Monday, May 18, 2009

SIRI 4 SESAT DALAM PERJUANGAN PAS TEMUI KEBENARAN BERSAMA UMNO
1. Bukan mudah bagi Ustaz Omar Khalid masuk UMNO. Beliau terpaksa menghabiskan masa selama tiga tahun (1990 – 1993) untuk mengkaji semula perjuangan Pas – sama ada bercanggah atau tidak dengan kehendak Islam.Akhirnya, Ustaz Omar menemui jalan kebenaran melalui UMNO. Beliau berani bersemuka dengan sesiapa saja dalam Pas, termasuk bekas gurunya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

2. Kesemua ini adalah atas prinsip kebenaran. Yang jelas, beliau bertaubat tidak akan kembali kepada Pas. Ustaz Omar tidak akan tipu orang lagi! Ajaran Datuk Nik Aziz yang menyatakan adat manusia berkrisis sehingga akhir hayat adalah tidak bertepatan dengan kehendak Islam. Inilah pegangan serong yang sentiasa dibawa oleh Pas sehingga sanggup berbalah sesama sendiri – khusus orang UMNO.

3. Ustaz Omar berkata, jiwanya amat tersiksa berada dalam Pas. Ketika itu, beliau hanya cari jalan untuk berbalah dengan orang UMNO.

4. Beliau juga mengulas tentang konsep ulama dalam Pas. Katanya, slogan ‘Bersama Kepimpinan Ulama’ secara jelas bertentangan dengan kehendak agama.

5. Dalam Islam, jelasnya, ulama tidak akan menjadi pemerintah. Ulama tulen hanya menjadi penasihat kepada pemimpin. Sejak dari zaman RasuluLLAH lagi, tidak ada seorangpun ulama menjadi pemerintah.

6. Secara logiknya, jika ulama yang menjadi pemerintah dan kemudiannya melakukan kesilapan, siapakah yang berperanan untuk menasihatinya? Ustaz Omar memberi contoh, jika Menteri Besar Kelantan melakukan kesilapan, siapa yang hendak menasihatinya? Tentu tidak ada yang berani melaksanakan tugas tersebut. Sedangkan manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

7. Dalam hadis Nabi, katanya, sudah jelas memberitahu bahawa sebarang masalah tidak akan dapat diselesaikan sampai bila-bila jika ulama jadi pemerintah. Ulama yang mencampuri urusan pemerintahan negara akan mewujudkan kesan buruk.

8. Dalam empat mazhab yang diiktiraf, tidak ada seorang pun ulama yang menjadi pemerintah. Contohnya, Imam Hambali di zaman kerajaan Makmun rela masuk penjara kerana enggan menjadi mufti. Jawatan ini ada hubungkaitnya secara langsung dengan pemerintahan negara.

9. Ustaz Omar kesal dengan sikap pemimpin Pas yang menjadikan slogan ‘Bersama Kepimpinan Ulama’ kerana ianya tidak terkandung dalam mana-mana kitab yang diiktiraf oleh mana-mana mazhab.

10. Sebuah Hadis ada meriwayatkan bermaksud: “Sesungguhnya bumi dikuasai oleh bijak pandai dan bukannya orang alim.” RasuLLAH juga pernah bersabda bahawa bila ulama mencampuri pemerintahan negara, maka pengikut kena lari daripadanya.

11. Berasaskan kepada pegangan yang jelas ini, Ustaz Omar telah lari daripada perjuangan Pas. Dan kini, beliau merasa ‘aman’ setelah bersama-sama dengan UMNO. Hatinya cukup puas bila dapat memberikan penerangan yang jelas tentang perjuangan Islam tulen melalui UMNO.

12. Dalam pertemuan dengan Al Haq, Ustaz Omar juga memperhalusi sikap pemimpin Pas yang digelar ulama sehingga pengikut parti itu menjadi keliru. Paling bercanggah dengan perjuangan Islam ialah ulama Pas yang kaya raya dan bukannya miskin walaupun digelar ‘tok guru’ atau ‘ustaz’.

