Friday, May 15, 2009

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI OLEH MELAYU PERAK DALAM ISU DUN PERAK

BACA DAN NILAI SENDIRI AKAN KEBENARANNYA


1. Kepada pembaca yang mempunyai kesedaran dan memahami permasalahan politik Melayu masa kini, saya ingin membawa anda kepada pengetahuan dan khabar sebenar apa yang berlaku dalam pemerintahan Nizar semasa beliau menjadi MB pada suatu masa dahulu.

2. Berita yang dibawa ini bukan satu berita yang direka sendiri tetapi diambil dari pengalaman seseorang yang pernah bersama-sama Nizar bermesyuarat dalam Mesyuarat DUN Perak yang memberi gambaran sebenar siapakah sahabat karib Nizar iaitu Nga dan Ngeh.

3. Baca dan fahamilah apa sebenarnya matlamat mereka untuk memerintah Perak..

(petikan dari laman Blog Sdr GOMO)


PENGAKUAN YB JAMALUDDIN MENGENAI KERAKUSAN NAFSU NGA DAN NGEH SERTA KEPATUHAN NIZAR KEPADA ARAHAN MEREKA









(NIZAR SENTIASA DIAPIT OLEH NGA DAN NGEH KERANA TAKUT DIPENGARUHI OLEH ORANG LAIN)



i. Memang benar wujudnya Mesyuarat Exco dalam bahasa cina semasa nizar menjadi MB.

ii. Undian angkat tangan dilakukan sewaktu Jamal dan Osman menentang pemberian tanah 999 tahun kepada kampung-kampung baru di Perak. 7 exco bukan melayu dan 3 exco melayu. Siapa menang ? Exco Pas bersetuju kerana takutkan kepada nizar bintang tiga.


iii. Jamal menghentak meja sambil meminta ianya diminitkan dalam minit mesyuarat yang beliau tidak bersetuju sambil beliau berlalu keluar meninggalkan bilik mesyuarat.

iv. Kapten Osman bukan saja menentang sambil duduk malah bangun berdiri sambil kedua-dua belah tapak tangan menepuk meja kerena membantahnya. Beliau juga meminta ianya diminitkan yang beliau tidak setuju lalu keluar dari bilik mesyuarat juga.


v. Ngeh dan Nga mengejar sambil memanggil-manggil Jamal di luar bilik mesyuarat. Dengan arahan satu jari sahaja Jamal halau mereka masuk balik ke bilik mesyuarat.

vi. Nizar sering membebel benda-benda yang sama dan mengarut setiap kali mesyuarat exco,lantas exco Pas mencuit Jamal sambil bertanya,kau tak boring ke dengar perkara yang sama saja setiap minggu. Jamal hanya tersenyum.


vii. Jamal berkata kepada Nizar "kau bercakap ja pandai dan banyak , tapi isi kosong" .


viii. Minggu sebelumnya nizar berkata kepada Jamal beliau akan beli kereta Perdana baru untuk kegunaan exco. Minggu depan bila ngeh kata nak beli camry,maka nizar terus bersetuju untuk membelinya tanpa mengambil kira pendapat-pendapat exco lain. Lantas beliau mengarahkan pada jam itu juga supaya Datuk Suk memesan 15 biji camry.


ix. Tandas bangunan SUK sentiasa bau hancing semasa pemerintahan mereka. Kerana terlalu ramai golongan yang tidak membasuh kencing serta mengepam tandas berkunjung ke sana.


x. Pegawai-pegawai kerajaan sering mengadu kepada Jamal dan Kapten Osman tentang perilaku ngeh dan nga yang sering memberi arahan terus kepada mereka supaya pembelian barang-barang dan pembekalan diberikan kepada syarikat-syarikat seperti yang mereka berdua arahkan.


xi. Seringkali tender-tender balak atau tender lain yang ada nama melayu ditolak,sambil menjerit " itu Umno punya,tolak,tolak".


xii. Satu hari mereka menggunakan nama kroni mereka yang melayu untuk tender balak,Jamal dan Kapten Osman menjerit, "itu umno punya tolak,tolak".


xiii. Dengan niat memperli,apabila tender nama-nama cina dibincangkan,Jamal dan Kapten Osman terus menjerit "lulus,lulus" ,sebelum ianya dibincangkan. Dengan muka selamba nizar berkata "ok lulus, Yb Jamal dan Yb Kapten Osman pun bersetuju ianya diluluskan".

