PAS makin serius tarik bukan Islam
MALAYSIAKINI: Abdul Rahim Sabri May 25, 09 5:36pm
PAS mengorak selangkah lagi dalam usaha menggalakkan penyertaan bukan Islam dalam satu sayap utama – seperti Dewan Pemuda – dengan menganjurkan PAS (KPP). Program anjuran lajnah perpaduan antara lain bertujuan mengumpul syor daripada pemimpin akar umbi KPP sebagai usaha untuk menjadikan KPP menjadi sebuah dewan. "Saya berharap mereka dapat memberi cadangan dan resolusi (konvensyen) akan dibawa kepada jawatankuasa PAS (untuk pertimbangan)," kata timbalan pengerusi biro tersebut Dr Halimah Ali.
Kira-kira 500 pemimpin bukan Islam di peringkat kawasan akan diberikan taklimat perkembangan terbaru usaha PAS memajukan KPP dan perbahasan bertemakan "Berdiri Teguh Menempuh Cabaran". Satu jawatankuasa khas dibentuk bulan lalu untuk meneliti lebih serius pembabitan ahli bukan Islam dalam PAS selepas permukiman parti itu November lalu meluluskan usaha menaik taraf KPP.
Walaupun dibentuk sejak 2004, langkah terbaru ini dibuat susulan penerimaan positif penyokong bukan Islam terhadap parti itu, kata Dr Halimah, yang juga exco kerajaan Selangor. Jawatankuasa teknikal yang diketuai bekas timbalan presiden PAS Hassan Shukri ditubuhkan untuk mengkaji kemungkinan meminda perlembagaan parti dan ia mengambil masa antara tiga hingga enam bulan sebelum rumusan dicapai. Kira-kira 30,000 ahli bukan Islam menyertai kelab tersebut.
1. APALAH PEMIMPIN PAS NI.. DAHULU UMNO BERGABUNG DENGAN MCA DAN MIC DALAM PERIKATAN, PAS TUDUH UMNO MENOLAK ISLAM DAN MENGAMALKAN BUDAYA BUKAN ISLAM DAN WAJID DITOLAK OLEH SEMUA ORANG MELAYU.. TAPI SEKARANG DAH NAK BUKA PINTU KEPADA CINA DAN INDIA.
1. APALAH PEMIMPIN PAS NI.. DAHULU UMNO BERGABUNG DENGAN MCA DAN MIC DALAM PERIKATAN, PAS TUDUH UMNO MENOLAK ISLAM DAN MENGAMALKAN BUDAYA BUKAN ISLAM DAN WAJID DITOLAK OLEH SEMUA ORANG MELAYU.. TAPI SEKARANG DAH NAK BUKA PINTU KEPADA CINA DAN INDIA.
2. AYAT AL QURAAN DIPERMAINKAN. DAHULU AYAT DIBACA UNTUK MENGHENTAM UMNO TAPI AYAT YANG SAMA TAPI LEBIH PANJANG SIKIT DIGUNAKAN UNTUK HALALKAN TINDAKAN MEREKA..
3. INI SEMUANYA KERANA UNTUK MENDAPATKAN UNDI... KALAULAH BEGINI CARANYA PEMIMPIN PAS BERPOLITIK, MAKA JANGANLAH GUNAKAN ISLAM SEBAGAI ALAT UNTUK MEMANCING UNDI...
4. ISLAM NI ADALAH AGAMA SUCI BUKAN UNTUK DIGUNAKAN SEBAGAI ALAT UNTUK MENDAPAT KESENANGAN DIDUNIA... TAPI INI TAK DISDARI OLEH PEMIMPIN PAS SEBAB MEREKA MEMPUNYAI KOLEKSI HADITH, TAFSIR DAN AYAT AL QURAAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENYESUAIKAN DENGAN TINDAKAN MEREKA.
5. UMNO WALAUPUN TIDAK MELALAK KEPADA DUNIA BAHAWA MEREKA MEMPERJUANGKAN ISLAM TAPI DALAM MASA YANG SAMA MEMBANGUNKAN UMMAH DAN KEPENTINGAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.
6. APAKAH SUMBANGAN PAS DALAM PEMBANGUNAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA?
7. HANYA MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN BAIK PERBALAHAN DALAM KELUARGA MAUPUN MASYARAKAT KAMPUNG DAN BANDAR...
8. KEPADA AHLI PAS SEDARLAH AHLI UMNO JUGA MENGANUT AGAMA YANG SAMA DENGAN KAMU DAN JANGANLAH MENUDUH UMNO MENOLAK ISLAM.. SEMPIT SUNGGUH PEMAHAMAN PAS MENGENAI ISLAM INI.
2 comments:
Inilah Budaya dan cara Pemimpin2 Pas.berbohong dan menipu sudah jadi amalan mereka bertaraf Ust dan Exco.Di Kedah EXCO PAS bercakap mengalah lidah MIC tipu daya dan putaq belit dah jadi asam garam EXCO tersebut.tidakmasakan ada ahli Pas sendiri dengar saja nama EXCo tersebut rasanya macam nak temuntah!!!
Kalau dengar nama saja nak temuntah !! fikirlah sendiri bagaimana peribadi EXCO ni.Yang aku tau memang Putaq belit dan Penipu.
SALAM PAKMALAU
SAYA FAHAM PERASAAN RAKYAT YANG DITIPU OLEH MEREKA2 YANG MENGAKU ALIM NI.. TAPI PENYOKONG MEREKA TELAH TERLALU TAKSUB DENGAN KEWARAKAN PALSU MEREKA...
INSYALLAH SETIAP YANG BATIL TETAP AKAN DIKETAHUI AKHIRNYA...
SALAM UTK PAKMALAU
Post a Comment