13. Sejak dari zaman RasuluLLAH lagi, tidak ada seorangpun ulama yang kaya raya seperti zaman pemerintahan Pas. Kita bukan dengki dengan ulama Pas yang kaya raya tetapi sifat seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam dan perjuangan nabi.

14. Islam membenarkan umatnya kaya raya, tetapi bukan dengan jalan menjual agama. Sebaliknya Islam menggalakkan umatnya kaya melalui perniagaan dan bukannya dengan berceramah (menggadai agama) dan menjadi wakil rakyat. Formula ini tidak berubah dari dulu hingga kini.

15. Malangnya, ulama Pas tidak kaya melalui perniagaan. Mereka kaya raya setelah menjadi pengerusi jawatankuasa tender balak. Datuk Nik Abdul Aziz sendiri mempunyai pelbagai jenis kereta mewah setelah menjadi Menteri Besar Kelantan.

16. Berapa ramai ulama Pas yang mula ‘gelap mata’ setelah menerajui jawatankuasa tender balak. Rumah wakil rakyat Pas besar-besar belaka. Kehidupan mereka cukup mewah setelah Pas berjaya menubuhkan kerajaan negeri pada tahun 1990. Kekayaan mereka berlaku secara mendadak dan tamak haloba melalui harta rakyat. khususnya balak dan tender.

17. Pejuang Islam di zaman Pas bertentangan dengan apa yang ada di zaman nabi dan para sahabat. Ustaz Omar memberi contoh, ramai peniaga Islam sejak zaman RasuluLLAH telah menjadi miskin kerana membantu untuk menegakkan agama ALLAH. Bahkan isteri nabi, Sayyidatina Khadijah yang kaya raya telah jatuh miskin kerana perjuangan Islam.

18. Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Omar dan Abdul Rahman Auf yang bersifat jutawan sanggup menghabiskan wang demi untuk perjuangan Islam. Kesemua mereka ‘diiktiraf’ untuk memasuki syurga ALLAH, tetapi kehidupan mereka penuh dengan cabaran sehingga tidak ada harta yang ditinggalkan demi untuk Islam.

19. Cuba kita lihat perjuangan pemimpin Pas. Semasa mereka menjadi pembangkang (sebelum 1990), semuanya miskin. Kehidupan mereka hanya berharapkan wang derma penyokong Pas.

20. Tetapi bila berjaya memerintah Kelantan, kehidupan pemimpin Pas mula berubah. Istilah kemiskinan sudah tidak ada dalam kehidupan ulama Pas melalui harta kerajaan. Bila ulama Pas lari daripada formula asal Islam, tunggulah masa untuk mereka menemui kejatuhan yang besar – demikian kata Ustaz Omar.

21. Beliau menyeru penyokong Pas agar lari dari perjuangan yang silap itu. Carilah petunjuk melalui perjuangan UMNO. Jangan mudah terpedaya dengan ayat suci al-Quraan yang dibaca oleh ulama Pas kerana tafsiran mereka adalah mengikut hawa nafsu sendiri.

22. Ustaz Omar bersedia untuk bermuzakarah dengan mana-mana penyokong Pas atas landasan kebenaran. Ini merupakan kaedah paling sesuai dengan kehendak Islam.

23. Katanya, bukalah pintu hati untuk menerima pendapat daripada UMNO. Jangan terus tertutup dengan ceramah parti Pas. “Saya cukup kesian dengan penyokong Pas yang memberi sokongan kepada parti itu secara membuta tuli,” tambahnya dengan nada yang sedih.

24. Menurutnya, beliau sesat dalam Pas sejak sekian lama. Keluarganya turut tersesat kerana pada masa itu Pas masih belum berjaya mendapat kuasa. Tetapi bila Pas mendapat kuasa, mereka mula menyalahgunakan landasan agama demi untuk mencari kekayaan peribadi.