xiv. Dengan niat memperli Jamal berjumpa dengan s/usaha politik nizar,miscabul munir dan berkata ,kalau orang-orang Umno atau BN mohon apa-apa jangan luluskan apa-apa langsung Luluskan kepada orang-orang kita sahaja. Maka dengan otak bebal dan selamba sahaja s/usaha politik yang bebal ini terima arahan Jamal tanpa memahami maksud sebenar Jamal.

xv. Nizar adalah seorang yang pembohong dan sering bercakap bohong. Hanya orang yang rapat dan pernah bekerja dengan dia sahaja yang tahu dan memahami. Jamal berkata nizar langsung tidak ada sedikit pun perasaan kasih dan sayang pada bangsa sendiri demi memenuhi nafsu serakah dia untuk terus duduk di kerusi empuk MB. Dia sanggup buat apa sahaja janji DAP tidak usik kerusi MB kepunyaannya.


(SUMBER DARI LAMAN Blog
RUANG BICARA FAISAL)

CERITA SEBENAR MENGAPA DUA YB PKR KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT

i. Sebahagian daripada orang-orang kuat PKR Perak tidak berpuashati dengan Jamal dan Kapten Osman apabila mereka dilantik sebagai Exco. Mereka-mereka ini dulu ada yang tidak mahu bertanding kerana takut kalah dan ada yang kalah bertanding dalam PRU 2008.

ii. Apabila mereka berdua ini dilantik sebagai Exco sudah tentulah tidak menyenangkan hati orang-orang yang kalah ini. Maka mereka harus mencari jalan bagaimana untuk menjatuhkan mereka berdua ini.

iii. Antara perancang utama ialah,Mustafa Kamil Ayub yang kalah bertanding di Pasir Salak dan Sg.Manik,Hj Mail,bekas pengerusi PKR Perak sekarang ketua bahagian PKR Bukit Gantang, Ustaz Zul, ketua bahagian PKR Tambun. Kapten Usaili ,bekas adun Bota 1999.

iv. Inilah wajah-wajah yang menjadi punca menjahanamkan kerajaan pimpinan nizar bintang tiga. Langkah pertama mereka ialah perangkap Jamal dan Kapten Osman dalam kes rasuah pada bulan ogos 2008. Dengan harapan anwar akan buang mereka berdua ini dan diadakan p/raya kecil,maka berpeluanglah mereka-mereka ini menjadi calon dan seterusnya dilantik sebagai MB atau Exco.

v. Untuk pengetahuan semua,sewaktu lepas pru 2008, DAP lebih berminat untuk mengangkat Adun PKR sebagai MB. Bukannya Adun PAS. Nizar bintang tiga telah mengambil jalan pintas yang cepat,kerana dia tahu PKR dan PAS tiada Adun yang lebih berkaliber selain daripada beliau.

vi. Maka dengan segera nizar mengadakan perbincangan haram dengan DAP agar beliau diangkat sebagai MB dan dia akan berikan DAP sembilan kerusi Exco. Dan satu kerusi Exco untuk PKR. Tiada kerusi Exco untuk PAS.

vii. Pada masa yang sama Mustafa Kamil Ayub yang kalah bertanding di Sg.Manik pun ada memasang impian juga untuk menjadi MB.

viii. Pada satu hari semasa krisis perlantikan MB Perak antara PKR dan PAS, Jamal telah dipanggil oleh anwar ibrahim ke rumah beliau. Setibanya Jamal disana beliau melihat Mustafa Kamil Ayub juga berada disana bersama anwar, wan azizah dan syed hussin.

ix. Mustafa Kamil Ayub turut membawa satu 'proposal' untuk diberikan kepada anwar. Kandungan 'proposal' yang dibawa oleh beliau adalah kononnya ada peruntukan undang-undang yang menyatakan MB boleh di lantik di kalangan bukan Adun.

x. Maknanya Mustafa Kamil ayub berkata yang beliau boleh menjadi MB Perak walaupun dia bukan Adun. Anwar ketawa terbahak-bahak bersama wan azizah melihat 'proposal' tersebut.

xi. Untuk pengetahuan anda juga pada malam kemenangan pru 2008, sebaik mengetahui mereka menguasai Perak anwar telah menghubungi Dr.Zambry,menawarkan Dr.Zambry jawatan MB Perak sekiranya beliau melompat ke PKR.

