Gambar Kenangan Anggota Polis Bikt Kepong Sebelum Kejadian
Gambar Balai Bukit Kepong Selepas Kejadian
1. INSIDEN Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada
23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya (berbangsa Cina)semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.2. Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat.
3. Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
4. Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.
5. Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ.
BEBERAPA PERTUALANG NEGARA YANG TERKORBAN DITANGAN PERAJURIT
6. Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh
Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pertualang Negara Mengatur Langkah Menyerang Balai Bukit Kepong7. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut.
8. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.
9. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh
10. Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan berserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu.
ORANG KAMPUNG YANG MENJADI PENGAWAL KAMPUNG BERJUANG BERSAMA PERAJURIT
11. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.
12. Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.
Mat Indera Semasa Ditahan Polis dan Akhirnya Digantung Di Penjara Taiping
13. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
14. Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan baai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Anggota Polis Yang Mati Dicampak Dalam Api
Semoga Allah Merahmati Mereka
15. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
16. Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur ke dalam
17. 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
18. Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard).
19. Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.
20. Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.
21. Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapu mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis.
ANGGOTA KESELAMATAN SENTIASA MENJAGA KESELAMATAN NEGARA
22. Terdapat maklumat orang kampung mengatakan antara sebab yang menyebabkan komunis menyerang dan menganas di balai polis Bukit Kepong adalah lanjutan insiden 2 minggu selepas darudat diistiharkan di mana pengawal kampung Mohamad Said bin Alam dan Saibun yang hanya bersenjayakan parang telah membunuh seorang komunis Cina dan menahan komunis berbangsa India dan seorang komunis Melayu Berjaya melarikan diri. Kejadian ini berlaku di simpang kampung Tui dan Bukit Kepong.
23. Selepas beberapa hari insiden di Bukit Kepong, pemimpin komunis Cina iaitu Goh Peng Tun yang masih berdendam dengan Mohamad Said Alam telah menyerang Kampung Belatek untuk mencari beliau iaitu waktu orang kampung berbuka puasa. Didalam serangan itu pengawal kampung Shahdan bin Md. Yunus serta seorang ibu dan anak dalam buian mati dibunuh kejam oleh komunis yang gagal membunuh Mohamad Said.
ANTARA MEREKA TERKORBAN SECARA KEJAM (DICAMPAK DALAM API BAIK YANG SUDAH MENINGGAL ATAU YANG MASIH BERNYAWA) - AL-FATIHAH UNTUK ROH MEREKA
SEBAHAGIAN MEREKA TELAH TERKORBAN TERMASUK BEBERAPA ANAK DAN ISTERI ANGGOTA
JASA MU TETAP AKAN DIKENANG OLEH GENERASI YANG AKAN DATANG
ANAK-ANAK MUDA, KENANGI PENGORBANAN PAKCIK MAKCIK, DATUK NENEK KITA SEHINGGA MENIKMATI APA YANG ADA SEKARANG - MEREKA BERKORBAN HANYA UNTUK MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA ANAK ABANGSA.. JANGALAH MELUPAI SEJARAH SEBENAR DAN MENJANJUNG PERTUALANG/KOMUNIS SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN
SALAM
13 comments:
komunis celaka, sesiapa yang menyokong chin peng balik ke malaysia memang orng paling celaka, yang lupa sejarah
Semoga roh mereka yg terkorban mempertahankan tanah air dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para syuhada..
SDR HELANGHIJAU DAN ANON..
ALHAMDULLILLAH MASIH ADA ANAK MUDA YANG BERJIWA SPT KALIAN... MUNGKIN BANYAK LAGI YANG SEPERTI ANDA DILUAR DAN KITA KEMBALIKAN SEMANGAT DATUK NENEK KITA YANG MANA KITA AKAN BERSATU APABILA KITA DITINDAS ATAU DIANCAM...
INSYALLAH
SALAM
Orang Melayu yang menjadi Barua menyokong kepulangan Chin Peng patut di gantung di khalayak ramai. Kekejaman Komunis sama seperti yahudi membunuh orang Islam di Palestine. Chin Peng halal dibunuh kerana kekejamannya. Allah tempatkan pahlawan Melayu yang terkorban di syurga...amin..
