PERAGUT DAPAT IMBUHAN: INILAH AKIBATNYA
(Mangsa Saripah Mohd. Noor yang dirempuh kereta selepas dia diragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh, Kota Bharu )
KUALA LUMPUR (Utusan Malaysia 16 April) – Jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini (2009), berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jenayah ragut antara Januari hingga April tahun ini mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain jenayah ragut, turut meningkat secara mendadak ialah samun berkumpulan tanpa senjata api dengan 1,005 kes atau peningkatan 80.5 peratus. ‘‘Empat bulan pertama tahun lalu jenayah itu merekodkan 1,249 kes, tahun ini pula mencatat 2,254 kes. Menurut Chin Wah, ketiga-tiga jenayah terbabit menyumbang 31 peratus dalam keseluruhan indeks jenayah di Kuala Lumpur setakat April tahun ini.
Berita terbaru yang membabitkan peragut di Malaysia ini ialah di Kelantan. Sehari selepas seorang wanita hamil maut dalam satu kes ragut di Johor, negara dikejutkan dengan dua lagi kematian tragis akibat jenayah yang sama di Pulau Pinang dan Kelantan.
Di Kota Bharu, seorang wanita hamil empat bulan yang juga ibu kepada lima anak, maut dirempuh kereta selepas terjatuh motosikal akibat diragut dua lelaki bermotosikal di Kampung Padang Raja,Jalan Melor, Ketereh.
Di Pulau Pinang, seorang nenek berusia 86 tahun mati akibat ditumbuk ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya berusia 58 tahun daripada menjadi mangsa ragut di rumahnya di Kampung Besar, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara kelmarin.
LUAHAN KELUARGA MANGSA:
Saya sekeluarga tidak akan memaafkan dua lelaki yang meragut nyawa ibu saya. Kalau bukan kerana mereka, pasti hari ini ibu saya masih bernafas.
LUAHAN KELUARGA PERAGUT:
Mengapa anak saya dipukul sebegini rupa???
MENURUT STATISTIK YANG DITERIMA KENAIKAN DALAM KES RAGUT INI DIPERCAYAI DISEBABKAN OLEH MASALAH GEJALA PENAGIHAN DADAH DAN PENINGKATAN JUMLAH PENGANGGUR AKIBAT KEMELESETAN EKONOMI DUNIA.
NAMUN SEBAGAI SEORANG INSAN YANG MEMPUNYAI ILMU AGAMA, ADAKAH PATUT MENCARI REZKI DENGAN CARA MERAGUT DAN MERAMPAS HARTA BUKAN MILIK KITA?
LEBIH TERUK LAGI HINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN KEPADA MANGSA???
KEBIASAANNYA PERAGUT INI AKAN BERGEMBIRA APABILA MISI MEREKA BERHASIL DAN TIDAK LANGSUNG MEMIKIRKAN KESAN KEPADA MANGSA.
APAKAH KITA HANYA BERDIAM DIRI MELIHAT SEORANG WANITA MENJADI MANGSA RAGUT TANPA MEMBERI BANTUAN???
ATAU MUNGKIN KITA MENYALAHKAN MASYARAKAT UMUM KERANA MEMBIARKAN ANAK GADIS KITA DIRAGUT TANPA MENGHULURKAN BANTUAN SEHINGGA MEMBAWA KEMATIAN???
PERLUKAH KITA BERSIMPATI KEPADA PERAGUT MANUSIA SYAITAN INI???
KALAU DALAM HUKUM ISLAM SEKALIPUN MEREKA INI WAJID DIPOTONG TANGANNYA DAN SEKIRANYA MEMBAWA KEPADA KEMATIAN MANGSA MAKA HUKUM BUNUH PULA BALASANNYA.
MULAI HARI INI, MARILAH KITA MENASIHATI ANAK-ANAK KITA SUPAYA TIDAK TERBABIT DALAM AKTIVITI MAT REMPIT, DADAH DAN BERGAUL TANPA KAWALAN...
BAGI IBUBAPA YANG MEMPUNYAI ANAK-ANAK DEWASA AWASILAH MEREKA DAN SENTIASA TANYA DARI MANA MEREKA MENDAPAT WANG YANG BANYAK DAN LIHAT CARA HIDUP MEREKA... KERANA SATU HARI NANTI KALAU ANAK KITA DIPUKUL KERANA MERAGUT JANGAN SALAHKAN ORANG RAMAI...
BAGI PARTI PEMBANGKANG YANG SUKA MEMPERJUANGKAN NASIB PENJENAYAH INI, KINI SEDARLAH TINDAKAN KAMU MENYOKONG MEREKA DISEBALIK HAK ASASI TIDAK MEMBAWA KEUNTUNGAN DAN KEKERAPAN PARTI PEMBANGKANG MENUDUH POLIS KEJAM DALAM MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS KE ATAS PENJENAYAH AKAN MENINGKATKAN LAGI KADAR JENAYAH DI MALAYSIA.
BAGI ANGGOTA POLIS BERKHIDMATLAH SECARA IKHLAS MEMBASMI JENAYAH RAGUT DAN YANG LAIN DEMI KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT...
MARI KITA ISYTIHARKAN PERANG TERHADAP MEREKA YANG MENJADI PERAGUT SEBAGAI SUMBER REZKI DAN HOBI...
No comments:
Post a Comment