Saturday, May 23, 2009

USTAZ HARUN DIN SALAH TAFSIR MIMPI

INI DIA MUSUH DALAM SELIMUT PAS! BUKAN UMNO
MALAYSIAKINI: 'Waspada musuh dalam selimut PAS'


May 23, 09 6:30pm

PAS harus berhati-hati terhadap usaha "musuh dalam selimut", termasuk yang ditaja oleh Umno atau negara asing, dalam kalangan pemimpin yang bakal menguasai pucuk pimpinan parti. Dalam amarannya itu, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata musuh-musuh parti itu berpeluang menaikkan pemimpin tertentu melalui liputan meluas di media seperti yang terjadi menjelang muktamarnya, awal bulan depan.

"Faktor kemenangan dalam pemilihan parti ialah kekerapan liputan dalam akhbar seperti Harakah dan Siasah atau media-media lain. "Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti," katanya di seminar sehari kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS di Gombak hari ini. "(Keahlian terbuka PAS) ini akan membuka peluang besar kepada Umno dan musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.

1. YA ALLAH! BERMIMPI ATAU BERSENDIWARA USTAZ NI? YANG KITA BIMBANG PUAK ANWAR NAK CONTROL KEPIMPINAN PAS.. LAST – LAST DIA TUDUH UMNO YANG BUAT... ATAU DIA NI SALAH SEORANG GENG ANWAR KOT...

2. WAHAI USTAZ YANG BANYAK ILMU AGAMA DAN ILMU ALAM GHAIB CUBALAH RENUNG DAN KAJI FAKTA SEBENARNYA... MANA ADA UMNO MASUK CAMPUR DALAM HAL RUMAH TANGGA PAS...???

3. KALAU BIMBANG PASAL ORANG NAK MENYELUSUP MASUK... TU JAGA ANWAR AND THE GENG.. ORANG SEPERTI HUSAM MUSA TU BUKANNYA UMNO... TAK HABIS – HABIS NAK MENGFITNAH DANMEMBUAT TOHMAHAN PALSU KE ATAS UMNO...

4. AWAK TU USTAZ JANGAN PULA MENYESONGKAN PANDANGAN ORANG BRAMAI DENGAN DAKWAAN BODOH TU... BERTAUBATLAH USTAZ POLITIK..

7 comments:

najamarine said...

ust harun din??cakap macam tu??terkejut ke??

hehhehe.. geli hati pula membacanye.kawan2..rasenye dialog tu macam sudah di ajar untuk di ucapkan..usahlah rase heran,jika TOK GURU Nik Aziz pun mudah untuk diputar alamkan inikan pula ustaz harun din.

kesiannn...

Tungaklangit said...

SDR NAJA

NILAH YANG DIKATAKAN TERLAMPAU ISLAM ATAU TERLAMPAU MENYAMPAH DENGAN UMNO...

HABIS SEMUA YANG BURUK DITALA KEPADA UMNO..

PADA HAL TU KAWAN BAIK DIA SI ANWAR PUNYA ANGKARA UMNO PULAK YANG DITUDUHNYA..

che_wan said...

Biasalah tu bro..,

Dulu perjuangan Pas berdasarkan "semangat Islam", tetapi la ni puak2 pencacai ni dah tukar dasar perjuangan kepada semata2 hanya untuk "menghapuskan" UMNO dan kerajaan.

Pas sebenarnya sudah lama mati semangatnya.

Salam Perjuangan.

Tungaklangit said...

ITULAH YANG KITA NAK MAKLUMKAN KEPADA PEMIMPIN MEREKA SUPAYA KEMBALI SEMULA KEPADA PERJUANGAN ASAL..
DAN JANGAN MENJAJAKAN KONSEP NEGARA KEBAJIKANLAH.. SUARA RAKYAT.. IKUT DAP DAN PKR

Anonymous said...

Macam mana Anwar mengubah imej PAS sekarang :

1) Memasukkan dan menaikkan orang-orang dia dlm PAS

2) Buang perkataan Negara Islam, Undang-undang Islam, Hudud supaya orang bukan melayu tak takut lagi dgn PAS

3) Buka ahli kepada bukan melayu/islam supaya parti nampak lebih majmuk. Dgn itu, PAS akan diterima oleh bukan melayu/islam

4) Jangan bermuzakarah dgn UMNO kerana ini membahayakan cita-cita Anwar. Sebab tu, orang-orang Anwar tahu apa nak buat supaya benda ni tak berlaku. Kalau nak berkawan biar dgn PKR dan DAP aje. Celaka punya Anwar!!

5) Depan orang melayu/islam dan orang kampung, bagi tahu kita nak tubuh negara islam, nak laksana undang-undang islam dan hudud. Mesti sokong. kalau tak sokong, murtad.

6) Bila cakap depan orang bukan melayu/islam, kata "mana ada dlm perlembagaan PAS mengatakan nak tubuh negara islam atau nak laksana hudud".

Apa dah jadi dgn PAS sekarang :

1) Prinsip perjuangan dah ditolak ketepi.

2) Negara Islam, Hudud dan undang2 Islam, dah masuk dlm muzium. Tak boleh disebut, takut nanti DAP dan PKR marah.

3) Mereka lebih rela berkawan dan bekerjasama dgn DAP dan PKR yg terang-terang menentang negara islam. (Apa hukumnya? Kalau ikut amanat Hj Hadi--> dah jadi M....d)

4) Dalam Pakatan rakyat, PAS hanya jadi tukang utk bagi menang kpd DAP dan PKR aje. Pemimpin pakatan rakyat yg menonjol semuanya cina dan india dari DAP & PKR. Yang melayu hanya berapa kerat aje. Pemimpin PAS langsung tak diberi ruang.

5) Golongan ulamak dlm PAS seolah-olah telah dipinggirkan. Bagi Anwar, ulamak tak boleh memerintah.

6) Byk lagi...nanti saya sambung

Tungaklangit said...

terima kasih sdr anon

kerana memberi sedikit latar belakang gerak kerja dsai untuk meroskkan parti pas...

kalau pas kekal dengan pembawan asalnya.. mungkin ada alternatif bagi pengundi melayu untuk beralih angin tapi sekarang rupanya pun bertukar kerana memakai make-up produk anwar

terima kasih atas sumbangan saudara

Anonymous said...

tanya kempinan dulu ...jangan memukul dalam gelap .. buat dosa kering je... kita nie nak mati..ingatlah mati selalu,