MENYOKONG TANPA SEBARANG PENDIRIAN KERANA KEBODOHAN KITA TIDAK AKAN MEMBANTU KITA MENYELAMATKAN DIRI KITA SETELAH BERLAKU SEBARANG KEBURUKAN.

8 comments:

misslinda said...

aiii too...
actually i neh x bapa taw pkmbgan smasa sb jrg bca pper...bila jmp blog camneh rasa besh lak...suka bca blog dr pper...hehe...pe pun trskan pjuangan u neh....


idup umno!!!!


^_^

Tungaklangit said...

misslinda

banyak lagi blog yang boleh saudari lawat dan mendapat info yang betul tapi kalau pergi ke bilik sebelah tu ingat2 sikit takut termakan fitnah mereka..

lov from Seoul

Perjuangan Bangsa said...

wahai saudara/saudari huhuhu... cam ne nak hubungi dia ni... nak mintak artikel pasal pembohongan pas yg bnyk siri tu..... kalau de masa tulun send eh pass kat saya

khairulazwadi@yahoo.com

nak kumpul sambil tambah ilmu....

Tungaklangit said...

insayalah bro Khairul

saya akan forwardkan untuk simpanan saudara

salam

mR KimEy said...

hmmm aku mintak sgt2 blog mcm nie diperbanyak kan..ramai sgt belia2 ipt yg dah beralih arah..utuk ke party lain...

pemimpin umnno perlu meyakinkan kembali kepada belia utk sokong ummno balik...

hidup ummno

Tungaklangit said...

SALAM BRO MR KIMEY

UMNO SEBENARNYA SATU PARTI YANG MURNI..
CUMA KITA MINTA PEMIMPIN ATASAN MESTILAH KEMBALI KEPADA PERJUANGAN ASAL..
JANGAN DIKEJAR KEKAYAAN SEBAB KALAU DAH DITAKDIRKAN KITA MENDAPAT REZKI MAKA AKAN DAPATLAK KITA..
JANGAN BEREBUT JAWATAN.. ITU MERAMPAS HAK ORANG NAMANYA..
SEMOGA UMNO KEMBALI SEPERTI ASAL
DOAKANLAH

mR KimEy said...

salam bro...

pemimpin atasan terlalu bgs..
aku sebagai rakyat perak berterima kasih dkt dr zamry Mb perak sbb banyak yg dia telah turun seperti td aku mohon lesen perniagaan sementara yg dulu kena beratus ringgit tepi beliau dah turun hanya bayar rm11 sahaja.

yg perlu ubah adalah org yg bwh2 yg terlalu tunjuk kepala..maksud aku diorg penting kan project...aku harap sgt2 najib dapat turun kebwh tgk setiap kawasan adun apa yg diorg buat utk rakyat.ummno perlu segera memikat hati rakyat.

mR KimEy said...

ada blog perdana menteri tak??