Wednesday, May 6, 2009

PKR SELANGOR PENING KEPALA


S'gor temui KDN usaha bebaskan Mano
Abdul Rahim Sabri May 6, 09 2:25pm

MalaysiaKini - Kerajaan Selangor merancang berbincang dengan menteri dalam negeri berhubung pembebasan wakil rakyatnya M Manoharan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Surat kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk tujuan itu akan dihantar hari ini, kata exco kanan Selangor, Teresa Kok.
"Kita telah menulis surat kepada Datuk Seri Hishammuddin untuk minta berjumpa dengan beliau."Saya berharap beliau sudi berjumpa bersama dengan wakil rakyat Pakatan di Selangor bersama-sama dengan isteri Manoharan (S Pushpaneela)."
Ia (pertemuan) penting bagi membincang dan mempertimbangkan untuk membebaskan Manoharan daripada ISA," katanya di sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.Ditanya mengenai tarikh kemungkinan dapat berjumpa dengan menteri berkenaan, Teresa berkata pihaknya "bersedia bila-bila masa".Manoharan, ADUN Kota Alam Shah, baru-baru ini menimbang untuk melepaskan jawatannya itu dengan alasan gagal berkhidmat kepada pengundi kawasannya.Beliau antara tiga lagi pemimpin atasan Hindraf yang masih meringkuk di kem Kamunting, Perak sejak Disember 2007.
Dua daripada mereka dibebaskan dengan syarat awal bulan lalu. Teresa, ADUN DAP bagi Kinrara, semalam melancarkan kempen tandatangan bagi membebaskan penasihat undang-undang Hindraf itu yang bertanding atas tiket parti itu pada pilihanraya umum lalu.Kempen itu selama dua minggu dan berakhir pada 17 Mei ini.Bercakap di sidang media sama selepas mesyuarat ahli majlis kerajaan negei, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan pertemuan dan kempen tersebut sebagai lanjutan usul memansuhkan ISA yang diluluskan oleh persidangan pertama DUN tersebut tahun lalu.
"Kerajaan Selangor, dalam sidang DUN pertama, pada 2008, kita telah membuat usul untuk memansuhkan ISA dan mahukan supaya kerajaan melepaskan Manoharan daripada ISA dan menjalankan tugas beliau sebagai ADUN."Oleh sebab itu, kempen daripada ADUN dan ahli parlimen Pakatan Rakyat di Selangor adalah sambungan kepada usaha tersebut," katanya."Manoharan adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dan diberi tugas untuk berbakti (kepada rakyat)".
KENAPA SEBELUM MENCALONKAN SESEORANG ITU UNTUK BERTANDING DALAM MANA-MANA PILIHANRAYA TIDAK DILIHAT MASALAH YANG BAKAL DIHADAPI.
UMPAMA DI PENANTI (MASALAH RASUAH), BUKIT LANJAN (MASALAH MORAL), BUKIT SELAMBAU (MASALAH MORAL) DAN SEBAGAINYA...
DI KOTA ALAM SHAH PUN SAMA..
DAH TAHU SI MANO TU BERSALAH DAN DITAHAN DI BAWAH AKTA ISA KENAPA DIJADIKAN CALON DAN BILA MENANG TIMBUL SOAL TAK BOLEH BERKHIDMAT...
TAK KE BODOH DAN TAK ADA AKAL NAMANYA TU???
KEPADA PEMIMPIN PKR.. LAIN KALI KALAU NAK PILIH ORANG JADI CALON BIARLAH YANG ADA TOKOH SEDIKIT DAN MAMPU MEMBAWA PEMBANGUNAN DALAM NEGARA INI BUKANNYA MSALAH...
LEPAS NI TAK TAHU BERAPA LAGI ADUN YANG AKAN KOSONGKAN KERUSI ATAS ALASAN YANG BODOH SEPERTI SAMBUNG BELAJAR, EMAK TAK SIHAT, KENA PENJARA DAN MACAM MACAM LAGI
MACAM DI PENANTI, KALAU DAH TAU NAK BUAT MASTER KE APA KE.. KENAPA GATAL2 NAK BERTANDING PULAK??? KALAU IKUTKAN OTAK YANG BODOH.. KALAU DAH JADI TIMBALAN KETUA MENTERI TAK KANLAH NAK BUANG KERUSI TU DAN NAK STUDY PULAK.. BAGILAH ALASAN YANG GAM SIKIT...
DI BUKIT LANJAN KATA NAK RESIGN TAPI BILA DIOFFER BALIK... TERIMA??? HERAN BETULLAH DENGAN PARTI YANG KATA TELUS DAN ADIL NI
APA-APA PUN BAGI AHLI PKR DAN RAKYAT UMUM... BERHATI-HATILAH PEMIMPIN SEPERTI INI YANG HANYA TAHU SALAHKAN ORANG DAN TAK BUAT KERJA...

1 comment:

arifomar said...

askum. ini cikgu arif. sekarang kerja di mana?. teruslah menulis sekurang-kurang nya otak kita tak berkarat dan dgn tulisan itu lah amal jariah dan sumbangan kita bada agama dan negara. elakkan fitnah. kupas atas isu. bagus bolg . cuma buat juga le tempat chatting. senang nak msg.letak le gambar dan nama sendiri takut apa , bukan bunuh orang. hp 1036222268 tq