SIRI 3 PENYALAHGUNAAN KUASA
1. Padanya, terlalu banyak Datuk Nik Aziz melakukan penipuan termasuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat. Buktinya, kata beliau, Menteri Besar Kelantan sanggup menerima kereta Mercedes yang mewah dengan menggunakan wang rakyat. Nombor platnya DH 55.
2. Persoalannya: “Tidak selesakah Nik Aziz (Datuk) dengan kereta Mercedes S320 yang bernombor DAB 80 itu?” Sedangkan kereta itu juga mewah dan masih digunakan oleh kebanyakkan orang kaya tapi nampaknya angan-angan Mursyidul Am Pas itu cukup besar. Khayalannya untuk menaiki kereta mewah melampaui seorang jutawan. Adakah ini selari dengan sunnah rasul?
3. “Kita tidak cemburu jika kereta Mercedes baru berharga hampir setengah juta ringgit (RM1/2 juta) itu dibeli dengan menggunakan wang sendiri. Tapi dia tahu hukum hakam, sanggup pula guna harta rakyat secara boros. Boros adalah saudara syaitan. Di mana sifat ulama yang ada pada Datuk Nik Aziz?
4. Ustaz Omar berkata, jika beliau terus kekal dalam Pas, dirinya akan berdosa besar. Dia tidak sanggup bersekongkol dengan parti yang membelakangkan Islam. Apatah lagi janji Pas untuk menunaikan kehendak Islam tidak tertunai sehingga kini walaupun sudah 17 tahun menerajui Kelantan.
5. “Kalau saya kekal dalam Pas, tentu dapatlah merasai hidup mewah. Paling tidak, dapatlah rasa duit balak sebatang dua!” katanya. Tapi hakikat perjuangan lebih memihak kepadanya untuk bersama UMNO.
6. Semasa dalam Pas dulu, Ustaz Omar merupakan taukeh kaset (rakaman ceramah Pas) yang sangat terkenal dengan nama Pustaka al Jihad. 7. Kini, syarikat itu dijual kerana ianya bertentangan dengan kehendak Islam dan menjaja janji Pas yang tidak tertunai. Dia tidak bersedia untuk bersekongkol dengan Pas yang gagal menjadikan Islam sebagai addin.
7. Setelah bergelumang dalam perjuangan Pas, ada banyak lagi peristiwa menarik lain yang dipelopori oleh Ustaz Omar. Ikuti lagi peristiwa besar yang dilakukannya dalam siri akan datang…
SELEPAS INI KITA AKAN LIHAT KEPINCANGAN DAN KETIDAKTELUSAN KEPIMPINAN PAS DALAM MELAKSANAKAN SESUATU KEPUTUSAN BERDASARKAN PENGALAMAN USTAZ OMAR.
SEMOGA TERBONGKAR KEMUNGKARAN DAN MENYEDARKAN NIAT SEBENAR MEREKA YANG BERHASRAT UNTUK MEMERINTAH NEGARA INI DENGAN MENGGUNAKAN ISLAM SEBAGAI LANDASAN PERJUANGAN.
SALAM
No comments:
Post a Comment