xii. Atas dasar menghormati bekas bos,dan memegang prisnsip kesetiaan kepada Umno,maka Dr.Zambry telah menolak dengan penuh hormat tawaran tersebut.

xiii. Kepada anak-anak muda yang mungkin tidak mengetahui perkara ini ,saya ingin memberitahu kepada adik-adik sekalian. Dr.Zambry adalah anak didik anwar ibrahim semasa dalam Umno dulu. Dr.Zambry pernah dikenakan tahanan ISA semasa krisis anwar 1998.

xiv. Sebab itu saya merasa sedih sekarang,bila anwar langsung tidak menegur atau melarang penyokong-penyokong dia menghina dan mencaci Zamry sehina-hinanya. Zambry tidak pernah menghentam anwar, Zambry tidak pernah mencerca Anwar, Zambry tetap menghormati Anwar sebagai bekas bos dan orang yang lebih tua walaupun berbeza aliran politik.

xv. Dr. Zambry telah berpegang kepada prinsip politik yang baik. Politik tetap politik. Kawan tetap kawan. Biar ada sempadan. Jangan kerana politik kawan pun kita sembelih. Tetapi tidak kepada anwar ibrahim. Dia mengamalkan politik binatang. Hanya dua pada anwar. Kawan atau musuh.

xvi. Berbalik kepada tajuk kita. Sesiapa yang mengenali Jamal maka mereka pasti akan tahu hati budi dan perangai Jamal. Beliau adalah antara penggerak awal Parti Keadilan Nasional di Perak. Semua pelopor-pelopor gerakan reformasi tahu perkara ini. Sebab itu walaupun beliau berada di luar PKR sekarang pun, masih ada orang-orang PKR yang sudi berkawan dan menghormati beliau serta kadangkala membocorkan maklumat kepada beliau.

xvii. Sewaktu susah di zaman reformasi Jamal itulah yang menjadi tempat rujukan puak-puak reformasi yang kesempitan wang. Jika anda tidak percaya boleh rujuk kepada Saiful atau Badrul .

xviii. Berapa banyak wang dan tenaga yang telah dicurahkan untuk memajukan PKR di Perak. Ditakdirkan Allah beliau ada rezeki yang lebih pada masa itu kerana ada menjalankan sedikit perniagaan (sebelum pru 2008).

xix. Dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan kebiasaannya orang yang berduit akan dilantik sebagai Bendahari. Begitu juga dengan Jamal,kerana pada masa itu beliau berduit maka beliau dilantik sebagai Bendahari PKR Perak. Pada waktu itu jika tidak silapnya anwar ibrahim masih lagi di dalam penjara.

xx. Itulah yang menyebabkan beliau merasa sangat sedih,setelah berapa banyak wang dan tenaga dicurahkan untuk PKR Perak,akhirnya bila dapat kuasa begini pula jadinya. Katanya lebih baik di zaman tiada kuasa dulu,kawan-kawan pun ada keliling.

xxi. Bila ada kuasa kawan-kawan pula yang menikam daripada belakang. Sambungnya lagi sewaktu tiada kuasa boleh minum bersama-sama dengan kawan,bila sudah berkuasa tidak boleh lagi minum bersama,kerana kawan telah menjadi musuh.

xxii. Sewaktu Jamal menjadi Exco Perak pun beliau masih lagi menolong orang-orang PKR dengan memberi perniagaan kepada mereka. Jamal sering mempertahankan kepentingan PKR setiap kali ada mesyuarat pakatan rakyat atau Exco.

xxiii. Pernah terjadi satu ketika dalam mesyuarat Exco. Pada waktu itu berhubung dengan perlantikan Ahli-Ahli Majlis di Perak. DAP cuba menguasai jawatan tersebut dengan melakukan pembahagian yang tidak adil. Nga Kor Ming (surah aura) pada masa itu selaku Exco yang bertanggungjawab terhadap PBT telah membuat pecahan seperti berikut.

xxiv. Di Seluruh Perak ada 222 orang Ahli Majlis yang perlu dilantik dikalangan orang politik. Tidak termasuk NGO dan non partisan.

xxv. Nga Kor ming membuat pembahagian seperti ini 118 orang untuk DAP, 52 orang untuk PKR dan 52 orang untuk PAS. Ini telah menyebabkan Jamal tidak berpuashati. Beliau meminta untuk dibahagikan sama rata diantara tiga parti tersebut

xxvi. Tetapi Nga dan Ngeh menentang. nizar langsung tidak bersuara. Nga berkata,PAS setuju mengapa PKR tidak setuju ? Jamal menjawab lagi ,kalau PAS setuju biarkan mereka,tetapi untuk PKR saya tetap mahu 74 orang.