Hapuskan DAP (PKR pun sama)
View Profile: Rantong™
sdr antibarua dan rantong
mari kita doakan semoga mereka sedar akan kesilapan mereka dan kita tambahkan usaha kita memberi kesedaran kepada anak2 melayu yang semakin hanyut dengan dakyah sesat pada masa ini...
mereka telah tersalah jalan
kita tunjukkan mereka sejarah yang sebenarnya
salam
Boleh tolong bagi tau aku tak?berapa cina Mampui?berapa Hindu Mampui? pi mana depa ni waktu ni.tiba2 hari ini nak tuntut itu dan ini? sapa lu????
salam pak malau
itulah sebabnya kita berusaha supaya kita dapat bersatu dalam menghadapi kemelut politik sekarang ini...
kalau berterusan maka kaum lain akan terus memijak kita...
tapi dalam keadaan pas dan melayu pkr dok berkepit dgn mereka maka kita mestilah menghadapinya dengan segala kekuatan yang ada...
insyallah
salam
Aku tak nampak pula Pengawal kampung dalam gambaq tu.nyonya ka?amoi ka? Ah Chong ka,Muniandy ka? Sapa bangsa yang dok kawal kampung tu? Awat cina dan hindu time tu teloq pi mana? tiba2 hari ni..nak tunjuk telor depa pula? Setakat baca dua tiga patah ayat al-quran yang ulama pas ajaq belum tentu boleh pedaya rang melayu lagi.Mungkin boleh pedaya melayu yang bertepok dan bersorak bila cina dan hindu baca al-quran.Tak semua melayu BANGANG termakan dengan politik cina dok baca al-quran kemudian nak berceramah depan Melayu.Kemudian ada yang bangang bertakbir !! Melayu clas tu mungkin boleh tipu..tapi tak banyak melayu CLAS tali barut macam tu.
Cuma mungkin yang dah dicucuk hidong saja...ramai lagi melayu belum dicucuk hidong yang boleh menanduk dan menyincang apa saja.Jangan kerana POlitik maruah bangsa sendiri nak di pijak!! Beringat sebelum terkena,Melayu mudah lupa..bila maruah bangsa sengaja dicela.Anwar pernah berkata..dengan Melayu jangan persenda.Berpolitik biar berpada..darah pada bangsa tak ada harga.Zaman komunis melayu dah rasa...yang jadi tali barut mampuih macam tu saja,,,,malayu pula jangan buat2 lupa..kalau kurang pecaya..bertanyalah pada tok nenek kita.Cuma yang tak tau bahasa...mungkin benih talibarut bangsa.Mungkin pada dia tak terasa apa2....
Maaf na,sebab zaman komunis aku pun pernah rasa..pada yang cuma dengar cerita.Tutup mulut,dengar saja...sebab kerana mulut badan binasa...kerana pejuangan hampa untuk perut dan kuasa saja.
salam pak malau
saya sedang kumpul gambar2 lama pengawal kampung, jungle squards, askar Melayu untuk dijadikan psot seterusnya supaya budak2 yang lahir selepas merdeka menghormati jasa2 mereka dan mengenali keberanian dan pengorbanan parajurit melayu untuk memberi kesenangan kepada anak2 bangsa masa ini...
insyallah
assalamualaikum...
Tak mustahil perkara sebegini akan terjadi lagi kalau kita masih lagi dalam keadaan alpa dan lupa sejarah.
assalammulaikum sdr anon
perkara ini akan berlaku malah lebih buruk daripada apa yang berlaku sebelum ini...
sejarah mengajar kita supaya mengetahui kelemahan dan tidak mengulanginya...
jika kita lupa maka bala yang lebih buruk bakal menimpa...
didiklah anak2 kita mengenai bahaya yang menanti sebagai ibubapa kita dahulu mendidik kita.. salam
peristiwa serangan balai polis bukit kepong adalah menandakan orang melayu tidak suka kepada orang melayu yg menjadi barua penjajah...dalam kes ini mat inderalah pejuang melayu sebenar..
Post a Comment