Nizar menteri besar sah Perak
May 11, 09 3:45pm
kemaskini 4.30pm Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.
Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.
Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.
Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.
Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.
Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.
Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.
Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.
Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.
Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:
(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;
(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan
(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.
"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong. "Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.
Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.
Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.
ULASAN
1. ENTAHLAH APA YANG NAK BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDHWAN...
2. BARU SAHAJA SELESAI INSIDEN PERTELINGKAHAN DAN PEREBUTAN KERUSI SPEAKER DAN TUDUH MENUDUH ANTARA ADUN DALAM DEWAN DUN PERAK KINI TIMBUL PULAK KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR BAHAWA NIZAR MASIH SAH MENJAWAT JAWATAN MB PERAK...
3. KESEMUA YANG BERLAKU INI ADALAH SATU PERINGATAN ALLAH TERHADAP UMAT MELAYU ISLAM DI PERAK KHASNYA DAN MALAYSIA AMNYA BAHAWA JIKA KITA TIDAK BERPEGANG KEPADA TALI ALLAH MAKA MARUAH KITA AKAN DIINJAK OLEH MUSUH – MUSUH KITA...
4. SEKIRANYA BENAR NIZAR AKAN MENDAPAT KEMBALI JAWATAN MB PERAK...
5. SAYA RASA ELOKLAH DIBERIKAN KEPADA BELIAU DAN BIARKAN PERAK DIPERINTAH OLEH PAKATAN RAKYAT KERANA ITULAH YANG DISUKAI OLEH RAKYAT PERAK...
6. JIKALAU NIZAR MAHU BUBARKAN DUN PERAK...
7. BUBARKANLAH ITU HAK DIA SEBAGAI MB PERAK DAN KALAU MENGIKUT SIFIR MUDAH MEMANG BELIAU AKAN BUBARKAN DUN PERAK BAGI MEMASTIKAN HASRAT SAHABAT KARIB PAS IAITU DAP DIPENUHI...
8. YANG PASTINYA IMEJ MAHKAMAH YANG DICANANG OLEH PR SEBAGAI PRO KERAJAAN KINI TERNYATA MELESET SEPERTI KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR...
9. SAYA BERANI JAMIN UMNO/BN TIDAK AKAN MEMPERTIKAIKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH SEBAGAIMANA PARTI PR YANG SUKA MENUDUH MAHKAMAH DAN AGENSI KERAJAAN LAIN SEPERTI SPRM, PDRM DAN SEBAGAINYA...
10. HARAP LEPAS NI PARTI PR TIDAK LAGI ASYIK MENUDUH AGENSI SEBAGAI JENTERA BN/UMNO...
11. TUMPUKANLAH KEPADA KERJA-KERJA UNTUK RAKYAT DAN JANGANLAH SUKA BERSIKAP SEPERTI PEMBANGKANG YANG SUKA MENYALAH TANPA MEMBERI SEBARANG SUMBANGAN KEPADA KEBAIKAN MASYARAKAT UMUM...
2 comments:
wah! mahkamah dah derhaka la oi... korang permudah umno taknak berpiket buat lawatan sambil melaungkan derhaka pada mahkamah sebab tak pilih mamak jadi MB yg sah... p/s itu pun kalau hangpa brani... hahahahaktui.... sembangbanyak tarak guna hangpa tolong bagitau zambry kutil keluar dari SUK secepat mungkin dan pesan lagi jangan lupe junjung najis yang die tggalkan... MB tersingkat abad inih.... hahahaktui...
UMNO sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang dan menerima keputusan mahkamah serta menggunakan saluran sah untuk menyelesaikan masalah berbangkit..
bukannya menyalahkan mahkamah berat sebelh dan menyokong satu pihak sahaja...
keputusan mahkamah tinggi kuala lumpur telah mengesahkan segala tohmahan pembangkang bahawa institusi mahkamah dan agensi kerajaan yang lain dikuasai oleh kerajaan
saya berharap.. pembangkang dapat mengikuti pendirian UMNO dalam menyelesaikan sesuatu isu bukannya mengunakan platform berarak secara haram dan menuduh secara membabi buta
Post a Comment