xxvii. Setelah lebih kurang 10 minit bertelagah akhirnya Nga bersetuju memberi 70 orang kepada PKR. Jamal tetap tidak berpuashati dan terus melawan untuk mendapat 74 orang. Nga tetap berkeras tidak akan beri 74 orang.

xxviii. Akhir sekali kata-kata ini terpacul dari mulut Jamal "sekiranya saya gagal mendapat 74 orang untuk PKR saya rela Pakatan Rakyat ini hancur".

xxix. Berdesing telinga nga,ngeh dan nizar mendengarnya. Kelu mereka seketika. Akhirnya mereka bercakap dalam bahasa cina,sudah tentu ianya tidak difahami oleh Jamal,Kapten Osman dan Exco Pas Hj.Zainuddin. Kepada nizar bintang tiga ianya tidak menjadi masalah kerana dia faham dan fasih berbahasa cina.

xxx. Sekali lagi Jamal naik angin dan menghentak meja Mesyuarat Exco tersebut kerana mereka berbicara dalam bahasa cina . Selepas itu barulah nga kor ming itu setuju memberi 74 orang kepada PKR. Itulah antara pengorbanan Jamal terhadap PKR di Perak semasa beliau menjawat jawatan Exco.

xxxi. Pas kekal mendapat 52 orang kerana mereka tidak membantah. Disini kita boleh lihat bagaimana nizar sanggup melacurkan jawatan Ahli Majlis yang sepatutnya menjadi milik orang-orang Pas kepada DAP demi mempertahankan jawatan MB yang dipegang olehnya.

xxxii. Kesudahannya bilangan Ahli Majlis di Perak seperti berikut. DAP 96, PKR 74 dan PAS 52. Kerana jawatan MB ,nizar bintang tiga sanggup buat apa saja.

xxxiii.Pada peringkat awal Jamal hilang ,beliau tidak berniat untuk keluar parti,tetapi lebih kepada sekadar merajuk dengan nizar kerana kes tanah 999 tahun dan dengan segelintir pimpinan PKR Perak yang tamak dan rakus.

xxxiv. Beliau sama sekali sekali tidak berada di Pahang seperti mana yang dihebohkan oleh puak-puak pembangkang kononnya dia sedang berunding dengan Najib di Pekan. Beliau mendiamkan diri hanya kerana sedang menunggu panggilan telefon daripada nizar bintang tiga. Tetapi oleh kerana sikap sombong dan besar kepala nizar langsung tidak menghubunginya.

xxxv. Beliau bercadang untuk memasuki pejabat pada 2.feb.09. Tetapi oleh kerana surat perletakan jawatan tanpa tarikh beliau dihantar kepada sivakumar pada 1.feb.09 tanpa pengetahuan beliau maka beliau terpaksa berundur dengan penuh kesedihan dari PKR.

xxxvi. Beliau berkata beliau telah dimainkan oleh rakan-rakan beliau sendiri yang sentiasa rakus,tamak dan mengidam untuk bertanding di Behrang dan Changkat Jering.

xxxvii. Surat itu telah diambil di rumah ustaz zul tanpa pengetahuan Pengerusi PKR Perak dan dihantar terus kepada sivakumar. Siapa mengambil surat itu tidak dapat dipastikan. Tetapi semasa surat itu diambil ustaz zul berada di Palestin.

xxxviii. Mereka menghubungi ustaz zul dan bertanya dimana surat itu berada. Ustaz zul berkata surat itu berada di bawah katil di rumahnya. Maka si pemanggil ini bergegas ke rumah ustaz zul,ambil surat itu dan hantar kepada sivakumar.

xxxix. Lantas Jamal berkata,buat apa lagi saya nak kekal di dalam PKR,jika sampai ketahap ini mereka buat kepada saya. Mereka sudah tidak perlukan saya lagi. Jika mereka masih perlukan saya mereka tidak akan hantar surat itu kepada sivakumar.

xl. Mereka sudah tidak perlukan saya buat apa lagi saya terhegeh-hegeh,ibarat hidung tak mancung,pipi terserong-serong nak kekal dalam PKR lagi. Inilah akibatnya bila terlalu rakuskan kuasa,sehingga tidak boleh bersabar sedikit.

xli. Orang-orang PKR Perak rakus kuasa,nizar bintang tiga rakus kuasa,DAP pun rakus kuasa,akhir sekali hancur semua. Yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.