25. “Saya tidak dengki dengan pemimpin Pas yang kaya raya. Saya sendiri boleh kaya jika terus berada dalam Pas, tetapi saya tidak sanggup untuk bersama Pas kerana mereka telah terpesong jauh,” katanya.
DALAM PENDEDAHAN SETERUSNYA DALAM SIRI KE LIMA, USTAZ OMAR AKAN MENCERITAKAN CONTOH - CONTOH PENIPUAN PEMIMPIN PAS DALAM PARTI PAS YANG MENYEBABKAN BELIAU KELUAR DARI PARTI MENGARUT PAS..
SALAM

6 comments:

Anonymous said...

website kamu nih... bullshit sumer.. sah2 astora jabat pemimpin kamu :))

Tungaklangit said...

sdr anon (tanpa nama)

pemimpin saya adalah akal yang mempunyai ilmu yang dianugerahkan oleh Allah dan hadith Rasullullah... di bantu dengan hati yang tunduk pada kekuasaan Allah...

kalau kamu Islam kamu faham maksud saya..

Anonymous said...

ada sedikit kekeliruan disini, rasulullah dan para sahabat yang jadi khalifah bukan ulama ke?
tolong jelaskan

Tungaklangit said...

jANGANLAH NAK DISAMAKAN PEMIMPIN PAS DENGAN PARA SAHABAT NABI DAN RASULLULLAH...

PARA SAHABAT DAN RASULLULLAH TU SUKA MENGUMAPAT KE? BUAT FITNAH KE? CAKAP LAIN BUAT LAIN KE?

TIADA SATU BANGSA DAN ERA YANG DAPAT MENYAMAI ERA RASULLULLAH DAN PARA SAHABAT.. WALAU BAGAIMAN BAIK SEKALIPUN KECUALI AKHIR ZAMAN KELAK...

ZAMAN RASULLULAH KEPIMPINANNYA SUNGGUH TERPUJI... RUMAHNYA BURUK, PAKAIAN ALA KADAR TAK SEPERTI SEKARANG BAIK UMNO MAUNPUN PAS..

SO KALAU NAK BERDAKWAH TU DAKWAHLAH TAPI JANGAN KUTUK KUMPLAN YANG LAIN..

KITA CUBA BUAT YANG TERBAIK YANG KITA BOLEH DAN SELEBIHNYA BERSERAH KEPADA ALLAH...

SAUDARA PUN TAHU.. BAGAIMANA RAMAI PEMIMPIN PAS YANG SELEWENG DUIT, KES KHALWAT, RASUAH DAN SEBAGAINYA.. JANGAN TANYA KENAPA SAYA TAK KUTUK UMNO... SEBAB UMNO TAK KUTUK ORANG.. TAK GUNA ISLAM TO COVER KEJAHATAN MEREKA..

NI YANG ORANG MARAH KAT PAS.. CAKAP PUNYALAH BAIK.. HENTAM ORANG NI KAFIR. KUFUR TAPI DIA BAIK KE?

SEMOGA APA YANG SAYA TULIS NI TIDAK MENIMBULKAN KEMARAHAN SESIAPA.. DAN SEKIRANYA SAUDARA TIDAK BERSETUJU ITU ADALAH HAK SAUDARA DALAM MENILAI SESUATU PERKARA..

SALAM

mie - income said...

JGN RISAU SAHABAT, KITA SAMA-SAMA LAWAN PERKARA YANG TIDAK BETUL, SI YANG TIDAK BERNAMA TU DAH KELIRU, SEBENARNYA PERTAHANKAN BENANG YANG BASAH, DIA TAHU KEBENARAN TAPI TAK NAK MENGAKU..

Tungaklangit said...

SALAM SDR MIE

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KAMU SEKELUARGA DAN KITA UMAT ISLAM SEMUANYA

SALAM