Monday, May 25, 2009

POLITIK PERLIS: GANTIKAN SAHAJA MB DAN LANTIK SYED RAZLAN

Isu ahli Umno Perlis keluar parti gimik


PEMIMPIN DIRAJA BERJIWA RAKYAT MAMPU MEMBAWA PEMBAHARUAN DAN PEMBANGUNAN KEPADA RAKYAT PERLIS
KANGAR: Isu ahli Umno Perlis keluar parti dan menyertai pembangkang hanya sekadar gimik politik semata-mata, kata Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad. Bagi Radzi yang juga Ahli Parlimen Kangar, berkata isu ahli Umno melompat parti bukan lagi perkara baru, malah sudah sekian lama dijadikan gimik murahan demi meraih populariti politik peribadi. ..."

.."Malah, saya sendiri yakin akan muncul 'hero' atau penyelamat untuk menarik semula penyertaan ahli terbabit, sekali gus membuktikan dirinya mempunyai pengaruh besar terhadap kepemimpinan parti negeri. "Kita tahu siapa dalang di sebalik isu ini dan apa tujuannya berbuat demikian. Malah, individu terbabit jugalah yang memainkan peranan sabotaj pada kempen parti ketika Pilihan Raya Umum ke-12 lalu," katanya tanpa mendedahkan identiti individu dimaksudkan itu. “

1. MENGAPA SAYA BERKATA BEGITU...

2. KERANA KEMELUT POLITIK DI PERLIS INI ADALAH ANGKARA SHAHIDAN YANG TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PERLANTIKAN MB PERLIS MD ISA SABU SEBAGAI PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO PERLIS DAN BELIAU DIALIHKAN SEBAGAI ANGGOTA MAJLIS TERTINGGI UMNO... TINDAKAN INI SEOLAH-OLAH UNTUK MENYINGKIRKAN BELIAU DARI POLITIK PERLIS...

3. KEMARAHAN BELIAU INI MEMUNCAK DENGAN PENGLIBATAN DATUK SERI RADZI DISEBALIK JAWATAN MB KERANA JAWATAN RADZI SEBAGAI PENASIHAT KEPADA MB PERLIS MAMPU MENCORAK SEGALA BENTUK KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH MD ISA SABU... LAGI PUN MD ISA SABU SUDAH DIKETAHUI UMUM ORANG DATUK SERI RADZI...

4. SELAGI KEDUA-DUA AHLI POLITIK INI DIBIARKAN MEMAINKAN PERANAN MASING-MASING MAKA SELAGI ITULAH KEMELUT POLITIK DALAMAN PERLIS TIDAK AKAN BERAKHIR...

5. MUNGKIN TERDAPAT KEBENARAN DAKWAAN DATUK RADZI BAHAWA SELEPAS RAMAI AHLI UMNO YANG MEMASUKI PKR/PR MAKA SHAHIDAN AKAN MENONJOLKAN DIRI UNTUK MEMANGGIL SEMULA AHLI-AHLI UMNO INI KEMBALI SEMULA KEPADA UMNO DAN INI AKAN MENAIKKAN IMEJ BELIAU SEBAGAI PEMIMPIN YANG DITERIMA OLEH AHLI UMNO DI PERLIS.

6. KEBENARAN INI MEMANG ADA KERANA KUMPULAN SHAHIDAN DILAPORKAN PERNAH MENGADAKAN MESYUARAT RAHSIA MEMBINCANGKAN TINDAKAN YANG BAKAL DIAMBIL SEKIRANYA SHAHIDA DISINGKIR DARI JAWATAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI IAITU SEBELUM KEPUTUSAN DIKELUARKAN OLEH YAB PM BARU-BARU INI.

7. SEHUBUNGAN ITU, BAGI MENGELAKKAN LEBIH BANYAK KEKECOHAN YANG BERLAKU... MENGAPA TIDAK UMNO MEMILIH SEORANG MB YANG BARU DAN KALAU INGINKAN KEADILAN MAKA BUATLAH SURVEY DI KALANGAN RAKYAT PERLIS SECARA KESELURUHAN DAN SAYA YAKIN NAMA DINDA RAJA PERLIS AKAN MENJADI PILIHAN BAIK DI KALANGAN MASYARAKAT MELAYU DAN JUGA DARI MASYARAKAT CINA DI SITU...

SEKADAR PANDANGAN PERIBADI...

2 comments:

Anonymous said...

Si pecacai shahidan kassim iaitu hashim suboh and the gang ckap ahli umno perlis meluat dgn radzi,sape hashim ni nak ckp bergegar mcm tu,cermin dulu diri sendiri dan imbas balik ape yang telah anda semua lakukan demi untuk mendominasikan kuasa politik bekas boss anda dan poket sendiri,zaman shahidan dululah yg aktif mengamalkan politik cantas-mencantas ni,sedara-mara,kroni2 dan proksi2 shahidan semua hidup,utk pengetahuan semua rakyat perlis dah meluat dgn sandiwara hashim dan shahidan ni...

Lin said...

salam saudara anon

bagi mana anak2 pelis yang tidak bersetuju dgn apa yg berlaku di perlis skrg harap beri komen anda dan kita akan buat satu artikel lengkap mengenainya nanti

salam