Wednesday, May 20, 2009

UMNO PERLIS: KEPIMPINAN UMNO PUSAT PERLU MELIHAT PUNCA MASALAH


1,000 ahli Umno Kangar keluar parti?


Abdul Rahim Sabri May 19, 09 1:23pm

“ Tindakan ahli-ahli Umno yang didakwa melompat parti untuk menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru. Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua Umno bahagian Kangar.... ”

“ Malaysiakini difahamkan seorang bekas pemimpin Umno bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira-kira 1,000 ahli parti itu untuk menyertai PKR, bulan lalu...”

“ Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang pemimpin Umno bahagian tersebut ...mengesahkan kumpulan tersebut bertindak keluar Umno selepas selepas Dr Md Isa dilantik menerajui Umno Perlis, menggantikan bekas menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 24 April lalu. "Mereka buat (keluar) secara terbuka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini...”“
...Kemelut politik Umno di Perlis tercetus selepas pilihanraya umum 2008 apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai menteri besar. Shahidan juga enggan melepaskan jawatan pengerusi Umno negeri kepada Dr Md Isa. Bagaimanapun bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan pengerusi Umno negeri-negeri...”


BAGI MREKA YANG MENGETAHUI MASALAH DI PERLIS MEREKA AKAN MENCADANGKAN SUPAYA MB PERLIS DATUK SERI MD ISA SABU DITAMATKAN SEGERA DAN DIGANTIKAN DENGAN PEMIMPIN UMNO YANG LEBIH BERKECUALI DAN TIDAK MEMPUNYAI KEPENTINGAN. ANTARA NAMA YANG DISEBUT-SEBUT IALAH ADINDA TUANKU RAJA PERLIS. SYED RAZLAN, ADUN PAUH.

MB PERLIS SEKARANG DILAPORKAN TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK KERANA MASALAH KESIHATAN DAN TIDAK MAMPU MENGAWAL DAN MENGURUSKAN ADUN SERTA JENTERA KERAJAAN NEGERI..

LAGI PUN, MENURUT SUMBER TERSEBUT.. MB PERLIS SEKARANG BUKANLAH MB SEBENAR KERANA YANG MENGUASAI PERJALANAN KERAJAAN NEGERI PERLIS SEKARANG IALAH DATUK R YANG MEMANG BERCITA-CITA UNTUK MENJADI MB.

PASAL MASUK PKR NI MEMANG TELAH DILAPORKAN AKAN BERLAKU SEBELUM DATUK SERI NAJIB MENGUMUMKAN PENEGRUSI UMNO NEGERI DULU, KERANA SATU PERTEMUAN ADUN-ADUN UMNO PERLIS YANG PRO KEPADA BEKAS MB TELAH BERDIADAKAN DAN DALAM KEPUTUSAN TERSEBUT TERDAPAT URA-URA JIKALAU BEKAS MB ITU TIDAK DIPILIH SEBAGAI PENGERUSI UMNO NEGERI MAKA MEREKA AKAN KELUAR DAN MASUK PKR.

MEREKA INILAH ORANG YANG SAMA MENENDANG PINTU GATE ISTANA RAJA PERLIS DAN MEMBUAT HURU HARA SEBELUM PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA UMUM KE 12 YANG LALU. MENURUT KHABAR DARI SUMBER TERSEBUT, KEKUATAN BEKAS MB PANDAI MENJAGA PENYOKONG-PENYOKONGNYA.

BAGI MENGELAK KEMELUT BERLARUTAN, SUMBER ITU MENCADANGKAN SUPAYA ADINDA RAJA DIPILIH BUAT SEMENTARA WAKTU SEBAGAI MB DAN BILA TIBA PRU 13 NANTI BELIAU DIPINDAHKAN KE KERUSI PARLIMEN DAN DIGANTIKAN DENGAN PEMIMPIN UMNO YANG BOLEH MENGUASAI SEMUA ADUN YANG ADA.

SAYA BERPENDAPAT BEGITU JUGALAH SEBAB APA, KALAU DIBERIKAN KEPADA ADINDA RAJA, MEMANG BELIAU TAK AKAN MENGAMBIL KESEMPATAN SEBAB NEGERI ITU MILIK BELIAU DAN SUDAH TENTU BELIAU AKAN MENJAGA NAMA BAIK KEKANDA BELIAU.

SOAL BELIAU DARI KETURUNAN RAJA TAK TIMBUL YANG PENTING SELURUH RAKYAT PERLIS MENERIMA BELIAU SEBAGAI MB YANG BARU...

SEKADAR PANDANGAN PERIBADI...

3 comments:

Anonymous said...

~ bosan dan jijik dgn ameno dan pencacai pencacai nyer~
~ yukkks!!!

from

New leaders for Malaysia!

dont bother to reply.. I wont revisit this sucky page.. nk muntah.. full of shit~ hahahaha~

Anonymous said...

Harap UMNO Pusat pandang berat isu ini,rata-rata anak2 perlis bersetuju andainya YM Syed Razlan dilantik sebagai MB,jika dari segi kelulusan akademik,beliau amat menonjol berbanding barisan EXCO yang lain,ditambah pula dengan pengalaman perniagaan dan korporat.

Harap PRU akan datang,UMNO/BN dapat memberi lebih peluang kepada generasi muda untuk lebih menonjol dalam arena politik.

Rakyat Perlis sudah bosan dengan calon2 veteran yang rata2 merupakan pesara kerajaan atau guru yang lahir pada zaman sebelum merdeka.

--anak kangar--

Tungaklangit said...

salam anak kangar

saya memahami rintihan rakyat Perlis yang dahagakan pembangunan dan pekerjaan...

dengan kepakaran dan kontak serta kaliber yang ada dalam diri dinda Raja Perlis saya rasa Perlis akan berjaya menjadi sebuah negeri yang maju...

bayangkanlah kedudukan Perlis di sempadan Thailand dan perairan Myanmar... banyak kapal nelayan antarabangsa yang boleh mendpat khidmat pembaikan di situ... tapi dengan kepimpinan yang ada sekarang macam manalah rakyat Perlis nak maju...

saya doakan kebaikan untuk anak-anak Perlis

Insayallah akan berlaku perubahan kalau kalian mahukannya..

salam