PENGAKUAN MENGENAI CAMPURTANGAN NGA DAN NGEH DALAM PEMBELIAN CAMRY DUN PERAK



(Sumber Laman Blog Parpukari)

i. Cuma nak kongsi citer pasal musang berbulu ayam tu...Saya dari toyota yg cuma 2 org jer melayu sebagai sales kat sini nak inform tentang pembelian camry tu

ii. pada awal stage last year bulan 6 saya yg menguruskan pembelian di pihak toyota..tetapi pada akhir bulan 11 mereka telah meminta seorang sales chinese yg handle atas arahan pihak atasan

iii. disini saya ingin maklumkan yang Datuk Jamalludin al almini memang bersekongkol dlm hal ini...saya bukannyer bersifat racial tetapi bila merka buat ia bersifat neutral tapi kalau lawan sikit dia kata kita racial pula..dan dioffice toyota ni sume chinese disini org kuat di DAP mengutuk kerajaan tapi bila pembelian kerajaan dia sapu gak...itu melambangkan kerajaan tidak memilih

iv. tetapi org melayu tu beringatla sikit kalau nak beli kenderaan tu jeling2 sikit kat org kita tu coz diaorang takdenyer nak cakap kamu bagus lagi menipu dan mulut manis kat org melayu lagi ada...saya bercakap atas kapasiti sebagai rakyat biasa saje.."

v. "opsss lupa lak lagi satu pembelian camry tu sepatut ada inspection puspakom tetapi memandangkan jamaludin al amini bekas pengarah jpj la katakan ia tak melalui puspakom maklumla skil tinggi...jangan lupa musang berbulu ayam seorang lagi kat situ batman jamaluddin al amni..saudara Hasnol..melayu berjiwa cina..patut ditukar ajer ke ulu.."

KEPADA PARA PEMBACA TERPULANGLAH KEPADA SAUDARA SAMADA UNTUK MEMPERCAYAI ATAU TIDAK DAN MAHU MENGATAKAN BAHAWA INI ADALAH SATU CERITA JENAKA ORANG UMNO... TERPULANGLAH
BAGI SAYA SETIAP CERITA MUNGKIN ADA KEBENARANNYA DAN BAGI KITA UMAT MELAYU ISLAM BERHATI-HATILAH KEPADA PEMIMPIN YANG MENYERUPAI ULAMA DAN BERLAKON BERJUANG KERANA ISLAM TETAPI DALAM HATI ADALAH MUNAFIK SEBENAR...

SALAM

3 comments:

najamarine said...

alhamdulillah..

kenyataan inilah yg perlu untuk di bukukan sebagai sejarah untuk generasi masa depan.
kebanyakkan penyokong2 PR(pakatan haram)
adalah mereka2 yg baru lepas sekolah..budak2 hingusan..rela diri di perbodohkan,di buta tulikan..

kesiannn...

Anonymous said...

Woi jamal hang jangan tipu,hang sebenarnya nak keluar pkr dr bln 6 thn sudah,tapi hang hold on dulu sebab nak pulun balak dulu.Hang hantar permohonan pada nizar hang cakap orang istana punya la,orang penting punya la,kolonel rahim punya la,orang kerabat istana dulu punya la,orang bahagian la,orang byk jasa pada perak punya la,orang nazrin punya la.Last sekali hang maki nizar.Sampai takat mana hang nak tutup.Hang kata ada senarai la semua,yang betoinya senarai2 tu byk hang punya.Hang tak boleh tipu jamal.Orang pejabat hutan pun cakap hang selalu kacau orang pejabat hutan sebab nak pilih kawasan.Tokeh hang pun dah bgtau brp hang jual kaw2 melalui kroni hang.Itu baru pasei balak belum yang lain lagi...akan dbongkar sedikit masa lagi.

Tungaklangit said...

salam sdr anon 2:50

seandainya saudara mempunyai bukti tentang sdr jamal kita maka adalah baik kalau kita kongsi bersama dengan pembaca kerana yang hak tetap hak dan batil tetap batil...

saya tidak mengatakan sdr jamal ini baik orangnya dan tak kata dia jahat orangnya kerana setiap manusia ada kesilapan...

kalau benar sikap beliau begitu rasanya beliau perlu dimaklumkan dan minta diamkan diri sahaja dari dunia politik..

salam