Sunday, May 17, 2009

PEMBONGKARAN KEMUNGKARAN DALAM PAS

DALAM LAMAN BLOG SAYA INI, SAYA AKAN BERUSAHA MEMBERI KESEDARAN KEPADA SEMUA UMAT MELAYU ISLAM MENGENAI PENYELEWENGAN YANG BENAR - BENAR BERLAKU DALAM PARTI YANG MENGAKU MEMPERJUANGKAN ISLAM TETAPI PADA HAKIKATNYA MEREKA HANYA MEMENTINGKAN KEDUNIAAN SEMATA-MATA.
PENDEDAHAN INI AKAN DIPECAH KEPADA LIMA SIRI. UNTUK MAKLUMAN PEMBACA SUMBER PENDEDAHAN INI ADALAH DARI SEORANG PEMBANTU KANAN NIK AZIZ PADA TAHUN - TAHUN 1990AN DAHULU TETAPI MENGAMBIL KEPUTUSAN MEMASUKI UMNO KERANA KECEWA DENGAN SIKAP DAN PENDIRIAN PEMIMPIN UTAMA PAS TERHADAP PENGENALAN HUKUM ALLAH DI NEGARA INI.
NAMA BELIAU IALAH USTAZ OMAR KHALID. SELEPAS BELIAU KELUAR DARI PAS, BELIAU MENERIMA PELBAGAI KUTUKAN DAN TOHMAHAN DARI PEMIMPIN DAN PENGIKUT PAS YANG TIDAK DAPAT MENERIMA BELIAU SANGGUP MENDEDAHKAN KEBURUKAN DALAMAN PARTI.
KEADAAN YANG SAMA BERLAKU BARU - BARU DI MANA KETUA DEWAN ULAMA PAS MENDEDAHKAN TERDAPATNYA AMALAN RASUAH DALAM PAS SEMASA MENGHADAPI PEMILIHAN DALAM MUKTAMAR PAS YANG AKAN DATANG.
SAMA-SAMALAH KITA MEMBACA DAN MENILAI KEBENARANNYA. SAYA TIDAK MEMBUANG BARANG SEDIKIT KENYATAAN BELIAU HANYA UNTUK MENYAMPAIKAN KEBENARAN DARI MULUT USTAZ OMAR KHALID SENDIRI.
SIRI 1 BANYAK TIPU RAKYAT KETIKA BERSAMA PAS

1. Ustaz Omar Khalid – bukanlah nama besar dalam politik negara. Beliau Cuma tokoh sederhana dalam Pas di era 70-an dan 80-an. Pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Paling cekal, katanya, ‘menikmati’ ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang kononnya selari dengan Islam.

2. Ustaz Omar – dulunya berjanggut, berjubah dan berserban tetapi kini menukar gaya hidup lebih ‘moden’. Tetapi tetap mempunyai sifat tawaduknya kepada perjuangan Islam. Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis. Perjuangannya tetap satu – menegakkan kalimah ALLAH dan perjuangan Islam melalui UMNO pula.

3. “Dulu, masa dalam Pas, saya simpan janggut, berserban dan berjubah kerana diminta oleh pemimpin Pas. Mereka kata, bila simpan janggut, rakyat akan nampak kita warak, baik dan beriman. Ini akan memudahkan sokongan orang Melayu (Islam) kepada Pas,” katanya.

4. Kini, Ustaz Omar sudah sedar bahawa pemimpin Pas yang berjanggut, berserban dan berjubah Cuma bertujuan untuk mengabui mata orang Islam sahaja. Mereka tidak ikhlas melakukan segala bentuk sunnah Rasulullah itu.

5. “Lebih baik saya tidak berjanggut daripada menyimpan janggut tapi tidak ikhlas. ALLAH akan laknat kita ke dalam api neraka,” tegasnya disambut tepukan gemuruh para hadirin di Kampung Jakang (dalam DUN Kadok) yang merupakan kubu kuat Pas sejak merdeka lagi.

6. Mendengar ceramah yang disampaikannya, cukup menarik. Beliau seorang yang bersahaja, tetapi isi ceramahnya penuh dengan fakta. Pokoknya, Pas yang menjadikan dirinya hebat di mata perjuangan parti, tetapi berdosa kepada ALLAH kerana berbohong besar.

7. Menurutnya, pembohongan ini dibuat semata-mata untuk menarik rakyat menyokong Pas. Pelbagai fatwa dikeluarkan kerana diajar oleh tok gurunya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

8. “Saya merupakan anak murid yang paling disayangi oleh Nik Aziz (Datuk). Saya berada di bawah ‘ketiaknya’ ke mana saja pergi dan sanggup melakukan apa saja demi perjuangan Pas,” demikian katanya.

9. Sebagai bukti ‘anak emas’ Datuk Nik Aziz, Ustaz Omar pernah diberi tugas menggantikan Mursyidul Am Pas sebagai tenaga pengajar di Kelab (Pejabat) Pas Kota Bharu pada hariJumaat.

10. Setelah bergiat selama 35 tahun dalam Pas, segala-galanya berubah bila Pas berjaya menawan Kelantan pada tahun 1990. Perjuangan yang dikecapi melalui Pas sejak tahun 1956 bertukar menjadi medan permusuhan yang amat besar kerana semata-mata ALLAH telah membuka hidayah kepadanya.

11. Fakta yang jelas, katanya: “PAS TERLALU BANYAK MEMBOHONGI RAKYAT.” Paling besar pembohongan Pas ialah ingin mewujudkan perundangan Islam di Kelantan sebaik sahaja mendapat kuasa pada pilihanraya tahun 1990.
BERSAMBUNG DALAM SIRI KEDUA YANG MENGISAHKAN PAS MENIPU RAKYAT DENGAN MENCANANG PAS AKAN MENUKAR PERLEMBAGAAN SEDIA ADA KEPADA HUKUM ISLAM PADA PRU TAHUN 1990.
SALAM

1 comment:

Anonymous said...

ISK3
SUKA JAGA TEPI KAIN ORG LAIN
REFORM DIRI SENDIRI DULU LAH
JGN JD MUNAFIK!!!